Ibu Bersama 2 Anak Kecil Yang Minta Derma Di Petronas Adalah Penipu Kata Mangsa..

 On Sunday, February 12, 2017  

Ibu Bersama 2 Anak Kecil Yang Minta Derma Di Petronas Adalah Penipu Kata Mangsa..

Ibu Bersama 2 Anak Kecil Yang Minta Derma Di Petronas Adalah Penipu Kata Mangsa..

Semalam netizen dikhabarkan ada seorang ibu bersama dua orang anaknya meminta bantuan orang awam di Stesen Petronas, Puncak Alam. 


Perkongsian yang dimuat naik oleh Emma Minhat itu menjadi viral lebih dari 10,000+ perkongsian di Facebook. 

Bagaimanapun, status itu telah dipadamkan tidak beberapa lama kemudian selepas ramai pihak yang tampil mendedahkan bahawa wanita itu sebenar telah menipu orang ramai. 

Dalam masa yang sama juga, ada segelintir netizen yang mengecam, menunding jari dan menyalahkan pihak-pihak seperti pihak masjid, zakat dan sebagainya kerana tidak memberi bantuan kepada keluarga wanita ini. 

Lembaga Zakat Selangor (LZS) kesal dengan tindakan netizen yang tidak bertanggungjawab terbabit, tampil memuat naik penjelasan seorang pengguna Facebook yang menjelaskan cerita sebenar. 

"Pandai akak ni buat drama. Maaflah kepada semua rakan-rakan Facebook yang comment di sini. Jujur saya akui, rakyat Malaysia ini memang prihatin sebenarnya. Dulu pernah kena tipu dengan akak ini. Alasan dia menggunakan anak-anak. Seharian naik motor dia boleh dapat tiga beg beras dan dia belanja di kedai makan beli tomyam dan paprik. Ada pula duit? Tak pelik ke? 

"Sebab dulu dia pernah kata suami dia kerja bawa lori dan dia juga bekerja. Dia dapat duit dari Pusat Zakat setiap bulan. Kalau dia bekerja, dia tak akan meminta sampai macam itu sekali. 

"Pakcik saya dah terkena dengan perempuan ini. Dia datang rumah minta duit dengan muka kasihan dan alasan dia anaknya sakit, perlukan duit untuk buat pembedahan. Pakcik saya masih mempunyai anak-anak kecil hanya mampu beri RM50 sahaja sebab dia pun nak guna duit untuk anak-anaknya sekolah. 

"Memang betul orang kata 'don't judge a book by it's cover' tetapi kadang-kadang kita kena judge juga. Jangan percaya orang terlampau mudah. Pandai akak ini menipu, hebat akak ini punya drama. Good akak, well done. Terima kasih sebab berjaya buat semua orang prihatin terhadap anda. 

"Harap jangan kecam saya okay, ini realiti, bukan nak auta," katanya Nizza Etton. 

Justeru, LZS menasihatkan orang ramai tidak cepat mencari salah, menunding jari dan menghukum orang atau pihak lain sewenang-wenangnya. 

Sumber : The Reporters.

Ulang siar entri Ibu Bersama 2 Anak Kecil Yang Minta Derma Di Petronas Adalah Penipu Kata Mangsa.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Ibu Bersama 2 Anak Kecil Yang Minta Derma Di Petronas Adalah Penipu Kata Mangsa.. 4.5 5 Unknown Sunday, February 12, 2017 Ibu Bersama 2 Anak Kecil Yang Minta Derma Di Petronas Adalah Penipu Kata Mangsa.. Semalam netizen dikhabarkan ada seorang ibu bersama ...


No comments:

Post a Comment