Ditipu Ulat Tiket, Penyokong Bola Kempunan Tak Dapat Masuk Stadium, Lebur RM400!

 On Tuesday, August 29, 2017  

Ditipu Ulat Tiket, Penyokong Bola Kempunan Tak Dapat Masuk Stadium, Lebur RM400!

Ditipu Ulat Tiket, Penyokong Bola Kempunan Tak Dapat Masuk Stadium, Lebur RM400!

Sistem jualan online tidak mampu menampung jika berlakunya overload ketika jualan tiket berlangsung itulah jawapan Khairy Jamaluddin, Menteri Belia Dan Sukan ketika diminta mengulas isu tiket perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea ke 29, di antara pasukan Malaysia dan Thailand.

Perkara ini menjadi polemik apabila;

1. Penyokong bola datang dari jauh tetapi gagal mendapatkan tiket dek penangan ulat tiket, sistem keselamatan yang hancur dan tiket reserve yang banyak untuk VVIP.



2. Beberapa pihak tampil mengkritik KBS kerana memperuntukkan terlalu banyak tiket untuk golongan VVIP yang hanya datang sekali sekala itupun ketika hanya Malaysia berada di final berbanding pemain ke 12 - penyokong-penyokong setia pasukan Malaysia yang bersama-sama pasukan itu di kala mereka kalah mahupun menang.


3. Sikap ulat tiket yang menjual secara terbuka secara online juga mengundang rasa sakit hati penyokong-penyokong bola sepak negara.

4. Sungguhpun setiap orang dilimitasikan untuk membeli tiket sebanyak 5 keping per individu, terdapat beberapa pihak yang dapat membeli lebih dari 5 keping malahan ada pihak yang dilaporkan memiliki 500 keping tiket bola. Ada juga pihak yang dapat dari VIP pemimpin politik, ini mengundang rasa marah penyokong bola kerana berasa dianaktirikan berikutan perbezaan status dan kedudukan.



Dan kini di laman sosial, berlegar-legar kisah satu keluarga dari Sarawak yang ditipu oleh ulat tiket apabila gagal memasuki stadium Shah Alam bagi menonton perlawanan akhir Malaysia menentang Thailand.

Berikut apa yang dikongsikan oleh facebooker yang dikenali dengan nama Pejal Afifi.


Tak dapat masuk stadium, tiket disahkan palsu!


Kesian brader ni. Mula-mula dia tanya wife saya (wife die minta dia tanyekan) mana beli tudung lawa corak bendera Malaysia. Borak punye borak, muka die sedih semacam tak happy. Die kata tiketnya tak lepas sewaktu hendak masuk ke dalam stadium, staff stadium pakai bar code scanning pun tak boleh. Tiket yang dibelinya itu PALSU!! 

Satu tiket rm50, beli 8 keping rugi rm400!

Die beli dari ulat tiket sekitar Giant Shah Alam, satu rm50. Beli sampai 8 keping. Burn rm400!! Sudahlah datang dari Kuching, Sarawak. Terduduk beliau. Tak terkata apa dah. Saya bandingkan tiket saya dengan beliau, kalau tengok dengan mata kasar memang tak nampak beza, cuma yang PALSU itu colornye kusam sedikit dan takde macam font hitam dekat area kilat belah kanan tiket. 

Hati-hati dengan ulat tiket..

Melampau ulat tiket sekarang, sampai jual tiket palsu semata nak mengaut keuntungan. Hati-hati kawan-kawan di luar sana kalau nak membeli dari ulat tiket. Memang keji kau ulat tiket, mahal satu, lepastu PALSU pula!!!

Ulang siar entri Ditipu Ulat Tiket, Penyokong Bola Kempunan Tak Dapat Masuk Stadium, Lebur RM400! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Ditipu Ulat Tiket, Penyokong Bola Kempunan Tak Dapat Masuk Stadium, Lebur RM400! 4.5 5 Unknown Tuesday, August 29, 2017 Ditipu Ulat Tiket, Penyokong Bola Kempunan Tak Dapat Masuk Stadium, Lebur RM400! Sistem jualan online tidak mampu menampung jika berlak...


No comments:

Post a Comment