Kita Kritik MILO Kerana 'Anti-Misleading in Advertising'..

 On Saturday, February 10, 2018  

Kita Kritik MILO Kerana 'Anti-Misleading in Advertising'..

Kita Kritik MILO Kerana 'Anti-Misleading in Advertising'..

Isu Milo ni sangat sensitif. Cuma, ada juga jenis orang yang TAK TENGOK langsung Input-input yang di'fight' oleh Vishen Lakhiani, tapi dia tengok benda lain.
Dia tolak tepi hujah Vishen, hanya dengan alasan Vishen nak tunggang isu untuk promosi kuliah premium dia kat MindValley?

Kalau kau jenis malas nak studi angka peratus ke apa, beza Maltose dan Sukrose pun tak reti, ok je kalau kau dok diam perati dari tepi.
Tapi, yang kau gi backup Milo apahalnya?
Pastu poin backup kau tu yang kelakar, "Elleh dia nak promosi kelas." "Produk tu terbang sendiri ke mulut." "Watpe tambah susu or gula, padan muka."
Apa jenis mindset hat ni, aku pun tak pasti. Nak sembang isu pun tak pandai, yela jenis malas fikir, malas Matematik, malas blajo nutrisi. So, dia buat apa yang dia pandai, iaitu sentuh tang motif/agenda. Bab urusan dalam hati manusia.
"Ah Vishen tu saja yo carik publisiti. Penunggang 'Milo'."
Ada satu puak ni, dia siap sindir lagi, "Well, Milo dan semua yang tak sihat, macam Nasi Lemak, Roti Canai, semua tu memang lah 'bersalah', sebab dia 'terbang sendiri' masuk mulut manusia." Bayek punya sindir.
Dah kalau cakap gitu, seolah macam kau bersetuju yang semua produk pemutih kulit, produk kurus seminit, produk pencuci buah pinggang, tu SEMUA TERBANG masuk mulut pengguna.
"Produk tak pernah bersalah. Yang bersalah adalah penggunanya, kerana telah faham akan berlaku mudarat." << CLAP! CLAP! CLAP! Tahniah, nampak bijak sangat statement kau ni.
Hah, baguslah kalau macam tu. KPDNKK, KKM, Tribunal Pengguna, PPIM, korang boleh tutup ofis, bungkus semua. Korang takyah fight weh, sebab kita dah conclude, bahawa pengguna (mangsa) yang always bersalah, sebab DIA SENDIRI YANG PILIH untuk ambil produk tak sihat. Well, takkan produk tu 'terbang' sendiri ke mulut depa, ye dak?
Adui, dah kau ingat selama ni orang dok hentam Milo tu, depa ni jenis hentam 'barang' ke?
Mereka ni pejuang Anti-Misleading in Advertising. Itu je.
Mereka ni bukan hentam ke atas BARANG. Tapi, ke atas SIAPA di belakangnya. Ke masih tak faham beza antara WHAT dan WHO?
Ok, aku kasik deep lagi.
Mereka ni fight menentang WHY!
Their BIG WHY:
WHY on earth you are claiming Milo as a HEALTHY daily product? Ha, kan dah speking.
Mereka ni taknak Milo dilabel sebagai makanan sihat. Itu je.
Sebab cara label Milo makanan sihat tu, melampau. Letak gambar budak Taekwando, Olahraga lah bagai. Masuk line 'produk sihat' pulak tu. Tu yang MISLEADING tu. Milo ni punya pandai, dia main kat 'grey area", jenis yang tak salah undang-undang, tapi unethical way. LICIK.
Psst... Kalau kau perasan, Milo dah lama takut isu ni meletup. Sikit demi sedikit, dia dah buang tagline, "Minum Milo anda jadi SIHAT dan KUAT." Apa boleh dikata, mereka LAMBAT transform, tau-tau je dah kantoi.
Sebab tu, kalau kau nampak satu benda tu diletak di tempat yang salah, kau ingat isu tu 'ringan' ke? Berat bhai.
Tu maknanya kau dah TAK BERLAKU ADIL. Adil ni bermaksud "meletakkan sesuatu pada tempatnya (yang betul)."
Dah kau letak MILO as healthy food, tak ke namanya KHIANAT? (Khianat = kata lawan bagi perkataan Adil). Ke, patut tulis HANAT je?
Tu yang depa fight. Patut Milo ni masuk line setaraf Nescafe ke, Kopi, Minuman Ringan berkarbonat ke, barulah relevan.
So, kalau kau tak kisah Nestle menyuntik doktrin bahawa Milo = Sihat dalam kepala Makcik Pakcik Bawang, tu maknanya kau dah tergolong dalam MANGSA DOKTRINISASI.
Kau rasa, tak bahaya ke golongan MANGSA DOKTRINISASI?
Bahaya weh. Serius bahaya. Aku pernah dengar sendiri kat supermarket, seorang ibu pegang Tin Susu Formula (yang harga kapak gila), sambil cakap kat laki dia,
"Ha, produk ni yang keluar iklan ni bang. Kat TV cakap, susu ni dah cukup zat sayur semua. Along kan tak suka sayur kan? Bolehlah ganti dengan benda ni."
Laki dia angguk, tak baca label, terus angkat TIGA TIN masuk troli.
Depan mata aku!
Depan mata aku beb!
Aku macam, WHAT??? SAYUR kau ganti dengan susu formula? Bukan sebab alergi pun, cuma sebab TAK SUKA makan sayur, maka sesenang je kau tukar?
Kau ghase?
Kau ingat, tak wujud ke golongan ibu ayah macam ni? BERSEPAH OI. MERATA.
Jenis yang takpe kalau poket bocor, asalkan anak boleh selera makan (ada produk tu iklan anak dia berselera makan lepas ambil supplemen).
Takkan kau STILL nak salahkan Mak Bapak jenis gini?
Depa ni MANGSA DOKTRINISASI.
Depa ni tak bersalah - For certain circumstances (kang kau kata depa maksum plak).
IQ depa ni low. Pendidikan mungkin tak cukup. Mana nak faham baca jargon pelik-pelik kat tin/kotak? Kena pulak tulisan kecik sampai nak kena Zoom 12x Optical Lense Oppo.
Kau tengoklah iklan-iklan produk makanan bayi dan kanak-kanak. Ada DHT lah. Ada KPZ. Ada XXZ lah. Sel-sel berhubung, sel terpintal ke apa. Dah macam produk farmasi dibuatnya.
Orang yang low IQ ni, depa terima aje lah bulat-bulat iklan tu.
Kau jangan kata depa bersalah sebab Low IQ. Ini namanya Kehebatan Allah. Memang Allah jadikan manusia ni seimbang, ada yang low IQ, ada yang high IQ.
(macam kau lah high IQ, kalau tak, takkan baca sampai ke baris ni, ye dak)
Jadi, kau yang IQ tinggi ni, jenis belajo tinggi sampai lompat 2,3 IPT, jenis pandai tekan keyboard, boleh dak kau sokong sikit perjuangan ANTI-MISLEADING? Inilah tugas kau yang High IQ ni.
Ada geng ni, dia kata, "Sebab tu lah jangan salahkan Milo. Ni tugas kita untuk EDUCATE people. Bagi kesedaran."
Ok guys, korang yang high IQ ni, jom diskas.
Kau ghase, sempat ke nak EDUCATE semua rakyat Malaysia ni sampai pandai bab-bab kepenggunaan ni?
Dey, mana cukup dunia ni dengan usaha EDUCATE semata-mata? Kerja MENCANTAS pun nak kena buat sekali.
Kalau tak faham juga, meh aku tunjuk satu metafora.
Contoh, kau nak sayur yang kau tanam tu segar, jadi kau baja dan siram je memanjang. Tapi lalang-lalang kau tak cabut pun. Ulat-ulat kau biar. KAU TAK CANTAS MAKHLUK PEROSAK.
Kau tau jadik apa nanti?
Tak jadi kebun sayur beb. Jadi BELUKAR. Silap-silap, dok pejam mata je, jadi HUTAN BELANTARA terus.
Sedih beb, negara yang rakyatnya malnutrisi (tak cukup zat), puncanya sebab kurang SUMBER je. Yelah. Nak beli sayur beras guna apa? Tanah tandus, kontang.
Tapi, rakyat kita ni pulak malnutrisi sebab kurangnya AKAL. Negara kaya sumber. Duit kat poket ada, tapi kena tipu hidup-hidup, tersalah beli produk Misleading. Sebab jerung-jerung ni bermaharajalela di belakang die-hard-fan nya.
Sedih, kan.
Geng, bila lagi kita nak tunggu munculnya Jamie Oliver versi Malaysia? Yang menang saman berjuta ke atas McD. Dia lawan bertahun-tahun oi hanya nak buktikan Burger McD is UNFIT FOR HUMAN. Tak sesuai untuk manusia weh. Scary, rite.
Vishen Lakhiani (namanya disebut 'Vision'), dahlah dia tu rakyat Malaysia. Bukan calang-calang nama dia kat Silicon Valley. Sesekali kita angkatlah anak jati kita nak jadi Fighter.
Takkan nak tunggu seorang rakyat Malaysia kena kanser baru boleh fight, macam ibu menang saman 417JUTA US DOLLAR ke atas produk Johnson & Johnson lepas kena kanser ovari?
Padahal, ada banyak lagi yang belum kita fight dari segi Consumerisme Rights:
- KFC iklan paling misleading tahap dewa. Tak pernahnya berhenti membongak, *gambar sekadar hiasan katanya.
- Petronas tarik balik kempen kad Baucer lagi awal dari tarikh sebenar. Depa mintak maaf cara bongkak, "sorry, baucer kami high demand sangat."
- ‎Ada pulak tu, iklan Colgate model pakai baju doktor, backup besar Persatuan doktor gigi, Pui. Boleh plak kau tunggang atas nama/simbolik perubatan?
- AirAsia suruh kita ready untuk flight delay TIGA JAM. Realiti, dia delay sampai LIMA JAM takpe, tapi Kau lewat seminit sorry, bye bye.
- ‎TM bolot monopoli data internet dengan harga zionis. ‎Janji bandwidth besar, Byte cecah langit, tapi speed siput, pun boleh maharajalela.
- ‎......
- ‎......
- ‎......
👆👆    Kau tengok, berapa banyak lagi list perjuangan yang dah lama kita kematian hero.
Mana pergi hero-hero kita? Siapa nak bangkit semua ni? Ko ingat Pok Ya Cong Codei ada masa nak fikir semua ni? Baik dia jadi Menteri la.
Geng, sampai bila nak ikut telunjuk gergasi?
Ni baru 1 kes Milo kita nak fight, rakyat kita sendiri tak support.
Padahal, baru je 8 hari lepas, Changing Markets Foundation, dok hentam Nestle kat Swiss nun, hentam kaw-kaw sebab 'nutritional' MISLEADING pada produk susu formula bayi.
Nestle kata produk susu depa MENYAMAI SUSU IBU!!! Gila tak gila weh? Nestle dah langgar garis panduan WHO.
Nestle kata susu formula depa;
- hampir menyamai" (closest to)
- kat negara lain depa sebut "inspired by"
- di negara lain Nestle sebut 'mencontohi' (following the example of)
..... SEOLAH-OLAH MACAM SUSU IBU
Awak nampak tak apa yang saya nampak?
Ini satu petanda. Kesedaran susu ibu makin tinggi di seluruh dunia. Jadi, produk gergasi ni semua dah cacing kepanasan. So, terpaksa lah main taktik kotor.
Cerita pasal kesedaran ni, kau tengoklah di pasaraya kita.
Sejak lahirnya Farm Fresh, susu lembu segar, berapa panas punggung Dutch Lady kena buang harga promo kaw-kaw.
Sampai berlonggok DEPAN PINTU masuk pasaraya. Baru kau sedar, eh boleh plak susu-susu 'ciplak' tu dok luar chiller kan?
Risau beb depa, sebab orang Malaysia dah tak minum Full Cream lah, susu rendah lemak lah apa. Kita dah ada pilihan Susu Lembu segar yang terbaik dari Kota Tinggi. Ori 100%.
Power tak impak dari kesedaran pengguna? Tu baru kesedaran Fresh Milk. Sikit je tu.
Ini, Malaysia baru nak ada kesedaran pasal Milo je weh, dah macam apa Vishen tu kena tibai.
Lain kali, kalau ada apa-apa isu perjuangan, kau jangan tengok SIAPA yang jadi pejuang. Tapi kau tengok APA yang dijuangkan.
Daging import pun entah-entah tak pernah ambik tahu BEEF ke BUFFALO. Main sebat je beli sebab dia tulis MEAT. Pastu tetiba nak backup Milo plak, apehal.
Kalau tak jadi penyelesai masalah takpe, jangan kau jadi sebahagian masalah sudahlah.
Orait,
Sekian PRE-Khutbah Jumaat pada hari ini.
Wassalamu.
Oh ya, lupa plak.
Kau jangan pelik kenapa Milo yang gula bahaya pun BERANI position their brand as a Healthy product di zaman ini. Kerana, berdekad yang lalu, arak Stout, Beer, dan Wiski juga pernah gunakan slogan yang sama. Legal, katenye.
Al Irfan Jani
Aku pejuang ilmu Consumerisme
Sumber gambar:
1. ‎Filem "Melur VS Rajawali." 
2. ‎TheGuardian

Ulang siar entri Kita Kritik MILO Kerana 'Anti-Misleading in Advertising'.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kita Kritik MILO Kerana 'Anti-Misleading in Advertising'.. 4.5 5 Unknown Saturday, February 10, 2018 Kita Kritik MILO Kerana 'Anti-Misleading in Advertising'.. Oleh : Al Irfan Jani Isu Milo ni sangat sensitif. Cuma, ada juga j...


No comments:

Post a Comment