MAHB Nafi Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Ditinggalkan Keseorangan.

 On Tuesday, January 2, 2018  

MAHB Nafi Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Ditinggalkan Keseorangan.

MAHB Nafi Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Ditinggalkan Keseorangan.

Oleh : Bernama

Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) mengesahkan kanak-kanak 12 tahun tidak ditinggalkan keseorangan di Lapangan Terbang Antarabangsa 2 (KLIA2) seperti yang digembar-gemburkan sebuah artikel berita yang tular di media sosial sebelum ini.

MAHB dalam sebuah kenyataan menjelaskan bahawa kanak-kanak tersebut ditemani oleh dua orang pasangan dewasa.

Menurut pihak berkuasa lapangan terbang tersebut, rakaman kamera pengawasan memaparkan kanak-kanak perempuan itu meninggalkan lapangan terbang dengan menaiki kereta dengan pasangan berkenaan sekitar pukul 1.48 tengahari.




"Malaysia Airports bersimpati dengan masalah yang dihadapi Wan Fadillah Wan Ahmad dan anaknya pada 31 Disember lepas di KLIA2, bagaimanapun keutamaan Keselamatan Penerbangan (AVSEC) adalah untuk memastikan protokol keselamatan dilaksanakan menurut peraturan ditetapkan oleh Jabatan Penerbangan  Awam Malaysia (DCA), Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

"Protokol keselamatan yang ketat ini juga sejajar dengan Program Keselamatan Penerbangan Awam Kebangsaan (NCASP) yang mana hanya dokumen perjalanan dan pengenalan asal dibenarkan untuk menaiki pesawat," katanya.

Jelas MAHB, meskipun memahami kesukaran yang dihadapi ibu bapa dan kanak-kanak tersebut, pihaknya tidak dapat bertolak ansur dalam hal ini kerana langkah-langkah sudah disediakan bagi keselamatan lapangan terbang untuk melindungi pintu masuk negara terhadap akses yang tidak selamat untuk keselamatan individu serta syarikat penerbangan.

"Adalah menjadi tugas kami untuk memastikan semua pengembara mempunyai dokumen perjalanan sebelum mereka dibenarkan menaiki sebarang pesawat. Kami memohon pemahaman orang awam mengenai peranan kami dalam melindungi keselamatan lapangan terbang," kata kenyataan itu dan menambah MAHB akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk memperbaiki proses berkenaan.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan seorang lelaki kecewa dengan polis bantuan MAHB yang menyebabkan belaiu terpaksa meninggalkan anak perempuannya yang berusia 12 tahun keseorangn di KLIA2 tanpa pengawasan selama hampir sembilan jam.

Portal itu melaporkan kejadian berlaku apabila seorang daripada tujuh anak lelaki itu tercicir MyKid ketika hendak mendaftar masuk penerbangan ke Kuching, Sarawak.

Bapa kanak-kanak itu kemudian membuat laporan polis di KLIA2 namun anaknya tidak dibenarkan melepasi pemeriksaan keselamatan walaupun sudah menunjukkan laporan polis, salinan pasport dalam telefon bimbit dan salinan sijil surat beranak.

Oleh kerana waktu penerbangan semakin hampir, lelaki terbabit terpaksa membuat keputusan meninggalkan anaknya berseorangan di KLIA2 sebelum beliau sendiri mendapatkan pasport anaknya di Kuching, dan terbang kembali ke Kuala Lumpur.

Ulang siar entri MAHB Nafi Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Ditinggalkan Keseorangan. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
MAHB Nafi Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Ditinggalkan Keseorangan. 4.5 5 Unknown Tuesday, January 2, 2018 MAHB Nafi Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Ditinggalkan Keseorangan. Oleh : Bernama Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) mengesahkan kana...


Related Post:

  • 7 Perkara Yang Ibu Bapa Tak Patut Buat Pada Pengasuh. 7 Perkara Yang Ibu Bapa Tak Patut Buat Pada Pengasuh. Oleh : Melati Rahim Aku tak tau penerimaan semua pada pos aku kali ni. Tapi aku harap semua fikirkan lah ye. Aku ni tidaklah lama sangat tukar kerja jadi pengasuh, tapi setidaknya aku da… Read More
  • 23 Cara Kematian Yang Pelik Di Dunia. 23 Cara Kematian Yang Pelik Di Dunia. Oleh : SEPAT 1. Mati kerana berniat mengapai bayangan bulan di air Penyair dari China Li Po (abad VII-VIII Masehi) merupakan penyair terkenal yang suka minum arak. Suatu ketika sedang beliau mabuk semasa … Read More
  • Takde Idea Agaknya Sampai Mempersendakan Nama Bapa Sindir Netizens Pada Pengacara GGV. Takde Idea Agaknya Sampai Mempersendakan Nama Bapa Sindir Netizens Pada Pengacara GGV. Nampaknya pengacara Gema Gegar Vaganza tidak mengambil iktibar menerusi kontroversi yang pernah terpalit ke atas pengacara rancangan Sukan Tak Sentral beberapa… Read More
  • Demi Cinta, Saya Sanggup Tidur Di Kaki Lima. Demi Cinta, Saya Sanggup Tidur Di Kaki Lima. "Saya sanggup tidur di kaki lima ini kerana janji saya kepada suami," itulah kata yang keluar daripada mulut seorang wanita yang hidup sebagai gelandangan di bandaraya Kuala Lumpur. Liza (bukan… Read More
  • Tutorial Cashback Bila Beli Barang Online. Tutorial Cashback Bila Beli Barang Online. Oleh : Hazel Azran Salam semua, Kekjel nak ajar cmne nak beli barang online macam Lazada, Zalora dengan dapat duit balik.. kekjel ni dicategorikan rajin la beli barang online especially Lazada. Then one… Read More

No comments:

Post a Comment