Terpaksa Pertaruhkan Nyawa Demi Ke Sekolah, Sampai Bila Harus Bersabar?
Oleh : Emmet Fayzal
Melihat sahaja raut wajahnya, jelas terpancar kerisauan mengenangkan nasib anak yang terpaksa menempuh bahaya setiap hari. Hati ibu ini merintih sayu melihat anak terpaksa menempuh gelombang bahaya arus sungai yang dalam dan deras, yang di dalamnya barangkali ada pemangsa ganas sungai yang sedang menunggu, buaya.
Ibu ini tidak meminta lebih, cukuplah sekolah yang dijanjikan siap tahun lepas dapat direalisasikan menjelang hujung tahun ini. Supaya dia tidak lagi merasa gusar memikirkan anaknya yang setiap hari mempertaruhkan nyawa demi menuntut ilmu.
Ketika kanak-kanak lain yang nasibnya lebih baik mungkin bermalas-malasan hendak ke sekolah biarpun dihantar ibu dan ayah hingga ke pintu kelas dengan kereta mewah dan berjenama, anak-anak di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Seduku di Sarawak tidak pernah tunduk dengan dugaan dan kesusahan yang terpaksa di tempuhi. Ketika kanak-kanak lain tidak perlu berhujan dan berpanas ke sekolah, bagi pelajar SK Pulau Seduku hujan dan ribut itu adalah mimpi ngeri yang perlu mereka tempuhi.
Maka, air mata ibu ini tumpah airnya walaupun berusaha mengukir senyuman di awal bicara. Pipinya basah saat berkongsi kerisauan mengenai nasib anaknya. Tiada siapa pun yang tahu apa yang sebenarnya dirasakan oleh ibu ini tiap kali menghatar anak ke jeti, melepaskan mereka yang masih kecil yang tidak tahu pun menjaga diri kalau-kalau kecelakaan menimpa di dalam perjalanan.
Semoga rintihan hati ibu didengar oleh mereka yang berkaitan. Yang ditagih ibu ini bukanlah sesuatu yang tidak dapat ditunaikan, melainkan janji yang pernah diucapkan oleh mereka yang terlibat. Tunaikanlah janji anda, berilah peluang untuk anak-anak ini menuntut ilmu di sekolah yang lebih selesa seperti yang anda mahukan untuk anak-anak anda, di Sekolah Kebangsaan Pulau Seduku yang baru.
Semoga Allah lembutkan hati-hati mereka yang keras supaya mendengar luahan hati ibu ini dan sekaligus membantu anak anak Sekolah Kebangsaan Pulau Seduku belajar di sekolah baharu.

Ulang siar entri Terpaksa Pertaruhkan Nyawa Demi Ke Sekolah, Sampai Bila Harus Bersabar? bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment