Gara-Gara Tak Pakai Tudung, Wanita Ini Ditampar Di Depan Orang Ramai...

 On Tuesday, January 9, 2018  

Gara-Gara Tak Pakai Tudung, Wanita Ini Ditampar Di Depan Orang Ramai...

Gara-Gara Tak Pakai Tudung, Wanita Ini Ditampar Di Depan Orang Ramai...

Tular satu rakaman video yang memaparkan aksi seorang lelaki yang tidak dikenali sedang memarahi beberapa orang wanita yang sedang menunggu bas di perhentian bas kerana wanita-wanita tersebut tidak memakai tudung walaupun mengakui sebagai orang Islam.

Kejadian dikatakan berlaku di Bukit Jambul, Pulau Pinang pada petang jumaat lepas. Dipercayai sekumpulan wanita yang dimarahi dan diserang itu ialah warga asing berdasarkan kepada percakapan mereka dan lelaki yang menyerang pula dipercayai warga tempatan berkelahiran Penang.


Video itu dikongsikan oleh seorang facebooker yang menggunakan nama Mayy Maii Silalahi dengan kapsyen yang berbunyi : "Kejadian hari ini (jumaat). Hati hati dengan orang ini kalau lagi berpergian. Area kawasan Bukit Jambul Pinang Prai. Tolong bagikan ke kawan-kawan. Guna keselamatan bersama," katanya. 

Lelaki yang tidak dikenali itu bertubi-tubi mempersoalkan wanita-wanita yang tidak memakai tudung dan bertanyakan alasan mereka berbuat demikian.

"Kenapa tak pakai tudung? You tengok you punya rambut Jangan nak biadap sangat? Ada ke orang Islam macam ni? You jangan menjawab. Kenapa tak pakai tudung? Kenapa bila berjalan tak pakai tudung, sekarang neh saya nak tanya you jawab dengan jujur - kenapa jalan tak pakai tudung?" soal lelaki itu kepada wanita tersebut.

"Kalau rambut macam ni, pakaian macam ni, pakai tudung. Kalau tak pakai tudung, haram. Ini you dye rambut, you pakai macam ni you ingat baik, hah?

Kalau nak pakai macam ni, lebih baik you jadi Kristian. Jangan nak menjawab sangat. Saya cukup pantang tau kalau orang dye rambut macam ni, Islam.

Sekarang neh jangan nak menjawab. Orang tanya elok-elok, menjawab. Dan you kurang ajar. Bila saya tanya elok-elok, you nak membebel. Lainkali pakai tudung," marah lelaki itu lagi.

Kemudiannya secara tiba-tiba lelaki itu mahu menampar wanita tersebut namun menahan diri bagaimanapun selepas beberapa saat lelaki itu kemudiannya meneruskan niatnya memukul wanita itu atas alasan wanita tersebut biadap.

Rata-rata netizens menunjukkan rasa marah terhadap perlakuan lelaki itu yang tergamak memukul seorang wanita apatah lagi di hadapan orang ramai.

Sha Riewanz : "Nak tunjuk samseng lah tu ahaha Kaki besar mcam batang penyapu. Sekali rembat jer dah patah".

Kekanda Sg. Nibong : "Ni orang gila kot, dia tak pakai tudung, itu dosa dia dengan tuhan, pasal apa hang nak hukum orang, buat malu orang Malaysia ja".

Anisah Mat Lazim : "Dia siapa nak pukul orang. Dia siapa nak hukum orang. Dia tuhan ke? Orang pakai apa pon biarkan dia. Dosa dia yang tanggung. Lainlah kalau dia berzina di bustop tu. Bolehlah kau nak marah dan pukul dia. Jantan bangsat bodoh. Jaga dosa orang. Dosa sendiri tak tahu jaga. Kenapalah kau orang ramai-ramai tak keroyok dia".

Meskipun dikecam, terdapat juga beberapa netizens yang membela perlakuan lelaki tersebut atas nama agama walaupun tidak menyokong tindakan memukul wanita itu.

Sesetengah netizens beranggapan dakwah keras kadang-kala diperlukan bagi mengajar sesetengah wanita-wanita muslim yang degil dan suka memperemehkan ajaran agama.

Apakah anda setuju dengan pandangan sebegini? - SoZPress.

Rakaman kejadian dibawah ini ;
 

Ulang siar entri Gara-Gara Tak Pakai Tudung, Wanita Ini Ditampar Di Depan Orang Ramai... bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Gara-Gara Tak Pakai Tudung, Wanita Ini Ditampar Di Depan Orang Ramai... 4.5 5 Unknown Tuesday, January 9, 2018 Gara-Gara Tak Pakai Tudung, Wanita Ini Ditampar Di Depan Orang Ramai... Tular satu rakaman video yang memaparkan aksi seorang lelaki ya...


No comments:

Post a Comment