Satu Je Aku Tak Layak, Aku Ni Cina.. - Luahan Sayu Pelajar Ini Mendapat Simpati Netizens.
Sistem pendidikan yang mengasingkan pelajar mengikut status bumiputera seringkali dikritik oleh sebilangan pemimpin di negara ini.
Salah seorang yang menjadi mangsa angkara sistem diskriminasi itu meluahkan perasaan kekecewaannya di laman sosial.
Baca luahan adik Shi Hao di bawah ini;
Ini adalah pengalaman hidup saya, mohon jangan politikkan ia..
Satu je aku tak layak, aku neh cina..
Walau macam mana bagus pun kau, disebabkan bangsa kau, kau terus jatuh pangkat..
Bukan rezeki aku agaknya..
Tapi sekarang aku keliru, adakah Malaysia hargai aku sebagai insan yang berguna?
Luahan itu turut mendapat perhatian dari netizens yang mengikutinya di laman Twitter. Rata-rata yang membaca luahan sedih itu memujuk agar adik Shia Hao bersabar dan bertabah walaupun gagal untuk diterima masuk ke Asasi.
"Kuatkan semangat, saya pun rasa kecewa dengan sistem Malaysia. Sama macam kawan saya, dia indian dapat 8A SPM tetapi tak dapat ASASI," pujuk Haniz San.
Nampak gayanya sistem yang mendiskriminasi mengikut bangsa dan mengasing-asingkan bumi & non bumi ini perlulah dirombak supaya ianya adil kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. - Sozcyili.

Ulang siar entri Satu Je Aku Tak Layak, Aku Ni Cina.. - Luahan Sayu Pelajar Ini Mendapat Simpati Netizens. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment