'Kerana Berkata Bangsat', Saya Minta Maaf Tetapi Jangan Abaikan Isu Keselamatan Kata Pengacara.

 On Sunday, September 17, 2017  

'Kerana Berkata Bangsat', Saya Minta Maaf Tetapi Jangan Abaikan Isu Keselamatan Kata Pengacara.

'Kerana Berkata Bangsat', Saya Minta Maaf Tetapi Jangan Abaikan Isu Keselamatan Kata Pengacara.

"Maaf kepada yang terguris atau salah faham akan konteks saya. Tiada niat nak membangsatkan sesiapa". Itulah luahan pengacara Nazrudin Habibur Rahman atau yang lebih dikenali sebagai Naz Rahman melalui akaun Twitter miliknya. 

Beliau mengakui bahasanya agak kasar semasa mengulas isu kenyataan pengetua tahfiz berkaitan isu mati syahid

Permohonan maaf itu ditulisnya selepas ramai netizens mengkritiknya di media sosial dan mempertikaikan gaya bahasanya yang dilihat kurang sopan sebagai seorang selebriti.


Jangan lupakan juga isu safety
 


Beliau bagaimanapun hanya memohon maaf berkaitan dengan kekasaran bahasanya, bukan berkaitan piawaian keselamatan pusat tahfiz tersebut.
 

Naz menyatakan apa yang diluahkannya itu bukan untuk mempertikaikan kenyataan 'mati syahid' tersebut, tetapi dia mahu pihak yang menguruskan pusat pendidikan memberi keutamaan kepada keselamatan pelajar dan tidak mudah memberi alasan bagi menutup kejadian.

"Ini bukan kali pertama berlaku, sudah banyak kes kebakaran asrama yang membabitkan kematian kanak-kanak.

"Saya bukan menafikan tentang hal mati syahid tetapi saya mempertikaikan tentang keselamatan yang sepatutnya dititikberatkan."

"Sampai bila kita mahu menerima alasan yang sama apabila ia membabitkan kematian,"katanya seperti dipetik dari portal Mstar. - Sozcyili.

Ulang siar entri 'Kerana Berkata Bangsat', Saya Minta Maaf Tetapi Jangan Abaikan Isu Keselamatan Kata Pengacara. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
'Kerana Berkata Bangsat', Saya Minta Maaf Tetapi Jangan Abaikan Isu Keselamatan Kata Pengacara. 4.5 5 Unknown Sunday, September 17, 2017 'Kerana Berkata Bangsat', Saya Minta Maaf Tetapi Jangan Abaikan Isu Keselamatan Kata Pengacara. "Maaf kepada yang terguris...


No comments:

Post a Comment