Minyak Naik? Individu Ini Tak Heran - Suatu Kritikan Kepada Kerajaan & Pembangkang.
Oleh : Faris Jamaluddin FJ
MINYAK.
Minyak naik? Saya tak nak menuntut harga minyak diturunkan atau tak nak ambil tahu lagi pasal skim mahupun bentuk kawalan harga yang ditetapkan oleh pemerintah.
Semua tu orang dah buat dan terlalu mainstream. Petroleum adalah sumber yang sudah tidak lagi mempunyai relevansi dalam Revolusi Industri 4.0.
Petroleum is same as dead and gone.
Ia tidak mapan, tetap akan habis walaupun simpanan dan deposit petroleum di lembangan minyak Malaysia mampu mencecah 5 billion tong dan majoritasnya terletak di lembangan laut dalam yang kos eksplorasinya sangat tinggi dan melihat harga pasaran minyak mentah sekarang - agak tak berbaloi dan berisiko tinggi. Boleh cuba tapi mahal nak mampus.
Tapi saya mahu menuntut agar pemerintah membuka pasaran bagi kenderaan elektrik, mengecualikan tarif untuk kenderaan elektrik dan hibrid kegunaan domestik, memulakan pembangunan kemudahan pembuatan bateri kapasiti tinggi dan kemudahan mengecas semula untuk kenderaan elektrik.
Electric is the way forward.
Hydrogen is the future.
Dalam menuju kearah untuk tidak lagi bergantung kepada sumber petroleum sebagai sumber pendapatan negara, kita masih ketinggalan dari segi perluasan keupayaan kenderaan elektrik.
Sepertinya dinosaur napoleanik masih tak nampak akan adanya anak Malaysia yang sudah bergelumang dengan pelbagai prototaip kenderaan elektrik dan sel bahan api hidrogen dan terus menerus membuat dasar yang kebelakang.
Masih perlahan dalam memupuk penjanaan suria, masih perlahan dan tak nampak langsung kemampuan anak bangsa menghasilkan kenderaan elektrik dan sel bahan api hidrogen. Belum try lagi tu.
Kita selalu dengar pemerintah tidak lagi mahu terlalu bergantung kepada petro dollar, dan sedang mencari-cari sumber perekonomian baharu yang mampu menjana lebih banyak peluang pekerjaan, dan ekonomi yang lebih mapan.
Mahu maju kedepan selaras Revolusi Industri 4.0 tapi....tapi benda-benda yang terkait sepertinya seolah tidak bergerak langsung. Cakap-cakap sahajakah?
Elon Musk dan TESLA tu ada seberang lautan Pasifik je. UiTm Shah Alam, USM dan UTM tak jauh mana pun dari Putrajaya. Tapi dinosaur napoleanik mana nampak. Duduk dekat kerusi je tau harap nak orang hulur kertas kerja.
Kita nak tengok sahaja bila negara serantau mula melangkah lebih jauh kearah teknologi penjanaan elektrik yang boleh diperbaharui, nak tengok sahaja negara maju meluncur dengan kereta elektrik sedangkan kita masih bertengkar pasal harga petrol. Tu pun tak boleh fikir.
Atau nak bagi kaya dulu kontraktor dan konglomerat yang bertopengkan "green energy" tapi tebang hutan dan tanam sawit atas nama "mini hydroelectric"...!!! Mampus.
Nak tunggu pembangkang? Plastik pun tak boleh handle.
Kira harga minyak pun gagal. Nak harap depa buat polisi dan benda yang saya sebut kat atas. Kirim salam lah woi.
Sebenarnya aku nak Tesla Model 3 masuk Malaysia je.

Ulang siar entri Minyak Naik? Individu Ini Tak Heran - Suatu Kritikan Kepada Kerajaan & Pembangkang. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment