Gambar Disahkan Benar, Polis 'Bermesra' Dengan Pelacur Disiasat.
Oleh : Bernama
Belum reda isu seorang pegawai dan enam anggota polis Johor yang didapati berhibur di sebuah pusat hiburan di Muar semalam, kini timbul pula satu lagi isu baharu membabitkan pasukan penguat kuasa itu.
Kali ini, seorang anggota polis dari unit ronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat dilihat bermesraan dengan seorang gadis dipercayai pelacur dalam kejadian yang turut berlaku semalam di Segamat.
Gambar kedua-dua mereka menjadi tular di laman sosial Facebook sejak petang semalam dengan kelihatan anggota polis tersebut memegang tangan gadis terbabit yang berada di dalam kereta rondanya.
Gadis itu pula dilihat berpakaian seksi dengan hanya memakai seluar jean pendek dan singlet hitam.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd yang dihubungi Bernama berkata pihaknya maklum akan kejadian tersebut dan anggota itu telah dikeluarkan daripada tugas ronda serta-merta sementara menunggu siasatan dilakukan.
Ulang siar entri Gambar Disahkan Benar, Polis 'Bermesra' Dengan Pelacur Disiasat. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment