PAS Kalah Teruk PRU-14? Ini Jawapan Untuk Rafizi Dari Blogger PAS - Kami Pun Ada Kaji Selidik Sendiri Tetapi Kita Tak Akan Dedahkan..

 On Saturday, January 21, 2017  

PAS Kalah Teruk PRU-14? Ini Jawapan Untuk Rafizi Dari Blogger PAS - Kami Pun Ada Kaji Selidik Sendiri Tetapi Kita Tak Akan Dedahkan..

PAS Kalah Teruk PRU-14? Ini Jawapan Untuk Rafizi Dari Blogger PAS - Kami Pun Ada Kaji Selidik Sendiri Tetapi Kita Tak Akan Dedahkan..

Oleh : Roslan SMS.

Ramai dah sahabat-sahabat beri ulasan dari hal kenyataan Rafizi berdasar kaji selidik Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI). Sahabat saya MSO dalam postingnya terus menghukum PAS berdasar bacaan politik bergeliga Rafizi itu. 


Itu hak masing-masing dan saya yakin PAS sedikit pun tidak terusik dengan dapatan yang "super" hebat itu. PH dam Bersatu menang dan masuk Putrajaya. PAS kalah besar dan tersingkir dari Dewan Rakyat. Apa pun sentimen anda pagi Jumaat ini saya mahu berkongsi satu pengalaman. 

Sebelum PRU 2008 dulu saya ketika itu bertugas sebagai SU Akhbar Presiden PAS. Ketika itu fokus seluruh pimpinan dan ahli PAS adalah untuk mempertahankan negeri Kelantan yang kita menang dalam PRU 2004 dengan majoriti tipis. Datanglah "pakar" PAS yang hari ni telah melompat ke Pan. 

Beliau ketika itu kira level separas Rafizi hari ini. Ber "geliga" dan pakar seba-serbi. Beliau mohon untuk bertemu mata dengan Tuan Guru Presiden bagi membentangkan angka-angka dan bacaan politiknya mengenai PAS buat PRU 2008. 

Tuan Guru setuju dan saya diajak bersama. Lalu dibentangkannyalah hujah-hujah dan bacaannya. Berhelai-helai kertas diulasnya satu persatu di hadapan Tuan Guru. Dan Tuan Guru saya perhati tekun mendengar tidak langsung menganggu. Itulah Presiden kita " a good listener". 

Ringkas cerita sama macam bacaan Rafizi PAS akan kalah teruk .... kalah semua kerusi atas pelbagai alasan termasuk kerana kononnya pendekatan yang terlalu keras, terlalu inklusif, tidak mesra pengundi dan berjela-jela lagi alasan yang disokong dengan angka-angka. Saya yang mendengar turut gelisah. 

Allah bayangkan kita kalah termauk di Negeri Serambi Mekah yang ketika itu Almarhum Tok Guru MB nya. Apa reakai Tuan Guru Presiden? Beliau ucap terima kasih kepada doktor Phd berkenaan dan ambil maklum semua "point" nya. 

Namun kata Tuan Guru satu faktor penting yang beliau tersangat yakin yang malangnya tiada tempat dalam ulasan betjela-jela tadi adalah "bantuan Allah swt"! Saya pula yang terpegun. Mana mungkin kita gerakan Islam boleh menidakkan elemen bantuan Allah swt ini. 

Akhirnya sebagaima anda semua maklum, apakah prestasi PAS pada PRU 2008 itu? Kita bertahan lebih kemas di Kelantan, menang dan membentuk kerajaan campuran di Kedah, Perak dan Selangor. Malam keputusan PRU itu saya bertugas 24/7 di Pejabat Agung PAS. 

Satu demi satu keputusan diterima, meleleh air mata saya mengingatkan faktor penting yang dipegang kuat oleh Tuan Guru Presiden PAS, subhanallah. Lalu tinggallah kajian "pakar" tadi atas kertasnya. Kesimpulannya PAS tidak boleh berdiam diri. 

Programnya perlu dipertingkatkan. Bagi kita perjuangan ini bukan sekadar untuk buka pintu di Putrjaya tetapi lebih besar lagi untuk membuka pintu syurga Allah swt. Biarlah Rafizi dan Pan seronok dengan kajian mereka. 

Kita pun sebenanya ada kajian kita yang jauh berbeza dari dapatannya itu tetapi tidak perlu dikeluarkan jika semata untuk berseronok-seronok. 

Bahtera PAS insyallah akan istiqamah terus berlayar menuju destinasi kita.

Ulang siar entri PAS Kalah Teruk PRU-14? Ini Jawapan Untuk Rafizi Dari Blogger PAS - Kami Pun Ada Kaji Selidik Sendiri Tetapi Kita Tak Akan Dedahkan.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
PAS Kalah Teruk PRU-14? Ini Jawapan Untuk Rafizi Dari Blogger PAS - Kami Pun Ada Kaji Selidik Sendiri Tetapi Kita Tak Akan Dedahkan.. 4.5 5 Unknown Saturday, January 21, 2017 PAS Kalah Teruk PRU-14? Ini Jawapan Untuk Rafizi Dari Blogger PAS - Kami Pun Ada Kaji Selidik Sendiri Tetapi Kita Tak Akan Dedahkan.. O...


No comments:

Post a Comment