Selepas Zulfarhan Meninggal, Pemilik Laptop Trauma.

 On Wednesday, June 21, 2017  

Selepas Zulfarhan Meninggal, Pemilik Laptop Trauma.

Selepas Zulfarhan Meninggal, Pemilik Laptop Trauma.

Tular di laman sosial kononnya komputer riba yang didakwa hilang itu sebenarnya kepunyaan seorang perempuan yang dipercayai juga ialah pelajar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM sepertimana arwah Zulfarhan dan 5 suspek utama yang didakwa melakukan pembunuhan ke atas Zulfarhan baru-baru ini.

Ia berikutan pengakuan seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Wani @khairunisazwani. Menurut individu berkenaan pemilik komputer riba kini berada dalam keadaan tertekan berikutan berlakunya kejadian berkenaan.

Wani - Twitter
"Budak perempuan yang laptop dia kena curi tu menderita trauma malahan dia perlu melalui sesi terapi kerana rasa sangat bersalah dekat Farhan walaupun bukan salah dia," katanya dalam jawapan balas kepada teman-teman yang menyoal di Twitternya.

Turut tular di beberapa blog yang mendakwa perempuan tersebut adalah kenalan ataupun kawan perempuan kepada Akmal Zuhairi, suspek utama dalam kes kematian Zulfarhan bagaimanapun Wani menafikan bahawanya beliau pernah mengeluarkan kenyataan perempuan tersebut mempunyai hubungan ataupun kekasih kepada Akmal Zuhairi.

"Tapi saya tak pernah sebut budak tu kekasih Hairi, macam ni la jadinya bila cerita sampai mulut ke mulut haha," katanya.

Ulang siar entri Selepas Zulfarhan Meninggal, Pemilik Laptop Trauma. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Selepas Zulfarhan Meninggal, Pemilik Laptop Trauma. 4.5 5 Unknown Wednesday, June 21, 2017 Selepas Zulfarhan Meninggal, Pemilik Laptop Trauma. Tular di laman sosial kononnya komputer riba yang didakwa hilang itu sebenarnya kep...


No comments:

Post a Comment