Kim Jong Nam Jumpa Agen Amerika Di Langkawi Sebelum Mati Dibunuh.

 On Friday, May 26, 2017  

Kim Jong Nam Jumpa Agen Amerika Di Langkawi Sebelum Mati Dibunuh.

Kim Jong Nam Jumpa Agen Amerika Di Langkawi Sebelum Mati Dibunuh.

Kim Jong Nam yang mati selepas diserang 2 wanita pada 13 Februari lalu dikatakan bertemu seorang agen perisikan Amerika Syarikat beberapa hari sebelum itu, menurut sebuah akhbar Jepun, lapor Free Malaysia Today. 


Kenyataan itu menyebut, Asahi 
Shimbun melaporkan pihak berkuasa Malaysia mengandaikan hubungan agen itu dengan Jong Nam, yang merupakan abang tiri diktator Korea Utara Kim Jong Un, adalah antara punca beliau dibunuh. 

Akhbar itu berkata pertemuan Jong Nam dengan agen itu, seorang lelaki warganegara AS yang berpangkalan di Bangkok, dirakamkan kamera litar tutup (CCTV) di sebuah hotel di Langkawi pada 9 Februari. 

Mereka dilihat memasuki bilik hotel dan keluar 2 jam kemudian. Penyiasat percaya Jong Nam memindahkan sejumlah besar maklumat kepada agen itu daripada komputer ribanya. 

Portal itu turut menyebut, Asahi Shimbun turut melaporkan pergerakan agen itu dipantau rapi oleh pihak berkuasa Malaysia setiap kali beliau mendarat di Malaysia, kerana disyaki ada kaitan dengan perisikan AS. 

Dari Langkawi, Jong Nam pulang ke Kuala Lumpur pada 12 Februari, dan sehari kemudian diserang sebelum menaiki penerbangan ke Macau. 

Lelaki warga AS itu juga meninggalkan Malaysia pada hari sama, menurut akhbar itu. 

Sebelum ini, kematian Jong Nam mencetuskan krisis diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara, disebabkan keengganan Pyongyang membantu penyiasatan. 

Krisis tersebut berlanjutan apabila kedua-dua negara menahan duta negara yang bertentangan. 

Pyongyang juga dilaporkan enggan menerima identiti Jong Nam, sebaliknya berkata beliau merupakan warganegara biasa Korea Utara. 

Malaysia dan Korea Utara akhirnya bersetuju melakukan rundingan dengan Malaysia nemulangkan mayat Jong Nam manakala staf kedutaan Malaysia di Pyongyang dibenarkan pulang.

Ulang siar entri Kim Jong Nam Jumpa Agen Amerika Di Langkawi Sebelum Mati Dibunuh. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kim Jong Nam Jumpa Agen Amerika Di Langkawi Sebelum Mati Dibunuh. 4.5 5 Unknown Friday, May 26, 2017 Kim Jong Nam Jumpa Agen Amerika Di Langkawi Sebelum Mati Dibunuh. Kim Jong Nam yang mati selepas diserang 2 wanita pada 13 Februari lal...


No comments:

Post a Comment