Sembang Macam Sakit Belakang Kononnya Nak Kongsi Masalah Rupanya Nak Jual Produk..
Oleh : Mahyuddin Mohamed
Penipuan Produk bagi Rawatan Sakit Belakang yang Kantoi. Ni nak cerita pasal Slipped Disc ke, Scoliosis sebenarnya?
4 ribu Share
15 ribu Like
4 ribu Share
15 ribu Like
Beratus-ratus PM dan tag di ruangan komen.
Mula-mula nampak macam betul. Cerita masalah sakit belakang, punca masalah dan diagnosis bagai. Lepas tu siap mintak lihat gambar xray. Last sekali, pasti cadangkan beli produk. Ini sebenarnya cuma adalah salah satu Teknik jualan produk.
Anda semua sebenarnya ditipu hidup-hidup. Penjual ini hanya menggunakan kesakitan anda untuk keuntungan diri sendiri sahaja!
Tuan-tuan, penjual ni sebenarnya nak cerita pasal slipped disc (Prolapsed Intervertebral Disc-PID) ke, Scoliosis?
Kat atas cerita pasal Slipped disc, tup tap, tup tap, gambar xray kat bawah semuanya gambar Scoliosis.
Gambar xray tangkap muat dan nak bagi orang ramai gerun tengok tulang bengkok. Dia tak tau yang dia dah kantoikan diri sendiri. Tuan-tuan, kalau Slipped disc tulang tak akan bengkok pun sebenarnya! Bak kata Pak Uda, “Napok sangat menipunya”.
Kesimpulan ringkas saya, penulis post FB ni memang tak tau apa-apa pun pasal Slipped Disc atau Scoliosis, cuma nak jual produk je sebenarnya. Tak caya, tengok komen-komen yang berderet kat bawah, semuanya bagi no telefon penjual produk. PM tepi.
Ramainya yang tertipu & menyebarkan penipuan. Penyebarkan harapan palsu. Tak takut dosa ke?
Saya tidak kisah pun kalau anda kaya. AlhamdulilLah la kalau kaya. Tapi bukanlah dengan cara penipuan & menyebarkan perkara tidak betul & memberikan harapan palsu. Kesian pesakit-pesakit ni semua. Penjual ni beroleh keuntungan wang ringgit dengan calitan penipuan.
Sapuan minyak, semburan spray atau katil haba, hanya boleh MENGURANGKAN kesakitan atau lenguh-lenguh. Jauh sekali untuk membetulkan tulang yang bengkok. Ini adalah masalah structural. Anda sapu atau spray 100 botol atau 1000 botol sekali pun ia akan tetap KEKAL bengkok.
Jika ada yang jadi kembali lurus dengan spray, sapuan atau katil, sila email saya di drmahyuddin@gmail.com. Boleh saya buat kajian (research paper). Boleh kita sama-sama masuk journal antarabangsa.
Penjual ni tahu ke pasal penyakit ni atau setakat nak jual produk dia? Yang tahu penyakit ni ialah Doktor Ortopedik. Saya pernah tulis berkenaan 2 topik ni. Anda boleh baca dulu lepas ni:
Jika anda ada masalah Slipped Disc atau Scoliosis, sila berjumpa dengan Doktor Pakar Ortopedik. Produk-produk ini akan hanya menghabiskan wang anda. Kosongkan poket & akaun bank anda tanpa sebarang hasil.
Saya sebagai Pakar Ortopedik telah menjalankan tanggungjawab saya menyampaikan yang benar mengenai perkara ini. Jika masih nak beli juga, terpulanglah. Jangan cakap saya tak payung ye...
•Medical Mythbusters Malaysia
•MedTweetMY
•Vice President 2, Malaysian Integrated Medical Professionals Association (MIMPA)
•MedTweetMY
•Vice President 2, Malaysian Integrated Medical Professionals Association (MIMPA)
Ulang siar entri Sembang Macam Sakit Belakang Kononnya Nak Kongsi Masalah Rupanya Nak Jual Produk.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment