#8GengBasikalMaut - Saya Sedia Pikul Tanggungjawab Kata Pemandu Wanita.

 On Tuesday, February 21, 2017  

#8GengBasikalMaut - Saya Sedia Pikul Tanggungjawab Kata Pemandu Wanita.

#8GengBasikalMaut - Saya Sedia Pikul Tanggungjawab Kata Pemandu Wanita.

Pemandu wanita yang merempuh lapan remaja lelaki sehingga menyebabkan maut di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru Sabtu lalu, berjanji akan bertanggungjawab di atas kejadian yang berlaku. 

Perkara itu dinyatakan wanita berkenaan kepada kakaknya, sebaik sahaja insiden itu berlaku kira-kira jam 3.30 pagi. 

8 Geng Basikal Maut Dilanggar Pemandu Kereta
8 Geng Basikal Maut Dilanggar Pemandu Kereta
Katanya, adik perempuannya telah menghubungi melalui panggilan telefon dan berpesan agar tidak lari dengan situasi yang menimpa dirinya. 

“Adik saya kata dia sedia bertanggungjawab atas kemalangan yang berlaku ini. Dia telah memperoleh lesen memandu sejak lima tahun lalu. Saya percaya dia mampu hadapi dugaan ini,” katanya dipetik Sinar Harian. 

Menurut kakaknya lagi, dia telah menyerahkan telefon bimbit milik adiknya kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. 

“Selepas kejadian, saya teman adik saya selama dua jam di balai polis. Selepas beri keterangan, adik saya juga menjalani ujian air kencing. Kami telah bersiap sedia apa yang akan berlaku terhadap adik saya selepas ini. 

“Sekiranya mahu minta ganti rugi, kami mungkin tidak mampu membayarnya. Sekiranya dikenakan hukuman penjara, adik saya kata dia sedia menghadapinya,” katanya.

Ulang siar entri #8GengBasikalMaut - Saya Sedia Pikul Tanggungjawab Kata Pemandu Wanita. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
#8GengBasikalMaut - Saya Sedia Pikul Tanggungjawab Kata Pemandu Wanita. 4.5 5 Unknown Tuesday, February 21, 2017 #8GengBasikalMaut - Saya Sedia Pikul Tanggungjawab Kata Pemandu Wanita. Pemandu wanita yang merempuh lapan remaja lelaki sehingga menye...


No comments:

Post a Comment