Terima Sahaja Perletakkan Jawatan Jamal Itu Noh Omar, Kalau Betul UMNO Tak Bela Penjenayah Samseng & Samun..

 On Wednesday, February 8, 2017  

Terima Sahaja Perletakkan Jawatan Jamal Itu Noh Omar, Kalau Betul UMNO Tak Bela Penjenayah Samseng & Samun..

Terima Sahaja Perletakkan Jawatan Jamal Itu Noh Omar, Kalau Betul UMNO Tak Bela Penjenayah Samseng & Samun..

Oleh : Shabudin Husin.
Selepas bebas daripada tahanan reman selama lima hari atas pertuduhaan samun berkumpulan, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Md Yunus dilaporkan akan menghantar surat perletakan jawatannya, semalam.

Selain akan meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal juga mahu berundur sebagai Pengerusi BN Sungai Besar dan Ketua Gerakan Baju Merah yang menjadikan dirinya popular dan kontroversi selama ini.

Tidak diketahui apa yang menyebabkan Jamal mahu meletakkan jawatan, mungkin kerana kecewa berikutan banyak tindakannya tidak mendapat sokongan pemimpin-pemimpin UMNO dan mungkin juga merasakan penahanan remannya akan disusuli dengan pendakwaan di mahkamah selepas ini.
Kata Jamal lagi, beliau akan menghantar surat perletakan jawatan itu kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar.

"Saya menyerahkan keputusan akhir kepada Noh Omar untuk memutuskannya.  Apa pun keputusan beliau, saya akan terima," ujar Jamal lagi.

Ehh, ehh...kenapa main serah-serah  kepada Noh Omar pula membuat keputusan akhir dan berkata pula akan akur dengan sebarang keputusan itu?

Ini serius nak letak jawatan atau acah-acah saja?

Nak letak jawatan...letak sajalah, kenapa perlu kepada kata akhir daripada orang lain pula?

Ini macam wayang je bro?

Harus diakui, perilaku dan tindakan Jamal melalui Gerakan Baju Merah selama ini bukan saja memalukan UMNO dan BN, bahkan mengaibkan  orang Melayu dan juga negara.

Dalam sejarah politik, waima di era kuno sekali pun, tidak pernah ada orang yang menggelarkan dirinya pemimpin sehingga sanggup bertuala dan membawa katil ke pejabat kerajaan hanya untuk melakukan protes dan mencari glamor.

Untuk itu, Noh Omar tanpa banyak soal mesti terima saja perletakan jawatan Jamal. Menolak perletakan jawatan Jamal hanya mengesahkan beliau sekadar acah-acah mahu berundur kerana tahu akhirnya Noh Omar yang merupakan kawan rapatnya, akan menyelamatkan kedudukan dirinya.

Lagi pula, tindakan Jamal tidak membawa sebarang markah dalam usaha UMNO dan BN menawan kembali Selangor. 

Kalau Noh Omar menolak juga perletakan jawatan itu, orang akan melihat ini merupakan satu lagi drama yang cuba dipentaskan oleh Jamal untuk terus mempopularkan dirinya yang semakin suam-suam kuku dan tidak laku.

Ulang siar entri Terima Sahaja Perletakkan Jawatan Jamal Itu Noh Omar, Kalau Betul UMNO Tak Bela Penjenayah Samseng & Samun.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Terima Sahaja Perletakkan Jawatan Jamal Itu Noh Omar, Kalau Betul UMNO Tak Bela Penjenayah Samseng & Samun.. 4.5 5 Unknown Wednesday, February 8, 2017 Terima Sahaja Perletakkan Jawatan Jamal Itu Noh Omar, Kalau Betul UMNO Tak Bela Penjenayah Samseng & Samun.. Oleh : Shabudin Husin ...


No comments:

Post a Comment