"Taufik Bukan Nak Selamatkan Motorlah" - Ini Cerita Sebenar Dari Bapa Mangsa.
Tular satu rakaman video di laman sosial tentang dua orang mangsa banjir yang cuba menyelamatkan diri dan motor dari arus deras.
Penyebaran video berkenaan turut mendapat respon pelbagai dari netizens yang menonton video berkenaan. Ada yang merasa simpati namun ada juga yang mengkritik kelakuan salah seorang mangsa banjir yang didakwa cuba menyelamatkan motornya daripada memikirkan keselamatan dirinya sendiri.
Dalam rakaman berkenaan, orang awam yang berada di lokasi kejadian juga menyeru agar lelaki berkenaan melepaskan motornya itu dan menyelamatkan dirinya sebelum beliau dilihat dibawa arus deras.
"Lepaskanlah motor tu, lepaskanlah motor tu," kata-kata mereka dalam rakaman berkenaan.
Bukan taknak lepaskan tapi tersangkut
Bagaimanapun dakwaan liar itu dinafikan dengan pantas oleh bapa kepada mangsa itu sendiri. Menurut Alias Sagi, 51 tahun, beliau pada awalnya tidak menyangka video viral di laman sosial itu memaparkan rakaman anaknya yang bergelut menyelamatkan diri dari arus deras.
Menurut Alias lagi, selepas melihat rakaman berkenaan beliau tidak mengesyaki apa-apa namun selepas anak beliau yang lain menunjukkan topi keledar yang dipakai oleh mangsa tersebut adalah sama seperti miliknya barulah beliau menyedari bahawa individu berkenaan adalah anaknya yang bernama Taufik, 23 tahun.
Alias turut menjelaskan bahawanya anaknya itu pernah kemalangan beberapa tahun yang lepas dan mengidapi masalah mental kesan dari kemalangan tersebut, anaknya menjadi OKU - Orang Kurang Upaya.
Pada hari kejadian anaknya mahu ke kebun yang terletak di Sungai Lui pada jam kira-kira 10 pagi. Namun tidak pulang-pulang sehingga lewat tengah malam dan Alias mengambil keputusan untuk melaporkan kepada polis selepas berasa tidak sedap hati tambahan pula helmet yang dipakai mangsa adalah sama seperti miliknya yang membuatkan beliau mengesyaki lelaki dalam video berkenaan adalah anaknya.
Menurut laporan berita, Taufik dipercayai cuba menyelamatkan motornya yang terjatuh ke dalam sungai selepas hujan lebat di Batu 14, Hulu Langat sebelum hilang dibawa arus deras.
Lelaki yang cuba membantu Taufik, yang dikenali sebagai Wan pula menjelaskan kepada Alias, bapa mangsa bahawanya Taufik sememangnya mahu melepaskan motornya itu namun seluarnya tersangkut membuatkan beliau gagal melepaskan diri motornya itu lalu dibawa oleh arus deras.
Usaha mencari dan menyelamatkan mangsa telah pun dikerah sejak semalam dan kawasan operasi diperluaskan hingga ke Bangi. Motor milik mangsa juga telah pun ditemui pada pagi tadi, lapor makcik saudara kepada mangsa.
Dalam pada itu, semua pihak juga diminta untuk menghentikan spekulasi kononnya mangsa tidak mahu melepaskan motornya itu, rayu bapa mangsa.
Penjelasan bapa
"Seorang lelaki bernama Wan yang cuba selamatkan anak saya itu beritahu, sebenarnya dia bukan cuba selamatkan motor, dia cuba lepaskan diri dia dari moto yang hanyut itu, dia memang cuba lepaskan diri dia, tapi mungkin seluar tersangkut."
"Jika kita lihat dari atas(video) seolah-olah dia sayangkan motor, sebenarnya dia cuba nak lepaskan dirinya, lelaki yang cuba selamatkan dia itu hanya sekaki lagi nak capai," jelas beliau, seperti dipetik dari RTM - Sozcyili.

Ulang siar entri "Taufik Bukan Nak Selamatkan Motorlah" - Ini Cerita Sebenar Dari Bapa Mangsa. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment