5 Perkara Penting kepada Ibubapa Selepas Lahirkan Bayi.
Oleh : Dr. Suhazeli Abdullah
5 Perkara Penting kepada Ibubapa Selepas Lahir Bayi
Kedatangan orang baru dalam keluarga amat dinanti-nantikan terutama anak sulong. Anak kecil ini dibelai dan dipupuk ibarat menatang minyak yang penuh. Namun terdapat segelintir ibubapa muda yang tidak tahu bagaimana menguruskan bayi kecil mereka sebaik sahaja dilahirkan.
Berikut adalah lima perkara penting yang perlu diambil kecaknaan oleh pasangan yang baharu menimang cahaya mata.
1- Penjagaan tali pusat. Elakkan tali pusat anak anda dicemari oleh bahan-bahan tambahan seperti serbuk kunyit, halia, madu, herba atau sebagainya. Kekalkan tali pusat berada dalam senantiasa bersih. Tidak disarankan juga mencuci tali pusat bayi anda dengan antiseptik, iodin, ubat luka, alkohol dan sebagainya. Tali pusat akan tertanggal dari pusat dalam tempoh seminggu atau dua. Selalu perhati dan periksa tapak pusat anak anda, jika terdapat nanah, bau yang tidak menyenangkan, kulit bertukar warna merah, atau bengkak, sila bincang dengan doktor pilihan keluarga anda.
2- Kesan suntikan vaksin BCG, Vitamin dan dan Hepatis B. Peratusan yang minima bayi akan mengalami radang ditapak suntikan vaksin dan vitamin sejurus kelahiran. Namun kesan radang ini akan beransur hilang dalam tempoh seminggu. Jika bayi anda mengalami bengkak ditapak suntikan, rengekan yang berpanjangan atau demam, sila segera ke klinik atau hospital untuk dapatkan pemeriksaan lanjut dan rawatan doktor. Kebanyakan kes tiada komplikasi serius akan berlaku.
3- Perhatikan warna kulit bayi anda. Terdapat dua perubahan yang akan berlaku.
a) Awal minggu pertama, sesetengah bayi akan timbul bintik ruam terutama dikawasan perlipatan kulit dan sendi. Ini adalah fenomena biasa kerana kulit bayi masih muda dan terdedah dengan suasana baharu. Tidak perlu anda rungsing sehingga meletakkan minyak senyoyoh, gamat, minyak bayi dan seumpamanya. Apabila masuk minggu kedua bayi anda akan sudah tega dan mengadaptasi dalam dunia yang banyak pancaroba ini. Percayalah.
b) Kulit warna kuning. Istilah yang biasa kita sebut adalah jaundis. Perhatikan bila jaundis itu bermula. Jika ianya berlaku seawal 24 jam, sila bawa segera ke hospital kerana kemungkinan bayi anda menghidapi jaundis akibat penyakit darah. Pengesahan doktor perlu dilakukan segera. Jika jaundis itu timbul selepas hari pertama, kebanyakannya akibat dari perubahan fisologi. Pertukaran dari ibu kepada darah bayi itu sendiri yang akan menimbulkan jaundis secara fisiologi ini. Namun anda perlu bawa anak ke klinik kesihatan bagi mempastikan paras kuning tersebut tidak melebihi julat yang dibenarkan. Ujian darah akan di ambil oleh petugas kesihatan. Anda tidak perlu bimbang, walaupun suara bayi nyaring menangis semasa darah diambil, tetapi demi kesihatan anakanda tercinta, pemantauan paras kuning ini amat penting. Jika ia melebihi had yang patut, dibimbangi jaundis akan memudaratkan tubuh bayi terutamanya otak. Episod jaundis fisiologi ini biasanya akan berakhir pada minggu kedua lahir di dunia.
4- Perhatikan kencing berak bayi anda. Pada hari pertama atau kedua, kencing bayi akan berwarna kemerahan atau pink. Ini adalah keadaan biasa yang dihadapi oleh bayi kerana kandungan air kencing yang mengandungi garam axalate. Kemudian, air kencing akan bertukar warna jenih atau kuning. Begitu juga dengan najis, akan berwarna kehitaman atau merah kerana najis yang berasal dari dalam kandungan ibu lagi. Kekadang ianya sudah bercampur dengan air ketuban yang pernah diminum oleh mereka semasa di alam rahim. Isipadu kencing dan berak juga perlu cakna. Kekurangan minum air susu ibu boleh digambarkan melalui berapa banyak isipadu kencing dan berak. Jika anak kesayangan anda itu berak kurang dari 4 kali sehari atau kencing kurang dari 6 kali sehari (boleh lihat basahnya lampin pakai buang) boleh dianggap anak anda kurang minum susu. Mereka boleh terjadi kekurangan air susu (dehidrasi). Justeru, menyusu ibu secara eklusif amat penting. Ibu-ibu muda perlu dapatkan bantuan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu bagi mendapatkan khidmat nasihat lanjut berkaitan masalah penyusuan jika timbul.
5- Jangan risau berat bayi anda akan sedikit berkurangan pada minggu pertama atau kedua kehidupan. Setiap bayi akan berkurangan 5%-6% dari berat lahir semasa dua minggu pertama. Kemudian berat akan bertambah 20 - 30 gram seminggu selepas itu, dengan syarat penyusuan susu ibu secara istiqomah. Jangan sesekali bertukar kepada susu formula andai anda mendapati berat badan bayi itu menurun sedikit.
Selalulah berhubung dengan jururawat masyarakat yang mengunjungi anda di rumah semasa pemeriksaan berkala yang dilakukan. Ambillah peluang keemasan ini bagi memastikan anda dan bayi senantiasa dalam keadaan sihat. Tanda-tanda yang perlu anda bersegera ke hospital atau klinik adalah bayi anda sesak nafas, kulit bertukar warna kebiruan, berat statik dalam tempoh sebulan, demam dan muntah berak yang teruk.
Semoga nasihat ini boleh tambah ilmu anda dalam menjaga bayi yang dicintai.
Pautan :
Deborah M. Consolini. First Few Days After Birth.https://www.merckmanuals.com/…/c…/first-few-days-after-birth

Ulang siar entri 5 Perkara Penting kepada Ibubapa Selepas Lahirkan Bayi. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment