Guru Dilabel Samseng - Warga Pendidik Selar Laporan Awani, Desak Pembaca Berita Mohon Maaf.
Sebuah NGO, Kelab Intelek Dan Pendidikan Malaysia mengecam tindakan pembaca berita Astro Awani kerana tindakan beliau yang 'terlalu ghairah' dengan memek muka ketika membaca berita berkenaan seorang guru disiplin yang didakwa mencekak baju pelajar yang dikatakan seorang pelajar bermasalah.
Dalam kejadian 7.40 pagi itu, mangsa Nahar Danial Aiman Naharudin, 16, mendakwa dicekak dan dipukul serta disepak kerana tidak berpakaian kemas apabila baju tidak dimasukkan ke dalam seluar kerana terlewat bangun dan bergegas ke sekolah.
Kisah pelajar ini kemudiannya mendapat liputan berita daripada Astro Awani.
Menurut NGO berkenaan, tindakan pembaca berita keterlaluan serta berlebihan dengan riak wajah terlampau ketika membaca berita berkenaan seolah-olah beliau nampak guru tersebut melakukan perbuatan itu.
Adalah tidak wajar membuat reaksi jelik seolah-olah guru tersebut terbukti bersalah sedangkan pelajar berkenaan adalah murid yang bermasalah dan sering melakukan kesalahan sebelum ini menurut NGO tersebut lagi.
Mendakwa tidak menyebelahi mana-mana pihak, NGO berkenaan menyeru supaya pembaca berita tersebut lebih profesional dalam penyampaian beritanya.

Ulang siar entri Guru Dilabel Samseng - Warga Pendidik Selar Laporan Awani, Desak Pembaca Berita Mohon Maaf. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment