Warga Emas Ditipu RM3,988 Di Tesco Mutiara Damansara - Dah La Menipu, Kurang Ajar Pula Tu~!

 On Wednesday, April 12, 2017  

Warga Emas Ditipu RM3,988 Di Tesco Mutiara Damansara - Dah La Menipu, Kurang Ajar Pula Tu~!

Warga Emas Ditipu RM3,988 Di Tesco Mutiara Damansara - Dah La Menipu, Kurang Ajar Pula Tu~!

Oleh : Norhaliza

Kedua ibubapa saya telah ditipu oleh sekumpulan manusia di Tesco Mutiara Damansara pada petang semalam. Mulanya, dihulurkan beg grocery yang kononnya diberikan percuma. Selepas itu, mereka memanggil kedua-dua ibubapa saya untuk duduk sebab kononnya penerima beg percuma itu kena tulis nama. 


Haaa... masa inilah dengan cepatnya ibubapa saya ditipu oleh sekumpulan manusia ini. Mereka menunjukkan satu set pembersih hampagas cleaner yang dijual. Kedua ibubapa saya kata mereka tidak mahu membeli sebab sudah ada sebuah di rumah. 


Kemudian salah seorang jurujual yang dikenali dengan nama "Bella", telah memberikan sebuah gajet kepada ibu saya dan meminta ibu saya untuk menekan skrin di gajet tersebut. Gajet yang sama diberi kepada ayah saya dan diminta untuk melakukan yang sama. Lo and behold! 

Ayah saya telah memenangi dua barang percuma, satu set pembersih hampagas yang dikatakan bernilai RM3,680 dan sebuah ketuhar gelombang yang dikatakan bernilai RM3,988. 

Seterusnya, ayah saya diberikan gajet tersebut untuk menekan sekali lagi. Kali ini ayah saya mendapat bonus sebanyak RM100 yang sekaligus melayakkan ayah saya mendapat sebuah set penapis air yang boleh digunakan secara percuma selama 3 bulan. Sekiranya berminat, Julai nanti baru mula bayar sebanyak RM80 sebulan selama 48 bulan.

Kemudian ayah saya ditanya samada beliau ada memiliki apa-apa kad kredit. Terus terang kat sini saya pun tak faham macamana ayah saya boleh keluarkan beg duitnya. Si Bella tadi ternampak kad kredit HSBC dan terus mengambil dari tangan ayah saya. 

Seorang lagi jurujual bertanya kepada ayah saya, sudah berapa lama kad kredit HSBC itu digunakan kerana menurut mereka, kalau lebih daripada 2 tahun, ayah saya layak mendapat satu multi-cooker secara percuma. Wah! Percuma lagi!

Entah bila masa kad tu dileretkan pun tidak tahulah. Tiba-tiba ayah saya diberikan beberapa dokumen untuk ditandatangani. Jujur cakap, untuk seorang yang sudah berusia 74 tahun yang memang tidak pernah menggunakan kad kredit untuk beli barang-barang, bila diserahkan dokumen-dokumen itu, tidak terlintas difikirannya bahawa bayaran melalui kad kredit telah pun dibuat.

Saya mengambil gambar dokumen2 yang telah diberi kepada ayah saya sementara menunggu tuan supervisor tiba. Di sebelah saya adalah salah seorang daripada dua salesgirls di situ.

Bila pulang ke rumah dan meneliti terma-terma dalam dokumen tersebut barulah ayah saya sedari bahawa dirinya telah ditipu dan wang sejumlah RM3,988 telah dicaj ke kad kreditnya.

Berang dengan perkara itu, saya dan suami bergegas pulang dari sekolah anak bongsu dan terus ke Tesco Mutiara Damansara untuk fight untuk ayah saya yang juga telah pulang semula ke Tesco untuk minta duitnya dikembalikan.

Setibanya di sana, kami segera meminta supaya keseluruhan transaksi dibatalkan dan wang ayah saya dipulangkan. Kami bertegas bahawa mereka telah mengelirukan ayah saya dan telah menipunya. Si Bella ni tadi menelefon supaya penyelianya untuk turun untuk berjumpa kami.

"Bella” menelefon supervisornya untuk turun berjumpa kami
Wah, sudah macam samseng rupa si penyelia ini. Kami terus bertegas dengan penyelia ini untuk batalkan transaksi dan pulangkan kembali duit ayah saya. Penyelia enggan kerana katanya ayah saya telah faham semua terma dan telah tandatangani dokumen-dokumen yang diberikan.

Kami tetap bertegas bahawa ayah saya telah ditipu dan diperdaya dan mereka telah menipu ayah saya. Tiada disebut ayah saya perlu membayar atau membeli apa-apa tetapi wang telah diambil.

Maka, berlakulah insiden jerit-menjerit selepas itu sehingga saya sendiri menggigil kerana terlalu marah. Tak heran dah dengan orang keliling. Ayah saya telah ditipu dan saya takkan sesekali membiarkan manusia-manusia ni terlepas begitu sahaja.

Encik suami membuat beberapa panggilan dan memaklumkan kepada saya. Sebelum kami beredar, saya sebut kepada si Bella “wait for the authorities to come“. Dia hanya senyum kepada saya, seolah-olah mereka telah menang, dan kami telah kalah.

"Bella” yang bertegas bahawa mereka telah menerangkan segalanya kepada ayah saya. Walhalnya mereka telah menipu dengan bercerita tentang yang percuma sahaja. Tidak disebut langsung tentang sebarang pembelian.Eiii… masih boleh ingat waktu ni. 

Saya menggigil kemarahan. Bila keluar perkataan “bullshit” daripada mulut saya, supervisor tu bukan main marah seolah2 perkataan tu a four-letter word. Grrrr!!!! Si supervisor sedang memarahi “Bella” dan menyuruhnya supaya diam. Saya cuba dapatkan nama penuh “Bella” tapi dilarang oleh encik supervisor. 


Pulang ke rumah dan setelah berbincang dengan semua adik beradik saya, kami bersetuju bahawa satu laporan polis perlu dibuat kerana kami mungkin telah dan akan menyebabkan kesusahan kepada kumpulan manusia ini. 

Kami khuatir kedua ibubapa saya akan menghadapi apa-apa komplikasi kerana alamat rumah sbgnya ada pada kumpulan manusia ini. Selepas maghrib, saya dan suami pun ke balai polis Taman Tun Dr Ismail bersama ayah untuk membuat laporan polis.

Pagi tadi, kami dimaklumkan bahawa pihak KPDNKK telah pergi petang semalam juga dengan membuat penyamaran. Dipendekkan lagi cerita, mereka telah ditahan dan akan didakwa.

Alhamdulillah! Baru rasa puas hati saya. Mengambil kesempatan kepada warga emas untuk kesenangan hidup sendiri. Memang pantang tok neneklah kan?

Lupa mahu cerita. Selepas ayah saya menandatangani dokumen2 yang diberi, mereka seolah-olah begitu gembira. Siap suruh ayah saya belanja mereka makan lagi dan lagi sekali saya tak faham di sini bagaimana dengan mudah ibubapa saya bersetuju untuk belanja pulut durian, pulut mangga, siap dengan air minum lagi. Adalah dalam RM50 jugak untuk semua mereka tu. Adakah kedua ibubapa saya telah dipukau? Wallahu a’lam.

Moral of the story

Elakkan mengambil apa-apa yang dihulurkan secara percuma. Sorry to all guys who are honest. Tapi disebabkan oleh manusia2 macam ni, saya semakin tidak percaya kepada sesiapa yang cuba nak beri apa2 secara percuma. 

There is no such thing as free gifts. Mesti ada “catch”nya. Tambah2 masa zaman ekonomi meleset seperti sekarang.
Sekian, terima kasih.

Ulang siar entri Warga Emas Ditipu RM3,988 Di Tesco Mutiara Damansara - Dah La Menipu, Kurang Ajar Pula Tu~! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Warga Emas Ditipu RM3,988 Di Tesco Mutiara Damansara - Dah La Menipu, Kurang Ajar Pula Tu~! 4.5 5 Unknown Wednesday, April 12, 2017 Warga Emas Ditipu RM3,988 Di Tesco Mutiara Damansara - Dah La Menipu, Kurang Ajar Pula Tu~! Oleh : Norhaliza Kedua ibubapa saya telah...


No comments:

Post a Comment