Kematian Tragis Aina Nabihah, Kau Memang Bapa Yang Kejam Luah Netizen.

 On Sunday, February 4, 2018  

Kematian Tragis Aina Nabihah, Kau Memang Bapa Yang Kejam Luah Netizen.

Kematian Tragis Aina Nabihah, Kau Memang Bapa Yang Kejam Luah Netizen.

Oleh : Fdaus Ahmad

Belum habis lagi kita brain apa yang dah jadi ke atas adik Vasanthapiriya setelah dia menggantung diri akibat dituduh mencuri henfon gurunya;

Hari ni kita semua terpaksa mengharungi satu lagi depressi apabila adik Aina Nabihah 9 tahun, menemui ajal di tangan seorang ayah durjana.

Buah pinggang rosak, usus terkoyak, dilibas dengan tali pinggang, diterajang, ditumbuk, dibelasah dan dipijak perut sampai budak tu terkencing! Allahuakbar.



Kau bayangkan lah ayah Aina ni askar, pangkat sarjan. Askar ni tenaganya kuat, tumbukan dia tepat, tendangannya padu, latihan fizikal yang dia lalui bukan setakat angkat senapang berat, tukul besi, latihan seni bela diri, tapi lebih daripada tu mereka ni dihormati masyarakat kerana kerjaya mempertahankan bangsa negara.

Tapi malang seribu kali malang, segala kekuatan dan kebolehan tempur sang ayah bukan disalur pada segerombolan musuh bersenjata. Sebaliknya ditalakan segala kudrat tenaga lelaki dewasa kepada seorang kanak kanak perempuan yang tak ada daya;

Yang lemah lembik, yang baru darjah tiga, yang tak mampu nak angkat 10kg beras sekalipun, yang pendiam, baik, yang tidak membuat onar. Insan kecil sebegini, ditendang dipijak perut sampai terkencing, patah rusuk, pecah usus! Ayah kandung sendiri tu.

Arwah Aina ni sebaya anak aku Faseeh. Aku boleh bayangkan lah apa sangat budak perempuan darjah tiga boleh buat jahat pun. Paling tidak tumpahkan air minum, atau terjatuh pecahkan pinggan. Itu saja. Aku tahu sebab aku ada anak perempuan sebaya.

Tak ada jahat lain yang depa ni terdaya buat yang sampai kau kena pukul tumbuk pijak dia sampai mati! Nak maki pakai bahasa apa pun tak sampai dengan jahat perbuatan kau ni syaitan. Syaitan pun menangis kalau tahu jahat yang kau buat sampai macam ni.

Anak kecil umur 9 tahun sepatutnya dia dapat belaian dan kasih sayang ayah. Teman dia belajar, ajar dia buat kerja sekolah, teman dia main petang petang, dengar dia berceloteh pasal kawan kawan sekolah, dengar dia bercerita, bawa dia bersiar jalan jalan, teman dia tengok katun, ajarkan dia perkara perkara dunia yang pelbagai macam, bukannya kau pukul rimbuk dia sampai meninggal!

Sekarang menyesal lah kau sampai malaikat maut menjemput pulak. Kau akan terseksa fikiran dan jiwa raga sepanjang menanti mati. Bayangan anak kau akan datang setiap masa dan waktu, dengan mata lebam, pipi bengkak, mulut berdarah, sambil menangis mengalir air mata bertanya soalan kepada kau;

"Apa dosa dan salah silap Aina ayah?"

"Kenapa ayah bunuh Aina sekejam ini?"

"Kenapa Aina mesti mati di tangan ayah?"

Maka hidup lah kau dengan penyesalan paling menyiksakan disetiap detik dan saat, dalam segenap hela nafas kau yang membusuk, jiwa raga kau akan mereput seperti bangkai, lalu akhirnya kau akan mati penuh derita, perit dan celaka!

Takziah kepada keluarga Aina Nabihah. Innalillahiwainnailaihirojiuun. Kau pasti bertemu syurga!

Ulang siar entri Kematian Tragis Aina Nabihah, Kau Memang Bapa Yang Kejam Luah Netizen. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kematian Tragis Aina Nabihah, Kau Memang Bapa Yang Kejam Luah Netizen. 4.5 5 Unknown Sunday, February 4, 2018 Kematian Tragis Aina Nabihah, Kau Memang Bapa Yang Kejam Luah Netizen. Oleh : Fdaus Ahmad Belum habis lagi kita brain apa yang dah ...


No comments:

Post a Comment