Cara Kita Menjalani Ibadah Puasa Di FB.

 On Monday, May 29, 2017  

Cara Kita Menjalani Ibadah Puasa Di FB.

Cara Kita Menjalani Ibadah Puasa Di FB.

Oleh : Fdaus Ahmad

Cara Kita Menjalani Ibadah Puasa di FB
---------------------------------------

Gambar Hiasan - FB

1. Upload gambar makanan sedap dekat dekat nak maghrib

2. Upload gambar makanan 'simple' masa sahur dengan caption 'bersahur ni je, korang?'

3. Up status kutuk makcik Bazaar Ramadhan jual karipap kapitalis tak ada inti berserta gambar karipap, kutuk juga lagi kena game air tebu basi.

4. Up status ada orang buat hal dengan kita sampai meluap luap amarah; tapi di hujung hujung tulis "mujur la aku puasa, aku sabaaarr je tadi"

5. Tiba tiba...semua bertukar jadi peniaga kuih, biskut, kerepek, kain baju, tudung, songkok, baju melayu, butang baju melayu, kasut dan juga mercun, walhal satu hapa meniaga pun tak pernah amik tahu sebelum ni.

6. Berlawan up status anak siapa puasa paling tak tinggal. Padahal anak baru umur 5 tahun.

7. Up gambar ifthoor batch sekolah, kawan universiti dan geng office. At least 3 tu sangkut masuk fesbuk.

8. Awal pagi up status "awalya pergi kerja hari ni", bila petang balik kerja lewat lepas tu sangkut pula dalam jem, up lagi status "berbuka dalam kereta je la", siap gambar air kotak depan stereng. 

9. Selfie terawikh.

10. Up status "rindu masakan mak kat kampung"

11. Up status tazkirah tazkirah sekali link youtube. (Masa puasa je 😁)

12. Tips tips "......ketika berpuasa" berselerak muncul nanti. Yang ...... tu kau isi sendiri tips apa kau nak.

13. Up status marah bangsa/agama lain sebab makan minum depan kau dengan caption "tak hormat orang puasa, tak jaga sensitiviti" <--- ni cara ibadah puasa FB paling aku tak faham. 

14. Dari isyak membawa ke pukul 9.30 malam, status, komen dan aktiviti fesbuk berkurang sebab masing masing risau kena tuduh tak ke masjid sembahyang terawikh. 
Kahkahkah!

Done up status! 😊

Lain lain kau tambah lah sendiri.

Selamat menyambut Ramadhan Al Kareem. 

Ulang siar entri Cara Kita Menjalani Ibadah Puasa Di FB. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Cara Kita Menjalani Ibadah Puasa Di FB. 4.5 5 Unknown Monday, May 29, 2017 Cara Kita Menjalani Ibadah Puasa Di FB. Oleh : Fdaus Ahmad Cara Kita Menjalani Ibadah Puasa di FB -----------------------------------...


No comments:

Post a Comment