Katakan Tidak Pada Kiddie Pack.

 On Tuesday, December 26, 2017  

Katakan Tidak Pada Kiddie Pack.

Katakan Tidak Pada Kiddie Pack.

Oleh : Ahmad Firdaus
Anda ada kenalan yang merokok?
Cuba tanya bagaimana dia mula merokok zaman muda - muda dulu.
Dia beli pek 20 batang terus ke atau mula dengan pek - pek kecil? Kalau 20 tahun yang lalu lagi 'power', boleh beli sebatang - sebatang lagi. Baru berapa Ringgit je. Tak sampai RM 10 pun. Mampu milik bukan?

Kalau duit poket sehari nak dekat RM10, kumpul sahaja duit baki selama dua, tiga hari dah boleh beli satu packet kecil. Anak - anak muda, bukan tahu kesan jangka masa panjang asap rokok. Asalkan nampak 'cool', jadi la. Bila dah selalu sangat hisap rokok, mula ketagih nanti.
Oleh sebab itu, pada tahun 2010, kerajaan Malaysia telah mengharamkan penjualan pek rokok kecil yang kurang dari 10 batang rokok sekotak atau kiddie pack. 
Ia sejajar dengan penyertaan Malaysia dalam Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Dunia pada tahun 2003. Pengharaman kiddie pack telah berjaya membendung aliran (trend) peningkatan bilangan belia yang merokok pada usia muda. Ia suatu tindakan yang baik oleh Malaysia dan harus dipuji kerana menjaga kepentingan kesihatan belia negara.
Semoga usaha ini diteruskan untuk kesejahteraan belia negara yang bakal menjadi pemimpin negara hebat kita ini. InsyaAllah.
Dr Ahmad Firdaus Bin Mohd Haris
Pengerusi dan Pengasas
Medical Mythbusters Malaysia

Ulang siar entri Katakan Tidak Pada Kiddie Pack. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Katakan Tidak Pada Kiddie Pack. 4.5 5 Unknown Tuesday, December 26, 2017 Katakan Tidak Pada Kiddie Pack. Oleh : Ahmad Firdaus Anda ada kenalan yang merokok? Cuba tanya bagaimana dia mula merokok zaman muda ...


No comments:

Post a Comment