Suspek Utama Kes Bunuh Zulfarhan Rupanya Rakan Baik, Cari Rawatan Lecur Di Youtube.
Akmal Zuhairi, 21 tahun yang juga antara 5 suspek utama yang didakwa membunuh Zulfarhan pada 1 Jun lepas merupakan rakan yang baik kepada mangsa.
Akmal Zuhairi didakwa dibawah kanun keseksaan 302 kerana membunuh dan menyebabkan kematian tragis Zulfarhan selepas individu itu didera dua hari berturut-turut menggunakan seterika wap kerana dipercayai telah mencuri sebuah laptop milik rakan sekelas.
Misteri komputer riba
Sehingga kini pihak media dan orang awam tidak dimaklumkan siapakah yang kehilangan komputer riba itu dan apakah ianya berjaya ditemui selepas Zulfarhan dibuli-dera selama dua hari berturut-turut.
Siapa yang jumpa bomoh?
Harian Metro juga pernah melaporkan ada penuntut UPNM yang telah menemui bomoh bagi meminta petunjuk siapakah yang mencuri komputer riba dan nama Zulfarhan ditunjukkan dalam satu senarai yang disediakan oleh pelajar tersebut, soalnya siapa dan kenapa identiti individu berkenaan dirahsiakan?
Dalam pada itu, selepas senarai nama suspek-suspek utama kes bunuh Zulfarhan didedahkan kepada media, netizens mula melakukan penyiasatan dengan menyelidiki jejak internet kesemua suspek-suspek yang terlibat.
Jejak internet ke atas Akmal Zuhairi mendapati beliau telah mencari kaedah terbaik untuk merawat kecederaan lecur di laman Youtube, dua hari selepas Zulfarhan didakwa dibuli secara beramai-ramai.
Cari kaedah rawatan lecur di Youtube
Bukti itu dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang bernama Lilyy.
"Pandai pula cari solusi di Youtube yea," katanya dalam post berkenaan.
Akmal Zuhairi juga dikesan menulis di Twitter, "Heal fast please," yang dipercayai merujuk kepada kecederaan teruk yang ditimpa oleh kawan baiknya selepas dibuli-dera oleh sekumpulan pelajar UPNM.
Blogger kongsi pengalaman adik belajar di UPNM
Dalam pada itu, seorang blogger Hilal Azmi ada menulis pengalaman membawa adiknya yang belajar di UPNM untuk menerima rawatan.
Pengalaman itu ditulisnya selepas insiden Zulfarhan menjadi kontroversi di Malaysia. Menurut Hilal Azmi, SOP untuk pelajar UPNM menerima rawatan di hospital tidaklah semudah yang disangka.
"Sungguh aku terkejut, pegawai perubatan yang ada kat situ beritahu rawatan susulan tak dapat dilakukan sebab TIADA DEPOSIT DIBAYAR.
"Bukankah dia pelajar UPNM? Tak boleh ka dia dapat rawatan dulu? Lagipun dia dah tunjuk kad matriks dia kan?" tanya aku.
"Ya memang, tapi untuk UPNM kami perlu dapatkan Guarantee Letter (GL) baru kami boleh teruskan rawatan," beritahu pegawai perubatan berkenaan", katanya dalam artikel tersebut.
Hilal Azmi turut menulis bahawa penuntut tahun pertama di UPNM akan mengalami 3 jenis keadaan.
"Kerap kali ketika bertemu penuntut tahun pertama di UPNM, mereka seolah terlalu letih, sentiasa baran malah ada juga yang hidup dalam ketakutan.
Terlalu letih tu, kita faham sebab nak lalui kehidupan dua alam yang memang normal sebagai anak muda harapan negara.
Baran tu pula (biasa berlaku kepada penuntut lelaki), kadang-kadang ia di luar kemarahan yang biasa dialami penuntut tu sepanjang 18 tahun kehidupan sebelum ni.
Hidup dalam ketakutan pula berlaku bila kita dah outing bersama penuntut, bila waktu hantar ke kampus UPNM, kereta hanya boleh akses setakat pintu masuk depan saja", katanya dalam artikel berkenaan.
Untuk bacaan lanjut rujuk sini.
Dari kawan yang baik kepada pembunuh..
Kenapa tidak laporkan kepada pihak pengurusan universiti? Perkara itulah yang membuatkan ramai pihak tertanya-tanya.
Melihatkan kecederaan teruk yang dialami oleh mangsa, mangsa menahan sakit selama beberapa hari dan lambat dibawa menerima rawatan sehingga tidak mampu makan dan berjalan, apakah tiada seorang pun kawan baik mangsa yang bersimpati dengan keadaan tersebut dan timbul rasa bersalah sehingga mahu membetulkan keadaan?
Zulfarhan bukan sahaja mati kerana didera dan dibuli teruk malahan mati selepas rakan-rakan baiknya, rakan-rakan sekelasnya membunuh rasa simpati ke atas mangsa dengan membiarkan dia kesakitan teruk selama dua minggu.
Zulfarhan perlu mati barulah Akmal Zuhairi sudah sedar bahawa tindakannya adalah salah. - Sozcyili.
Akmal Zuhairi didakwa dibawah kanun keseksaan 302 kerana membunuh dan menyebabkan kematian tragis Zulfarhan selepas individu itu didera dua hari berturut-turut menggunakan seterika wap kerana dipercayai telah mencuri sebuah laptop milik rakan sekelas.
Misteri komputer riba
Sehingga kini pihak media dan orang awam tidak dimaklumkan siapakah yang kehilangan komputer riba itu dan apakah ianya berjaya ditemui selepas Zulfarhan dibuli-dera selama dua hari berturut-turut.
Siapa yang jumpa bomoh?
Harian Metro juga pernah melaporkan ada penuntut UPNM yang telah menemui bomoh bagi meminta petunjuk siapakah yang mencuri komputer riba dan nama Zulfarhan ditunjukkan dalam satu senarai yang disediakan oleh pelajar tersebut, soalnya siapa dan kenapa identiti individu berkenaan dirahsiakan?
Akmal bersama Zulfarhan |
Jejak internet ke atas Akmal Zuhairi mendapati beliau telah mencari kaedah terbaik untuk merawat kecederaan lecur di laman Youtube, dua hari selepas Zulfarhan didakwa dibuli secara beramai-ramai.
Cari kaedah rawatan lecur di Youtube
Bukti itu dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang bernama Lilyy.
"Pandai pula cari solusi di Youtube yea," katanya dalam post berkenaan.
Akmal Zuhairi juga dikesan menulis di Twitter, "Heal fast please," yang dipercayai merujuk kepada kecederaan teruk yang ditimpa oleh kawan baiknya selepas dibuli-dera oleh sekumpulan pelajar UPNM.
Blogger kongsi pengalaman adik belajar di UPNM
Dalam pada itu, seorang blogger Hilal Azmi ada menulis pengalaman membawa adiknya yang belajar di UPNM untuk menerima rawatan.
Pengalaman itu ditulisnya selepas insiden Zulfarhan menjadi kontroversi di Malaysia. Menurut Hilal Azmi, SOP untuk pelajar UPNM menerima rawatan di hospital tidaklah semudah yang disangka.
"Sungguh aku terkejut, pegawai perubatan yang ada kat situ beritahu rawatan susulan tak dapat dilakukan sebab TIADA DEPOSIT DIBAYAR.
"Bukankah dia pelajar UPNM? Tak boleh ka dia dapat rawatan dulu? Lagipun dia dah tunjuk kad matriks dia kan?" tanya aku.
"Ya memang, tapi untuk UPNM kami perlu dapatkan Guarantee Letter (GL) baru kami boleh teruskan rawatan," beritahu pegawai perubatan berkenaan", katanya dalam artikel tersebut.
Hilal Azmi turut menulis bahawa penuntut tahun pertama di UPNM akan mengalami 3 jenis keadaan.
"Kerap kali ketika bertemu penuntut tahun pertama di UPNM, mereka seolah terlalu letih, sentiasa baran malah ada juga yang hidup dalam ketakutan.
Terlalu letih tu, kita faham sebab nak lalui kehidupan dua alam yang memang normal sebagai anak muda harapan negara.
Baran tu pula (biasa berlaku kepada penuntut lelaki), kadang-kadang ia di luar kemarahan yang biasa dialami penuntut tu sepanjang 18 tahun kehidupan sebelum ni.
Hidup dalam ketakutan pula berlaku bila kita dah outing bersama penuntut, bila waktu hantar ke kampus UPNM, kereta hanya boleh akses setakat pintu masuk depan saja", katanya dalam artikel berkenaan.
Untuk bacaan lanjut rujuk sini.
Dari kawan yang baik kepada pembunuh..
Kenapa tidak laporkan kepada pihak pengurusan universiti? Perkara itulah yang membuatkan ramai pihak tertanya-tanya.
Melihatkan kecederaan teruk yang dialami oleh mangsa, mangsa menahan sakit selama beberapa hari dan lambat dibawa menerima rawatan sehingga tidak mampu makan dan berjalan, apakah tiada seorang pun kawan baik mangsa yang bersimpati dengan keadaan tersebut dan timbul rasa bersalah sehingga mahu membetulkan keadaan?
Zulfarhan bukan sahaja mati kerana didera dan dibuli teruk malahan mati selepas rakan-rakan baiknya, rakan-rakan sekelasnya membunuh rasa simpati ke atas mangsa dengan membiarkan dia kesakitan teruk selama dua minggu.
Zulfarhan perlu mati barulah Akmal Zuhairi sudah sedar bahawa tindakannya adalah salah. - Sozcyili.
Ulang siar entri Suspek Utama Kes Bunuh Zulfarhan Rupanya Rakan Baik, Cari Rawatan Lecur Di Youtube. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment