Wahai Mak Bapa, Anak Yang Sakit Jangan Dipaksa Ke Sekolah.

 On Monday, October 2, 2017  

Wahai Mak Bapa, Anak Yang Sakit Jangan Dipaksa Ke Sekolah.

Wahai Mak Bapa, Anak Yang Sakit Jangan Dipaksa Ke Sekolah.

Jika anak tidak sihat...
"Kenapa awak monyok je ni. Tak sihat ke?" tegurku pada seorang murid perempuan yang kelihatan tidak bermaya.
Dia diam tanpa menjawab. Namun riak wajah dan kelopak mata yang kuyu itu menjelaskan situasi dia. Terus aku menuju ke meja dan memegang dahi.


Allah. Panas betul. Terus aku pimpin ke bilik air dan basuh kepala dia. Panas sebegini boleh membawa implikasi yang teruk pada budak usia bawah 10 tahun. Silap-silap boleh sawan. Lebih teruk boleh merosakkan otak.
Lepas basahkan kepala, aku terus bawa murid tersebut ke pejabat. Masuk bilik Pk Petang, cari 'cool fever'. Tampal kat dahi dan cepat-cepat aku hubungi mak ayahnya.
Sejam kemudian, mak ayahnya sampai. Terus aku suruh bawa ke hospital. Namun sempat jua aku bertanya,
"Kenapa abang hantar anak ke sekolah walau dia demam?"
"Saya kerja cikgu. Kalau tak hantar ke sekolah, saya kena ambil cuti. Cuti dah tak banyak ni," jawabnya.
Aku diam saja. Namun dihati tidak rela. Kesihatan anak diperjudi semata-mata kerana kerja.
Paling aku geram, dah tahu anak demam sepatutnya maklumkan pada guru kelas. Biar guru tahu dan sedar. Sekurang-kurangnya ada pemantauan lebih sikit dari guru.
Pergilah pejabat sekejap, lepas punch in cakap la elok-elok dengan bos nak bawa anak ke hospital. Itu kalau jenis sayangkan kerja melebihi anaklah.
Seeloknya, ambil saja cuti. Jaga dan bawa anak ke hospital. Demam panas bukan boleh buat bergurau bang. Silap-silap boleh cacat otak. Nauzubillah.
Kisah yang aku tulis ini berlaku beberapa tahun dulu. Dan hal begini berlaku berkali-kali dalam setahun. Anak yang sakit dipaksa pergi ke sekolah dengan alasan tiada orang nak jaga sedangkan ibu bapa kerja.
Apa kau ingat guru ini doktor? Kami tak boleh nak pandai-pandai bagi ubat waima sebiji panadol. Tidak boleh kerana kami bukan pegawai kesihatan.
Kami bukan pengasuh yang boleh tengok dan pantau anak kau setiap masa. Kami perlu bergerak dari kelas ke kelas. Kami perlu mengelola pelbagai aktiviti dan program. Tidak boleh tercongok macam pengasuh nak jaga anak kau bang. Seribu lebih lagi murid lain perlu kami jaga.
Maka bila berlaku kejadian begini, guru biasanya basahkan kepala murid dengan air dan tampal 'cool fever'. Lepas tu murid ini akan dibawa ke bilik guru dan diminta berehat di meja guru.
Guru-guru lain dipesan untuk tengok-tengokkan murid bila guru itu terpaksa masuk kelas lain, pergi solat dan sebagainya. Begitulah kebiasaannya.
Nak tinggal kat bilik rawatan, siapa nak jaga? Nak tinggal kat kelas, lagi tak boleh.
Jadi para guru terpaksa menjaga murid itu bergilir-gilir mengikut masa yang mereka 'free' sementara menunggu waris tiba.
Lebih menyedihkan, ada ibu bapa tidak menjawab panggilan telefon walau berpuluh kali di dail.
Utamakanlah kesihatan anak-anak. Jangan anggap sekolah itu nursery. Jangan buat cikgu-cikgu itu macam bibik. Jangan harapkan cikgu yang akan bawa anak kita ke hospital.
Cikgu-cikgu pun ada banyak tugas lain yang perlu diselesaikan. Ada beribu lagi murid yang perlu diberi perhatian.
Anak kita tanggungjawab kitalah. Jangan sampai kerana kerja, anak kita kena sawan dan boleh menyebabkan terencat akal. Nauzubillah.
#MFS 
- Beringat sebelum kena.

Ulang siar entri Wahai Mak Bapa, Anak Yang Sakit Jangan Dipaksa Ke Sekolah. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Wahai Mak Bapa, Anak Yang Sakit Jangan Dipaksa Ke Sekolah. 4.5 5 Unknown Monday, October 2, 2017 Wahai Mak Bapa, Anak Yang Sakit Jangan Dipaksa Ke Sekolah. Oleh : Mohd Fadli Salleh Jika anak tidak sihat... "Kenapa awak monyo...


No comments:

Post a Comment