Kopek Dulu Kurma Kalau Taknak Termakan Anak Lipas!

 On Thursday, May 25, 2017  

Kopek Dulu Kurma Kalau Taknak Termakan Anak Lipas!

Kopek Dulu Kurma Kalau Taknak Termakan Anak Lipas!

Kurma dan Ramadhan tak dapat dipisahkan. Setiap kali menjelangnya bulan puasa, kurma antara makanan yang dicari bagi dihidangkan ketika berbuka puasa. 

Artikel kali ini ada kaitan dengan kurma tetapi bukan untuk mempromosikan kurma sebaliknya nak berkongsikan satu tips yang berguna untuk mereka-mereka yang suka makan kurma tak kisahlah samada untuk berbuka ke ataupun sebagai kudap-kudapan.

Seorang pengguna di Facebook, Siti Norbaya telah berkongsikan peringatan bahawanya kurma bukan sahaja perlu dibasuh sebelum dimakan malahan perlu dikopek juga bagi membersihkan dan membuang bubuk yang terdapat didalamnya.


Menurut Siti Norbaya, setiap kali beliau membuat pembelian kurma tanpa mengira jenama mahupun lokasinya, pasti di dalam kurma tersebut mengandungi anak lipas ataupun bubuk.


Oleh kerana itu beliau berpesan agar pengguna-pengguna di luar sana mengopek setiap satu kurma yang dibeli bagi membuang anak lipas tersebut sebelum mengunyahnya terus masuk ke dalam mulut masing-masing.

Rasanya penulis pun pernah termakan bubuk neh. Rasa macam keropok, rangup-rangup. 😆😆😆😆😆

Menurut Siti lagi, perkongsian tersebut bukan untuk menjatuhkan mana-mana perniagaan sebaliknya adalah bertujuan untuk memberikan peringatan tentang kebersihan semata-mata.

Untuk rekod, setakat hari ini pesanan Siti telah dikongsikan sebanyak 42,000 kali sejak ia mula disiarkan pada 23 Mei yang lepas. - Sozcyili.

Ulang siar entri Kopek Dulu Kurma Kalau Taknak Termakan Anak Lipas! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kopek Dulu Kurma Kalau Taknak Termakan Anak Lipas! 4.5 5 Unknown Thursday, May 25, 2017 Kopek Dulu Kurma Kalau Taknak Termakan Anak Lipas! Kurma dan Ramadhan tak dapat dipisahkan. Setiap kali menjelangnya bulan puasa, kurma...


No comments:

Post a Comment