Saya Tak Dapat Bayangkan Jika Umar Yang Jadi Mangsa Kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah Kata Rizalman.

 On Thursday, September 14, 2017  

Saya Tak Dapat Bayangkan Jika Umar Yang Jadi Mangsa Kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah Kata Rizalman.

Saya Tak Dapat Bayangkan Jika Umar Yang Jadi Mangsa Kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah Kata Rizalman.

"Saya tidak dapat bayangkan jika Umar adalah salah seorang mangsa kebakaran pusat tahfiz itu," kata Datuk Rizalman Ibrahim dalam nada tersekat-sekat apabila terkenangkan tragedi yang mengorbankan 24 nyawa pada awal pagi Khamis itu.

Umar Nail, 15, anak angkatnya juga pernah menuntut pelajaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Hujung di ibu negara selama empat tahun.

Rizalman berkata, Umar kini melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi Islam As-Sofa, Seremban selepas mengambil keputusan untuk menerima tawaran itu kira-kira dua tahun lalu.

"Apa yang membuatkan saya lebih sedih apabila memikirkan jika saya tidak membuat keputusan untuk Umar meneruskan pelajarannya di Sekolah Tinggi Islam As-Sofa.

"Jika Allah beri qada dan qadar berlainan, saya tidak dapat bayangkan apa yang terjadi kepada saya dan dia," ujarnya.


Pereka fesyen terkenal ini tidak dapat menahan perasaan sedih setelah menerima berita tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran terbakar awal pagi tadi kerana beliau menganggap sebahagian besar warga pusat tahfiz adalah daripada hidupnya.

"Saya tidak dapat menahan rasa sedih apabila menerima berita ini. Pertama saya bayangkan wajah-wajah yang pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya.

"Setiap kali saya menjemput Umar, saya akan bertemu dengan anak-anak ini dan mereka juga pernah berlakon dalam filem pendek saya, Pulang pada tahun lalu," kata Rizalman.

Menurut Rizalman, salah seorang ustaz yang juga mangsa dalam tragedi tersebut adalah merupakan ustaz yang pernah mengajar Umar. Ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Yusuf itu turut terkorban dalam tragedi kebakaran ini.

 Sebaik sahaja berita sedih yang diterimanya, beliau terus berjumpa dengan pengetua pusat tahfiz tersebut.

"Salah seorang mangsa iaitu Ustaz Yusuf merupakan cikgu kepada Umar. Sepanjang Umar berada di pusat tahfiz tersebut, dia antara cikgu yang mengajar di kelas anak saya. 


"Saya bukan sahaja mengenali seorang mangsa, tapi boleh dikatakan seluruh warga pusat tahfiz itu. Sebaik sahaja dapat berita ini, saya terus pergi ke lokasi untuk berjumpa dengan pengetua," katanya.

Beliau juga telah memaklumkan berita sedih itu kepada cikgu di tempat Umar bersekolah di Negeri Sembilan. Kesedihan yang dialami oleh anak angkatnya, Umar apabila menerima berita sedih ini tidak dapat dijangka oleh Rizalman.

Selain Umar anak angkat yang diambilnya daripada rakan dan kenalannya pada 2002, Aali Nail juga merupakan anak angkatnya sejak tahun lalu.

Sumber : mStar

Ulang siar entri Saya Tak Dapat Bayangkan Jika Umar Yang Jadi Mangsa Kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah Kata Rizalman. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Saya Tak Dapat Bayangkan Jika Umar Yang Jadi Mangsa Kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah Kata Rizalman. 4.5 5 Unknown Thursday, September 14, 2017 Saya Tak Dapat Bayangkan Jika Umar Yang Jadi Mangsa Kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah Kata Rizalman. "Saya tidak dapat bayangkan jika U...


Related Post:

  • Cerita Acap Kahwin Jin, Tidak Mahu Balik Adalah Palsu, Ini Penjelasan Pemilik Video Viral. Cerita Acap Kahwin Jin, Tidak Mahu Balik Adalah Palsu, Ini Penjelasan Pemilik Video Viral. VIRAL | Seperti yang dijangka, netizens gemar mempercayai sebaran palsu tanpa mahu menyemak kesahihan kandungan yang disebarkan itu terlebih dahulu. Kes… Read More
  • AIA Takaful Dikecam Kerana Buat Hal.. AIA Takaful Dikecam Kerana Buat Hal.. Kisah tuntutan insurans yang bermasalah tular kembali di laman sosial.  Kali ini seorang ibu yang dikenali sebagai Nurul Atiqah menceritakan bagaimana beliau kecewa dengan sistem AIA Takaful yang diangg… Read More
  • Kronologi Misi Pencarian Acap. Kronologi Misi Pencarian Acap. Oleh : Afieyza (PPI) Kronologi Misi Pencarian Acap "KITA MOHON PIHAK SANA HANTAR MELALUI GIGI AIR" Tarikh 4 April 2019 (Pengalaman peribadi team Poseidon Paranormal Investigator (PPI) Ramai sangat yang bertanya… Read More
  • Pengawal Keselamatan Trauma Dibelasah Lan Petpet, Mungkin Mahu Saman. Pengawal Keselamatan Trauma Dibelasah Lan Petpet, Mungkin Mahu Saman. PENGAWAL keselamatan, Yahya Manap atau Pak Ya mungkin mengambil tindakan saman terhadap seorang pelawak yang membe lasah dan menen dangnya dalam kejadian perga duhan di Taman A… Read More
  • Statut Rome, Agong dan Homoseksualiti. Statut Rome, Agong dan Homoseksualiti. Oleh : Dr. Ahmad Sanusi Azmi Statut Rome, Agong dan Homoseksualiti 1. Menurut laporan empat orang ahli akademik yang menjalankan kajian berhubung ratifikasi Statut Rome, YDP Agong boleh disiasat sekiranya … Read More

No comments:

Post a Comment