Lawak - Doktor Melalut Dalam Drama!
Oleh : Kamarul Ariffin Nor Sadan
DOKTOR MELALUT
Siapa yang tulis skrip ni? Melalut sangat skripnya. Jangan kata Zul Ariffin, doktor pun tak faham apa doktor(pelakon) ni cakap. Kalau kau tak faham betapa tak masuk akalnya apa yang doktor tu cakap, meh aku beri pencerahan.
Siapa yang tulis skrip ni? Melalut sangat skripnya. Jangan kata Zul Ariffin, doktor pun tak faham apa doktor(pelakon) ni cakap. Kalau kau tak faham betapa tak masuk akalnya apa yang doktor tu cakap, meh aku beri pencerahan.
👤“...beberapa siri pembedahan pelvic dan juga ovary surgical removal. “
ℹ Pelvic = pinggul
ℹ Ovary surgical removal = pembedahan buang ovari(organ penghasilan telur).
👤“Jadi, daripada pembedahan itu dia mengalami keretakan tulang dan pendarahan dalaman yang sangat serius.”
ℹ Aku tak pasti pembedahan apa dia buat sampai retak tulang. Dia bedah guna backhoe ke apa? Tulang pelvis adalah tulang yang sangat kukuh. Jarang ia patah kecuali kemalangan jalanraya teruk, dihempap batu, atau jatuh lebih tinggi 1 tingkat.
👤 “Jadi, kami terpaksa buang rahim kiri dia.”
ℹ Rahim manusia ada satu. Celah mana datang belah kiri? Ovari yang ada dua. Kanan dan kiri.
👤“Kami cadangkan kita lakukan pembedahan laparoscopic, iaitu pembedahan untuk memotong abnominal condition yang terbentuk, cuma…”
ℹ Definisi salah. Pembedahan laparoskopik sebenarnya bermaksud pembedahan menggunakan skop kamera dan peralatan yang dimasukkan ke kaviti badan melalui lubang kecil yang ditebuk oleh doktor bedah. Jadi tak perlu belah besar-besar.
ℹ Tadi dia kata, komplikasi yang dihadapi adalah keretakan tulang dan pendarahan, tapi dia nak potong abnominal yang terbentuk pula. Mana datang pula abnominal tu?
ℹ Abnominal tu aku pun tak tahu apa maksudnya. Mungkin dia nak sebut abdominal atau abnormal kot.
ℹ Abdominal = sesuatu berkenaan abdomen(perut).
ℹ Abnormal = tidak normal.
ℹ Ayat ni tak masuk akal langsung. Memang caca marba.
👤 “cuma, keadaan ini akan menjejaskan peluang isteri encik untuk hamil.”
ℹ Tadi doktor dah kata dah buang ovari, dah buang rahim. Maka, bukan sahaja menjejaskan, malah isteri lelaki tu ada peluang hamil. Bayi nak membesar dalam apa jika tiada rahim.
Selalunya, aku jarang nak ulas hal-hal skrip drama ni. Jika silap sedikit, boleh tutup mata. Namun, skrip yang ini, tak ada sepotong ayat pun yang logik dan masuk akal. Teruk sangat.
Mohon penulis skrip, pengarah dan produser drama untuk semak skrip dengan doktor dahulu sebelum buat penggambaran.
Tak susah.
PM je FB Medical Mythbusters Malaysia atau Medtweetmy. Kami akan beri khidmat nasihat agar drama anda tepat dari segi amalam perubatan.
Ulang siar entri Lawak - Doktor Melalut Dalam Drama! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment