Saya Pelik Terdapat Orang Malaysia Tak Pandai Cakap Melayu, Saya Lagi Fasih - Mahasiswa Jepun Kongsi Pengalaman Hidup Di Malaysia.

 On Friday, February 10, 2017  

Saya Pelik Terdapat Orang Malaysia Tak Pandai Cakap Melayu, Saya Lagi Fasih - Mahasiswa Jepun Kongsi Pengalaman Hidup Di Malaysia.

Saya Pelik Terdapat Orang Malaysia Tak Pandai Cakap Melayu, Saya Lagi Fasih - Mahasiswa Jepun Kongsi Pengalaman Hidup Di Malaysia.

Kagum dengan kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia, seorang pelajar Jepun terkejut apabila menjumpai warganya tidak pandai berbicara dalam Melayu. 

Warga Asing Cakap Bahasa Melayu

Masaya Ono, 21, menceritakan pengalamannya bercuti di beberapa negeri di utara Semenanjung seperti di Perak dan Pulau Pinang. 

“Saya waktu itu berada di Ipoh dan menaiki GrabCar. Saya terkejut kerana apabila bertanya dalam Melayu tetapi pemandu tidak faham cakap saya. 

“Mula-mula saya cakap bahasa Inggeris dan dia jawab bahasa Cina. Mujur saya ada asas Mandarin,” kata mahasiswa Universiti Bunkyo Gakuin itu kepada ProjekMMO minggu lepas. 

“Saya juga ke kedai serbaneka di Pulau Pinang, dan pekerja di sana tidak berbahasa Melayu atau Inggeris. Terkejut kenapa ada juga rakyat Malaysia tidak tahu cakap Melayu.

“Tidak mungkin mereka tidak fasih bahasa rasmi?” soal pelajar ijazah kajian budaya dan antarabangsa itu, seorang peserta pertukaran mahasiwa di Universiti Teknologi Mara (UiTM). 

Di negara matahari terbit, kata Masaya lagi, rakyatnya dididik mengutamakan bahasa Ibunda, termasuk warga asing yang bekerja di sana. 

Tetapi kejadian di Malaysia pelik apabila pekerja asing lebih fasih cakap Melayu berbanding rakyatnya sendiri, tambahnya. “Kalau di Jepun kami memang mengutamakan bahasa kami sehingga ramai [warga Jepun] yang tidak tahu berbahasa Inggeris. Pelancong dan pekerja luar pun tahu [bahasa Jepun]. 

“Tetapi apa yang lebih mengejutkan, warga asing seperti saya lebih mahir berbahasa Melayu. Malah, pengawal keselamatan warga Nepal dan Bangladesh di rumah saya lebih mahir. 

“Mereka [warga asing] sangat pandai. Bagaimana boleh jadi begitu? Ini memang pelik,” katanya, yang sudah menetap enam bulan di Malaysia. 

Namun anak bongsu, daripada dua beradik, dari Kanagawa itu mengakui bukan mudah mempelajari bahasa Melayu jika tidak bersungguh-sungguh. 

“Mungkin, muka saya tidak seperti orang asing [Jepun]. Mereka ingat saya orang tempatan. Tetapi bagus juga, ia secara tidak langsung mengajar saya bercakap Melayu,” katanya. 

“Kadang-kadang hendak beli makanan, peniaga tanya saya ‘Hendak makan apa? Makan sini?’.” 

Selain bantuan rakan-rakan di UiTM, Masaya merujuk beberapa buku asas perbualan Melayu selain menggunakan kemudahan Google di telefon pintarnya. 

Beliau berhasrat mengikuti kelas khas bahasa Melayu jika, kemudiannya, membuat keputusan untuk berhijrah ke Malaysia selepas tamat pengajian di Jepun pada 2018. 

“Saya ada buku asas Melayu, selain Google apa yang saya tidak faham. Tengoklah, kalau hendak berhijrah nanti, kena ambil kelas khas supaya betul-betul mahir,” katanya. 

 
Sumber : Projek Malaymail Online.

Ulang siar entri Saya Pelik Terdapat Orang Malaysia Tak Pandai Cakap Melayu, Saya Lagi Fasih - Mahasiswa Jepun Kongsi Pengalaman Hidup Di Malaysia. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Saya Pelik Terdapat Orang Malaysia Tak Pandai Cakap Melayu, Saya Lagi Fasih - Mahasiswa Jepun Kongsi Pengalaman Hidup Di Malaysia. 4.5 5 Unknown Friday, February 10, 2017 Saya Pelik Terdapat Orang Malaysia Tak Pandai Cakap Melayu, Saya Lagi Fasih - Mahasiswa Jepun Kongsi Pengalaman Hidup Di Malaysia. Kagu...


No comments:

Post a Comment