Bagaimana Nak Hadapi Temuduga? Nah, Bacalah Tips Ini Sebagai Persediaan Awal!
Oleh : Muhammad Shalhadi
SOALAN BOCOR INTERVIEW
Buat mereka yang sedang memburu kerja, post ini mungkin sesuai untuk anda. Aku bukan la expert dalam bab ni, tapi bolehlah nak kongsi pengalaman kalau2 boleh dijadikan panduan. Sekadar nak menjawab soalan biasa lepas interview, “masa interview diorang tanya ape?”.
Aku cerita ni berdasarkan pengalaman aku sendiri pergi interview dengan beberapa syarikat.
Aku cerita ni berdasarkan pengalaman aku sendiri pergi interview dengan beberapa syarikat.
Aku grad tahun 2015 dari UPM, bidang bioteknologi. Antara interview yang aku dipanggil adalah dengan companies berikut: BP Healthcare, Nippon Paint, Able Dairies, Nova Laboratories, Axisbio, Sciencewerkz, Dumex, PTD M41, CCM Berhad, Genting Plantation, Sakata INX, Agroto Business, Chemopharm dan ada lagi beberapa yang aku lupa or tolak awal2.
Sebelum aku sembang pasal soalan interview, aku nak pesan kepada student yang dah habis belajar menanti masa untuk konvo. Ada yang tak nak cari kerja lagi sebelum konvo. Plan masing2lah kan. Tapi jangan duduk saje kat rumah, apply kerja(dapatkan panggilan iv) walaupun kau tak nak kerja lagi. Buat perkara faedah masa cuti(ada sebabnya nanti aku cite kat bawah2 nun) .
Tujuannya untuk biasakan diri dengan interview. Janganla nanti bila sampai masa kau rasa kau patut cari kerja, dipanggil untuk interview tapi tergagap2 masa interview. Macam aku sendiri ada target nak kerja company mana sejak zaman degree.
So sebelum aku pergi ke company sasaran aku tu, lebih dari 10 interview lain aku pergi untuk pastikan aku cukup pengalaman interview. Alhamdulillah, target dicapai. Dalam beberapa bulan lagi aku akan beralih dari kerja sekarang untuk bekerja di company sasaran aku tu.
Ok, balik kepada perkara asal. Soalan! Ni dari pengalaman aku sendiri and tak semua company tanya perkara sama (ofkoslah kan).
Basic Questions
PLEASE INTRODUCE YOURSELF
-Korang boleh gugel sendiri macam mana nak intro tu tapi aku nak pesan satu je, praktis banyak2 part ni supaya tak gagap or cuak. First impression always matter. (ada jugak company tak suruh kau intro pun)
WHAT DID YOU LEARN IN YOUR COURSE OF STUDY?
-Yang ni kau jawab berkaitan dengan position yang kau apply dan make sure kau tahu apa yang kau jawab tu sebab mungkin akan ada follow up question. Contoh aku pernah sebut wastewater treatment. Terus panel tanya ok what did you know about water treatment. Nasib baik aku gi iv ni lepas aku habis exam beb. Dapatlah explain secara umum n dapat kerja kat situ.
WHAT DO YOU KNOW ABOUT THE COMPANY?
-Soalan ni siapa2 pun boleh gi buka website company tu and baca “about us” tapi bukan stakat tu je. Interviewer nak tahu sama ada kau ambil kisah atau tak pasal company tu, kau minat atau tak.
WHAT IS YOUR AMBITION? WHAT’S YOUR DREAM JOB?
-Interviewer nak tahu position yang ditawarkan tu selari tak dengan impian kau.
-Haaa ni sedia la kena provoke kalau ambition kau tak sama dengan kerja yang kau apply.
WHY DO YOU WANT THIS JOB?
-Majikan tak nak ambil pekerja yang sekadar datang kerja nak gaji je. Mestila nak yang betul2 passionate dengan kerja tu. Cerita kenapa kau minat and carilah faktor2 yang menunjukkan kau lah orang yang sesuai untuk job tu.
DO YOU RECEIVE ANY OTHER INTERVIEW INVITATION?
-Jawapan dia sama ade yes or no je kan. Aku tak pasti patut jawab ape. Jadi aku try bereksperimen dengan soalan ni. Seingat aku ada 3 atau 4 interview yang aku pergi interviewer tanya soalan ni.
Jawapan: NO
Interviewer: Why? So confident that you will get this job?
Aku: What theee (dalam hati je la)
Aku: What theee (dalam hati je la)
Jawapan: YES
Interviewer: For what position? Which company?
Aku: bla bla bla..
Interviewer: I see, but I think you are more suitable to work here. We can train you.
Aku: bla bla bla..
Interviewer: I see, but I think you are more suitable to work here. We can train you.
WHAT IS YOUR EXPECTED SALARY?
-Soalan ni biasa dah ade dalam job application form. Pandai2 lah kau jawab and nego. Kalau pandai boleh la dapat macam yang kau nak untung2 boleh dapat lebih lagi. Cuma jangan mintak gaji melampau tinggi. Boleh buat research dulu berapa standard gaji sesuai dengan kelayakan kau & position yang kau apply.
DO YOU HAVE DRIVING LICENSE? WHERE ARE YOU STAYING?
-Bakal majikan kau tanya sebab tak nak kau ada masalah nak datang kerja. Salah sorang interviewer pernah beritahu, dia tak nak pekerja berhenti sebab masalah jarak antara tempat tinggal dengan tempat kerja jauh. Kalau rumah kau jauh dengan company tu jawablah kau nak sewa area situ ke, pegi keje naik jet ke. Pandai2lah.
Dan beberapa soalan “can you” untuk tahu sama ada kau sesuai/boleh atau tak kerja kat company tu. Contoh: can you work on weekend? Can you travel? Ken lee tulibu libu dou chu
Sesetengah company akan berhenti setakat ni dan tanya sama ada kau ada soalan atau tak sebelum tamatkan sesi interview. Bila panel tanya ada soalan atau tak make sure kau ada soalan. Satu pun jadi la.
Ok yang ni tips dari kawan aku, bila sampai part ni kawan aku tu jawab takde soalan, tapi nak minta tolong satu perkara. Tolong bawa saya jalan-jalan sekitar kawasan company ni. Masa jalan-jalan tu dia tengokla company tu punya environment, pakai machine ape, etc.
Dia kaitkan dengan apa yang dia belajar sambil bagi suggestion kat panel tu. Rare kan? Orang lain tak buat macam ni beb. Balik interview, petang tu terus dapat call company tanya bila boleh masuk keje.
Seterusnya…
Soalan ni yang membezakan kau dengan calon lain dan soalan ni juga mungkin penentu sama ada kau terpilih atau tak. Kalau ditanya soalan2 ni dalam group interview, sila jawab lain dari yang calon lain jawab (kalau kau bukan org pertama jawab). Bila kau dengar interviewer balas jawapan kau “great, different perspective!” kau boleh senyum dalam hati.
Lagi satu, kalau group interview ni, volunteer untuk jawab dulu soalan. Berdasarkan pengalaman aku, interviewer suruh kitorang perkenalkan diri. Masing2 pandang satu sama lain tunggu siapa nak mula dulu. Aku angkat tangan dan tanya, “can I start first?”.
Aku volunteer untuk mula dulu. The moment aku angkat tangan tanya soalan tu, aku nampak beberapa panel mark something atas kertas diorang. Alhamdulillah, berjaya dalam interview tu.
WHY SHOULD WE HIRE YOU?
-Coz you’re hiring! Haha. Aku tahu ramai tak suka kalau ditanya soalan ni, tapi mulai sekarang silalah suka dengan soalan ni sebab ni la peluang untuk kau “jual” diri dan kemahiran kau. Apa yang kau jual tu kena selari dengan yang interviewer nak.
Kalau aku nak jual laptop kat kaki game, mesti aku akan cerita spec laptop tu processor power, sesuai utk gaming, graphic tinggi, lambat panas, etc.
TELL ME SOMETHING THAT IS NOT IN YOUR CV.
-Just tell him something that is not in your CV. Senangkan? Kau cerita perkara yang menarik and ada value tentang diri kau.
WHERE DO YOU SEE YOURSELF 5 YEARS FROM NOW?
-Ingat setiap kali nak pergi interview mesti fikir sekali masa depan kat tempat kerja tu and apa kau nak capai. Takdelah blur bila ditanya soalan ni.
WHAT DO YOU DO IN YOUR FREE TIME?
-Haaa! Ni la sebab kat atas tu aku cakap buat perkara faedah waktu cuti.
VIEW ABOUT LIFE. DEFINE SUCCESS/HAPPINESS
-Define lah ikut definition kau sendiri. Interviewer bukan nak jawapan dari kamus (atau mungkin ade yang nak dari kamus mana tahu kan).
Dan soalan2 penyelesaian masalah/soalan2 IQ yang kau kena fikir. Bolehla kau google sendiri soalan2 jenis ni.
Bila dah apply kerja, alertlah dengan handphone & email anda. Sedia sekali untuk phone interview. Semua interview yang aku pergi tu in English ya (kecuali PTD M41, campur BM BI).
Jadi rajin2 praktis cakap omputih ye. Bila dipanggil untuk datang interview, bersedia juga untuk jawab ujian bertulis. Kalau nak bawa kalkulator pun bawa je. Dapat soalan matematik takdela cuak sangat. Bila dah cuak ni nak jawab 3 + 2 pun buka handphone cari apps calculator.
Bila baca soalan nampak macam serius kan? Percayalah, semua interview yang aku pergi ni suasana dia macam sembang2 je. Jadi, jangan rasa terlampau gemuruh, tu yang buat gagap or lost idea tu.
Ok setakat itu sahaja. Dialukan untuk share. Moga bermanfaat. Sekian.
Sumber gambar : Perak Power/Maukerja
Baca ini juga : Bagaimana nak isi resume? Ini tips-tips penting untuk anda.
Baca ini juga : Bagaimana nak isi resume? Ini tips-tips penting untuk anda.
Ulang siar entri Bagaimana Nak Hadapi Temuduga? Nah, Bacalah Tips Ini Sebagai Persediaan Awal! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment