Tutup Tahfiz Yang Langgar Peraturan Kata Sultan Johor.

 On Friday, September 15, 2017  

Tutup Tahfiz Yang Langgar Peraturan Kata Sultan Johor.

Tutup Tahfiz Yang Langgar Peraturan Kata Sultan Johor.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mengarahkan agar sekolah berisiko tinggi berlaku kebakaran di negeri ini dikenal pasti susulan kebakaran sekolah agama di Kuala Lumpur awal pagi semalam. 

Baginda yang menzahirkan rasa sedih dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung itu turut menyifatkan kejadian tersebut sebagai tragedi menyayat hati. 

"Semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan hati kepada keluarga mangsa," titah baginda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Royal Press Office. 

Sultan Ibrahim mahu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengambil tindakan segera mengenal pasti sekolah yang berisiko tinggi itu. 

Gambar - JDT
Tegas baginda, ini termasuk madrasah, pusat tuisyen, sekolah berasrama penuh, sekolah rendah dan menengah. 

Selain itu Sultan Ibrahim mahu pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan segera terhadap mereka yang beroperasi secara haram. 

Menurut baginda, semua pusat tahfiz yang dikendalikan secara persendirian mesti mempunyai lesen atau permit sah dan jika gagal dipatuhi, tindakan tegas akan diambil. 

“Jika mereka didapati melanggar peraturan dan undang-undang, pihak berkuasa jangan teragak-agak untuk tutup premis mereka. 

"Semua pusat tahfiz yang dikendalikan secara persendirian mesti mempunyai lesen, permit sah dan jika gagal dipatuhi, tindakan tegas akan diambil,” katanya dalam kenyataan itu. 

Titah baginda, ini bagi memastikan kejadian yang sama tidak berlaku di Johor.

Ulang siar entri Tutup Tahfiz Yang Langgar Peraturan Kata Sultan Johor. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Tutup Tahfiz Yang Langgar Peraturan Kata Sultan Johor. 4.5 5 Unknown Friday, September 15, 2017 Tutup Tahfiz Yang Langgar Peraturan Kata Sultan Johor. Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mengarahkan agar sekolah be...


No comments:

Post a Comment