Suspek Samun Dan Rogol Pekerja Kedai Judi Maut Jatuh Bangunan.
Seorang lelaki yang dipercayai suspek kedua kes samun dan rogol di sebuah premis judi di Bandar Kinrara, Puchong, yang tular sebelum ini dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat 12 PPR Semarak, Setapak, malam tadi, lapor Berita Harian.
Pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Serdang telah melakukan serbuan ketika jam 10.10 malam di mana suspek berusia 22 tahun terbabit cuba melarikan diri dengan turun ke bawah menerusi jeriji dapur rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, ketika sebuan polis telah mengetuk pintu beberapa kali sambil memperkenalkan diri namun penghuni enggan membuka pintu.
Sebelum ini pihak polis telah berjaya menahan suspek pertama berumur 26 tahun ditahan di rumah sewanya di Kuala Selangor pada 14 Mei lalu.
Berdasarkan rakaman video, seorang wanita warga Indonesi berumur 33 tahun telah dirogol oleh kedua-dua suspek, mangsa kemudiannya melarikan diri.
Namun pada Rabu lalu mangsa telah tampil membuat laporan di Balai Polis Bandar Kinrara selepas lima hari menyembunyikan diri di rumah rakannya di selatan tanah air.
Turut sama membuat laporan adalah seorang seorang lagi pekerja di premis itu, iaitu lelaki warga Bangladesh berusia 34 tahun.
Ulang siar entri Suspek Samun Dan Rogol Pekerja Kedai Judi Maut Jatuh Bangunan. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment