Dobi Muslims - Kena Pastikan Yang Masuk Itu Tidak Najis Kata Penasihat Agama Johor.

 On Monday, September 25, 2017  

Dobi Muslims - Kena Pastikan Yang Masuk Itu Tidak Najis Kata Penasihat Agama Johor.

Dobi Muslims - Kena Pastikan Yang Masuk Itu Tidak Najis Kata Penasihat Agama Johor.

“Falsafahnya bukan asing, tidak asing, tetapi untuk memastikan yang masuk itu tidak najis,” kata Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor Datuk Nooh Gadut ketika diminta mengulas isu tular dobi layan diri dikhaskan kepada individu beragama Islam di Facebook (FB), kelmarin. 


Beliau berkata, setiap individu Muslim dan bukan Muslim perlu memastikan pakaian dihantar untuk dicuci di kedai dobi layan diri dalam keadaan bersih daripada najis mughallazah iaitu najis berat. 

“Sekarang yang Islam perlu pandang isu najis mughallazah sebab najis dan kotor lain (berbeza), kotor boleh buat sembahyang. 

“Sebab itu mesti dibersihkan dulu (pakaian hendak dicuci) dan baru masuk dalam mesin basuh, ini penting,” katanya memperincikan mengenai konsep pembersihan najis yang perlu dibersihkan pada pakaian sebelum dicuci menggunakan mesin basuh. 

Katanya, ketika ini mesin dobi layan diri ada yang patuh syariah bahkan air digunakan mengalir. 

“Sebaliknya apa yang menjadi masalah sekiranya air berkenaan tidak mengalir, tapi peringkat awal bercantum dengan air bernajis. 

“Dalam isu ini, kedua-dua pihak sama ada Muslim atau bukan Muslim perlu pastikan najis terdapat pada pakaian dibersihkan terlebih dulu,” katanya. 

Sementara itu, Mufti Negeri Datuk Mohd Tahrir Samsudin berkata, isu berkenaan tidak sepatutnya menimbulkan persepsi buruk dalam kalangan bukan Muslim memandangkan perkara berkaitan kebersihan menjadi keutamaan kepada umat Islam. 

Mengenai reaksi perkara itu katanya, jika ada ia sangat baik kerana ketika ini terdapat umat Islam yang ragu-ragu untuk menggunakan khidmat dobi layan diri. 

“Saya belum tahu (melihat tular), kalau betul (wujud) cantik, sebab ada dalam kalangan kita ragu-ragu, tapi benda itu tidak mengapa. 

“Tetapi kalau ada lebih cantik supaya tidak ada ragu-ragu dari segi kebersihan dan kesucian dan ia banyak menolong kita,” katanya. 

Ditanya mengenai konsep dobi dan Islam katanya, syarat perlu diberi keutamaan adalah terhindar daripada najis berat atau mughallazah. 

“Syaratnya supaya tidak ada najis mughallazah dan ringan, sebab ada menyebabkan kita (umat Islam) tidak berani nak hantar takut tercampur. 

“Jadi bila benda itu dipisahkan sangat bagus dan mudah-mudahan ia berjaya dan tidak jadi sesuatu yang iri hati kepada pihak lain,” katanya. 

Terdahulu tular mengenai dobi layan diri di Muar, dekat sini, sejak kelmarin, mendakwa dobi berkenaan dikhaskan kepada pelanggan Islam saja. Ia berdasarkan sekeping daripada dua keping gambar tertera perkataan Untuk Pelanggan Beragama Islam Sahaja dan Kasut Sila Tanggalkan Di luar. 

Selepas 19 jam ia dimuat naik, status berkenaan dikongsi lebih 100 pengguna yang rata-rata memuji dan mendakwa ia bukan bertindak kerana perkauman, sebaliknya bagi menjaga kesucian pakaian dan mesin yang digunakan. Malah, kain rentang yang dipasang memaklumkan kepada Muslim saja dan boleh digunakan saudara baru tanpa mengira kaum dan jantina. 

Bagaimanapun, keunikan status berkenaan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen terutama mereka yang mempersoalkan kewujudan kedai dobi layan diri seperti itu, selain menyifatkan papan tanda diletakkan di depan kedai berkenaan mengelirukan pelanggan.

Sumber : Harian Metro

Ulang siar entri Dobi Muslims - Kena Pastikan Yang Masuk Itu Tidak Najis Kata Penasihat Agama Johor. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Dobi Muslims - Kena Pastikan Yang Masuk Itu Tidak Najis Kata Penasihat Agama Johor. 4.5 5 Unknown Monday, September 25, 2017 Dobi Muslims - Kena Pastikan Yang Masuk Itu Tidak Najis Kata Penasihat Agama Johor. “Falsafahnya bukan asing, tidak asing, tetapi untuk...


No comments:

Post a Comment