Expo Kerjaya Jobsifu.com Dikecam, Ramai Netizens Luah Perasaan Diperdayakan Dan Kerugian..

 On Saturday, September 30, 2017  

Expo Kerjaya Jobsifu.com Dikecam, Ramai Netizens Luah Perasaan Diperdayakan Dan Kerugian..

Expo Kerjaya Jobsifu.com Dikecam, Ramai Netizens Luah Perasaan Diperdayakan Dan Kerugian..

Oleh : Nasir Al-Helmy
Saya dikhabarkan seorang rakan yang hadir ke temuduga Jobsifu.com Malaysia pada tengahari tadi. Job fair ini di gemparkan kononnya Career Fair terbesar di Zon Utara.
Namun malang bagi Anak Muda dan Siswazah yang menganggur yang ke acara ini, kerana mereka merasakan seperti dipergunakan oleh Syarikat yang tidak bertanggungjawab demi mengaut keuntungan mereka dengan mengambil kesempatan terhadap masalah pengangguran yang dialami oleh anak muda.
Kini Page Facebook Job Fair tersebut telahpun di tutup walaupun acara akan berlangsung selama 2 hari iaitu pada 30 September 2017-1 September 2017.
Modus Operandi Syarikat :-
1. Syarikat ini akan memberi pilihan 5 Syarikat kepada mereka yang hadir dengan cara kononnya melihat potensi seseorang melalui cara mereka menjawab soalan-soalan ketika di temuduga. ( Walhal semua dalam skrip, boleh rujuk gambar)
2. Mereka yang hadir untuk temuduga dikehendaki membayar RM 10.00 untuk satu borang Aplikasi untuk memohon setiap Syarikat. Bermakna yang hadir temuduga perlu membayar RM 50.00.
2. Mereka yang jalankan temuduga bukan dari mana-mana syarikat seperti dalam poster tersebut (boleh rujuk gambar), tetapi hanyalah staf Jobsifu.com Malaysia.
3. Aangkah terkejutnya mereka yang hadir untuk temuduga Job Fair tersebut apabila masuk ke dewan untuk memilih kerjaya, kerana di dalam dewan yang ada hanyalah Booth produk jualan dan hanya 2 syarikat menjalankan temuduga namun tidak memerlukan borang Aplikasi yang di beli dengan harga RM 10.00 untuk setiap syarikat.
Pihak berkuasa perlu bertindak agar orang ramai tidak terpedaya dengan syarikat yang mengambil kesempatan kepada anak muda.
Dengan ini saya sertakan skrip temuduga yang didapati dan respons mereka yang hadir ke temuduga ini.






Ulang siar entri Expo Kerjaya Jobsifu.com Dikecam, Ramai Netizens Luah Perasaan Diperdayakan Dan Kerugian.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Expo Kerjaya Jobsifu.com Dikecam, Ramai Netizens Luah Perasaan Diperdayakan Dan Kerugian.. 4.5 5 Unknown Saturday, September 30, 2017 Expo Kerjaya Jobsifu.com Dikecam, Ramai Netizens Luah Perasaan Diperdayakan Dan Kerugian.. Oleh : Nasir Al-Helmy Saya dikhabarkan seor...


No comments:

Post a Comment