Kedudukan Lencana Sekolah & Tanda Nama : KPM Hanya Keluarkan Garis Panduan Bukannya Arahan.

 On Saturday, December 30, 2017  

Kedudukan Lencana Sekolah & Tanda Nama : KPM Hanya Keluarkan Garis Panduan Bukannya Arahan.

Kedudukan Lencana Sekolah & Tanda Nama : KPM Hanya Keluarkan Garis Panduan Bukannya Arahan.

Ramai ibu gawat mahu menjahit lencana sekolah dan tanda nama anak-anak sebelum sesi persekolahan 2018 dibuka. Adakah di kanan atau di kiri dada. Benarkah kedudukan lencana di atas dan tanda nama di bawahnya? Atau sebaliknya? Di mana kedudukan yang betul ya?
Isu berkenaan cara menjahit lencana dan nama di baju murid menjadi polemik saban tahun. Kebiasaannya, ibu bapa menjahit lencana sekolah di atas poket baju dan tanda nama di bahagian atasnya.
Mari kita telusuri pekeliling berkaitan dengan pemakaian lencana dan nama di pakaian murid/pelajar. Antara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) yang berkaitan pakaian murid ini ialah SPI bilangan 3/1983, SPI bilangan 8/1985 dan SPI bilangan 6/1992.
KPM sebenarnya hanya memberikan garis panduan secara umum sahaja. KPM tidak meletakkan apa-apa syarat atau peraturan rinci mengenai pemakaian lencana dan tanda nama untuk diikuti.
Namun begitu, jika kita melihat SPI bilangan 3/1983 pada lampiran gambarajah pemakaian baju pelajar lelaki dan perempuan, kita mendapati ada lakaran kedudukan lencana sekolah seperti berikut:
1. Baju lelaki : di atas kocek sebelah kiri dada
2. Baju Kurung : di sebelah kiri dada.
Tudung/ Pinafore : di sebelah kiri.
Oleh itu, saya percaya peraturan mengenai kedudukan tanda nama dan lencana sekolah mestilah di sebelah kiri dada pelajar.
Dari sudut protokol kerajaan yang rasmi, lazimnya kita akan mendahulukan lencana atau logo satu-satu jabatan di sebelah atas. Manakala nama jabatan di sebelah bawah. 
Oleh kerana itu, sudah banyak sekolah yang memperkenalkan cara menjahit lencana sekolah dan tanda nama pelajar mengikut cara protokol ini:
1. Lencana sekolah hendaklah dijahit di atas tanda nama.
2. Tanda nama perlu dilekatkan di bawah lencana.
3. Bahagian poket hendaklah dibiarkan kosong tanpa sebarang jahitan lencana atau tanda nama.
4. Kedudukan lencana dan tanda nama mestilah berada di sebelah kiri dada.
Kesimpulannya,
Saya jamin dengan merujuk peraturan kecil sekolah mengenai cara menjahit lencana dan tanda nama, akan menyelesaikan 'ribut dalam cawan' dalam kalangan ibu bapa.
Pihak sekolah boleh menentukan peraturan kecil sekolah mengenai kedudukan lencana sekolah sama ada di atas atau di bawah tanda nama di sebelah kiri dada baju/ tudung/ pinafore murid/pelajar. Peraturan kecil sekolah yang dikemukakan oleh sekolah-sekolah berkenaan pada hemat kita semua boleh digunapakai dan tidak menyalahi mana-mana SPI KPM.
Rujukan: KPM SPI 3/1983, SPI 6/1985 dan SPI 3/1992.
http://ift.tt/2CjccXU

Ulang siar entri Kedudukan Lencana Sekolah & Tanda Nama : KPM Hanya Keluarkan Garis Panduan Bukannya Arahan. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kedudukan Lencana Sekolah & Tanda Nama : KPM Hanya Keluarkan Garis Panduan Bukannya Arahan. 4.5 5 Unknown Saturday, December 30, 2017 Kedudukan Lencana Sekolah & Tanda Nama : KPM Hanya Keluarkan Garis Panduan Bukannya Arahan. Oleh : Rudy Ludinata Ramai ibu gawat ...


No comments:

Post a Comment