Saya Pergi Haji Gunakan Duit Simpanan Bukan Hasil Duit Haram Menipu Orang - Nassier Wahab.

 On Wednesday, October 25, 2017  

Saya Pergi Haji Gunakan Duit Simpanan Bukan Hasil Duit Haram Menipu Orang - Nassier Wahab.

Saya Pergi Haji Gunakan Duit Simpanan Bukan Hasil Duit Haram Menipu Orang - Nassier Wahab.

Penyanyi Datuk Nassier Wahab terkilan apabila ada suara sumbang yang mempertikaikan sumber kewangan yang digunakannya untuk mengerjakan ibadah Haji hujung bulan lalu. 

Nassier berkata, dia berkecil hati apabila ada yang menuduhnya mengerjakan ibadah haji menggunakan duit daripada sumber haram. Isu ini dibangkitkan netizen apabila namanya dikaitkan dengan kontroversi membabitkan usahawan dan pelakon Datuk Boy Iman. 

"Astaghfirullah, tergamak mereka menuduh saya guna duit haram hasil menipu orang ramai untuk buat Haji. 

"Ya Allah, kecil hati saya apabila dituduh sedemikian rupa. Sedangkan saya gunakan duit simpanan sendiri. "Kalau ikutkan duit simpanan saya sepanjang menjadi penghibur sudah lebih daripada cukup," katanya kepada portal mStar Online.

Nassier akui ini ujian dan dugaan terbesar dihadapinya sepanjang bergelar anak seni. Isu ini dibangkitkan netizen kerana dia merupakan duta kepada salah satu produk DBI milik Boy Iman. 

Nassier Wahab
Boy Iman menerusi syarikat miliknya iaitu DBI Property disiasat pihak berkuasa berhubung kes penjualan rumah murah. Dalam pada itu, penyanyi berusia 55 tahun ini turut bersedih apabila ada yang mempertikaikan penganugerahan darjah kebesaran bergelar Datuk yang diterimanya. 

"Selama 30 tahun saya berkecimpung dalam industri seni, ini merupakan penghargaan tertinggi yang diberi oleh Istana Pahang. 

"Apabila ada yang mempertikaikan tentang darjah kebesaran yang diberi, mereka seolah-olah tidak menghormati institusi diraja. Sedangkan dalam hal ini, istana menghargai sumbangan anak seni.

"Saya bukan sahaja mempunyai hubungan yang baik dengan istana Pahang, malah sering diundang membuat persembahan di istana termasuklah istana Brunei," katanya. 

Nassier dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang, awal tahun ini. 

Ditanya mengenai kedudukannya sebagai duta DBI Technology, Nassier memberitahu dia akan mempertimbangkan jalan yang terbaik sebelum membuat keputusan. 

"Pihak pengurusan syarikat memaklumkan akan adakan satu pertemuan apabila mereka sudah bersedia. 

"Dalam hal ini, saya akan buat keputusan yang terbaik untuk semua pihak dan akan maklumkan kemudian," katanya yang mengikat kontrak sebagai duta sehingga pertengahan tahun depan. 

Sumber : Mstar

Ulang siar entri Saya Pergi Haji Gunakan Duit Simpanan Bukan Hasil Duit Haram Menipu Orang - Nassier Wahab. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Saya Pergi Haji Gunakan Duit Simpanan Bukan Hasil Duit Haram Menipu Orang - Nassier Wahab. 4.5 5 Unknown Wednesday, October 25, 2017 Saya Pergi Haji Gunakan Duit Simpanan Bukan Hasil Duit Haram Menipu Orang - Nassier Wahab. Penyanyi Datuk Nassier Wahab terkilan apabil...


No comments:

Post a Comment