5 Sifat Mak Ayah Ni Buat Anak Menderita Dalam Diam - Dr. Taufiq Razif.

 On Tuesday, January 30, 2018  

5 Sifat Mak Ayah Ni Buat Anak Menderita Dalam Diam - Dr. Taufiq Razif.

5 Sifat Mak Ayah Ni Buat Anak Menderita Dalam Diam - Dr. Taufiq Razif.


5 Sifat Mak Ayah Ni Buat Anak Menderita Dalam Diam

1. Garang Melampau

- Garang boleh tapi jangan sampai tahap bengis ( fierce ). Anak yang ada ibubapa yang bengis ni akan mati sifat inovatif dan kreatifnya kerana setiap kali si anak ni nak buat idea baru yang terlintas di fikiran, mereka akan diselubungi ketakutan. Yela, asyik kena tengking je bila nak buat benda yang 'pelik' di mata mak ayahnya.
Gambar - Google

2. Terlalu Ego
 
- Kadang-kadang akan ada waktunya si anak kita tu buat benda betul tapi disebabkan ego kita yang selangit tinggi ni buat kita rasa nak hukum juga si anak tu! Contohnya anak tegur kita tak solat lagi, kita pulak pergi pukul si anak tu kononnya biadap dengan orang tua. Akhirnya sistem judgment anak kita jadi tak seimbang, dah tak reti nak bezakan baik dan buruk.

3. Pendengar Yang Teruk

- Tanpa kita sedar bila dah lama jadi mak ayah ni kita ingat ilmu parenting paling terbaik adalah kena perbetulkan dan tegur si anak. Jadi kita cuba sedaya la tegur perangai buruk anak tanpa kita tahu pun bahawa kebanyakan anak ni bertindak liar sebab kita tak pandai mendengar luahan hati mereka. Jadi mereka bertindak liar sebab nak tarik perhatian kita dan supaya kita dengar rintihan hati mereka.

4. Terlalu Sibuk

- Antara 5 Language Of Love yang diketengahkan oleh Dr Gary Chapman adalah Quality Time. Kadang-kadang kita tak sedar walaupun dah 10 jam kita bersama anak tapi kita sebenarnya dikira SIBUK juga bila perhatian kita pada anak cuma 10 minit je. Yela, 10 minit je eye contact kita pada mata si anak, selebihnya screen-contact dengan handphone dan TV. Anak kat tepi akhirnya jadi tunggul dan ditinggal sepi tak diperhati.

5. Lupa Nak Jadi Role Model
- Di awal perkembangan anak, mereka akan cari seseorang untuk ditiru. Mula-mula si anak akan tiru cara senyum kita, mimik muka kita, gaya berjalan kita hingga akhirnya dia akan cuba juga meniru akidah dan perbuatan kita. Itulah kekuatan Mirror Neuron. Tanpa kita sedar segala keburukan kita pun si anak kita TIRU TANPA KITA SEDAR.

Kita suka minum manis, anak kita tiru. Kita suka cakap kotor anak kita pun guna perkataan kotor tu di sekolah dan jangan pelik kalau kita layan pasangan kita dengan teruk, anak kita pun turut sama layan pasangan hidupnya dengan teruk bila dah menikah nanti.


Ulang siar entri 5 Sifat Mak Ayah Ni Buat Anak Menderita Dalam Diam - Dr. Taufiq Razif. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
5 Sifat Mak Ayah Ni Buat Anak Menderita Dalam Diam - Dr. Taufiq Razif. 4.5 5 Unknown Tuesday, January 30, 2018 5 Sifat Mak Ayah Ni Buat Anak Menderita Dalam Diam - Dr. Taufiq Razif. Oleh : Taufiq Razif 5 Sifat Mak Ayah Ni Buat Anak Menderita D...


Related Post:

  • Kerajaan Sekat 1,861 Laman Sesawang, Portal & Blog. Kerajaan Sekat 1,861 Laman Sesawang, Portal & Blog. Sebanyak 1,861 laman sesawang, portal dan blog yang menyebarkan kandungan maklumat palsu telah disekat sejak Januari hingga September tahun ini lapor Utusan Online. Salleh Keruak -… Read More
  • Ini Penjelasan KKM Isu Guna Semula Alat Perubatan Pakai Buang. Ini Penjelasan KKM Isu Guna Semula Alat Perubatan Pakai Buang. Oleh : Bernama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menafikan laporan yang mendakwa hospital kerajaan menggunakan semula alat perubatan pakai buang kononnya kerana… Read More
  • Apa Itu Antibiotik & Kesannya Kepada Manusia. Apa Itu Antibiotik & Kesannya Kepada Manusia. Oleh : Muhammad Shafiq Raffi ANTIBIOTIC RESISTANCE Kerintangan / Ketidakberkesanan Antibiotik Pengenalan Manusia telah menggunakan antibiotik bagi tujuan perubatan dan kesihatan seawal tahun 350 … Read More
  • Abang Maut, Adik Parah Ditetak Rakan Sekerja Bapa. Abang Maut, Adik Parah Ditetak Rakan Sekerja Bapa. Dek kerana tidak puas hati dengan ayah, seorang remaja lelaki maut manakala adik perempuannya yang berusia tiga tahun parah selepas ditetak dengan parang oleh rakan sekerja bapa mereka di Kamp… Read More
  • 700 Keluarga Bimbang Risiko Berlakunya Tanah Runtuh.. 700 Keluarga Bimbang Risiko Berlakunya Tanah Runtuh.. Kira-kira 700 buah keluarga dari dua buah taman perumahan di Paya Terubong di sini hidup dalam kebimbangan berhubung risiko tragedi tanah runtuh daripada projek perumahan di lereng bukit yang … Read More

No comments:

Post a Comment