Sindir Kematian Kassim Ahmad, MAZA Dikecam Netizens.

 On Wednesday, October 11, 2017  

Sindir Kematian Kassim Ahmad, MAZA Dikecam Netizens.

Sindir Kematian Kassim Ahmad, MAZA Dikecam Netizens.

Semalam, menerusi akaun Facebook miliknya, Doktor Asri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai MAZA menulis ; “Cara pengurusan jenazah secara terperinci disebutkan dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. 

“Maka, untuk menguruskan jenazah memerlukan hadis-hadis yang thabit dari Nabi s.a.w. Ertinya, Muslim sebenarnya memerlukan hadis-hadis Nabi s.a.w. dalam banyak perincian amalan hidupnya,” katanya. 

Meskipun tidak menamakan Kassim Ahmad dalam kenyataan itu ramai pihak melihat ia ditujukan kepada cendekiawan terkenal itu yang menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 10 pagi semalam selepas koma 3 hari.

Tinjauan di halaman MAZA pun mendapati netizens bergaduh sesama sendiri atas status yang dimuatnaik oleh MAZA, bagaimanapun lebih ramai yang bersetuju bahawanya seorang agamawan tidak patut ada sikap menyindir si mati.

Jagalah adab terhadap orang meninggal..


Bab hormati orang meninggal dunia ada dalam banyak hadis, tak akan mufti tidak mengetahuinya..

 
MAZA bagaimanapun tidak memberikan apa-apa respon balas berhubung kenyataannya itu setakat ini.

Semalam, anak Kassim Ahmad turut dilaporkan akan mengambil tindakan perundangan ke atas JAWI kerana menurutnya keadaan kesihatan bapanya itu semakin merosot disebabkan terpaksa hadir ke perbicaraan mahkamah sejak 3 tahun yang lepas sebelum kes berkenaan ditarik balik. - SoZPress.

Ulang siar entri Sindir Kematian Kassim Ahmad, MAZA Dikecam Netizens. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Sindir Kematian Kassim Ahmad, MAZA Dikecam Netizens. 4.5 5 Unknown Wednesday, October 11, 2017 Sindir Kematian Kassim Ahmad, MAZA Dikecam Netizens. Semalam, menerusi akaun Facebook miliknya, Doktor Asri Zainal Abidin atau lebih di...


No comments:

Post a Comment