Kenapa Tak Boleh Kongsikan Gambar Orang Meninggal - Ini Jawapan Dari Pakar!

 On Friday, September 15, 2017  

Kenapa Tak Boleh Kongsikan Gambar Orang Meninggal - Ini Jawapan Dari Pakar!

Kenapa Tak Boleh Kongsikan Gambar Orang Meninggal - Ini Jawapan Dari Pakar!

Oleh : Taufiq Raziq

Kenapa Tak Boleh Share Gambar Orang Meninggal? 

Terkejut besar saya bila saya perasan ramai yang share gambar ngeri arwah adik-adik tahfiz yang meninggal kebakaran pagi tadi.

Ada 2 kesan dahsyat yang akan berlaku kalau kita share dan upload gambar-gambar arwah sebegitu.

1. Kesan pada diri kita sendiri.

Kalau kita terbiasa tengok gambar-gambar ngeri dan ekstrim ni lama kelamaan akan ada kesan buruk pada kita jugak. Mula-mula hadir perasaan simpati tapi lama kelamaan bila dah terbiasa, kita mungkin akan kena SCHADENFREUDE, suatu perasaan seronok bila tengok gambar-gambar ngeri dan ekstrim.


Gambar - Mingguan Wanita
2. Kesan pada keluarga arwah.

Ada seorang ayah kepada 2 orang pelajar tahfiz tu bagitahu. Dia cuma sampai kat tempat kejadian pukul 7 pagi tadi. Tu pun anaknya call dia pagi-pagi buta lepas subuh. Lepas beberapa kali call baru dia sempat angkat. " Ayah, datang cepat madrasah ni. Abang dah takdak dah. Terbakar! "

Bayangkan apa yang si ayah tu rasakan masa tu? Tahu tak orang yang mengalami kematian ahli keluarga secara mendadak sebegitu biasanya akan mengalami Post Traumatic Stress Syndrome ( PTSD )?

Orang yang kena PTSD ni biasanya akan : 


- mengalami mimpi buruk yang berterusan
- mengalami tekanan perasan yang parah
- mengalami imbasan-imbasan kejadian tu bertalu-talu
- tekanan tu jadi lebih dahsyat lagi kalau terpapar dengan memori ataupun sesuatu yang mengingatkannya pada kejadian tu

Kemudian kita share gambar-gambar anak dia dalam keadaan yang menyayat hati tu tanpa rasa bersalah. Entah-entah setiap kali anak beranak arwah buka internet ja mereka akan menangis tersedu-sedu dan menjerit sebab tertengok gambar arwah yang kita share beramai ramai tu.

Jadi, tolong sebarkan info ni kat semua orang supaya semua orang boleh delete balik kalau mereka dah terlanjur share. Kita taknak tambah beban keluarga arwah dan kita taknak jadi penyebab tekanan perasaan pada keluarga arwah juga.

Jadi, kepada mereka yang masih ada gambar tu, sila, padam segera.

Ulang siar entri Kenapa Tak Boleh Kongsikan Gambar Orang Meninggal - Ini Jawapan Dari Pakar! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kenapa Tak Boleh Kongsikan Gambar Orang Meninggal - Ini Jawapan Dari Pakar! 4.5 5 Unknown Friday, September 15, 2017 Kenapa Tak Boleh Kongsikan Gambar Orang Meninggal - Ini Jawapan Dari Pakar! Oleh : Taufiq Raziq Kenapa Tak Boleh Share Gambar Orang M...


No comments:

Post a Comment