Berkat Ke Duit Bantuan Persekolahan RM100 Jika Ibu Bapa Tipu Pendapatan?
Oleh : Mohd Fadli Salleh
Kerana RM100, ramai orang buang maruah diri dan sanggup menipu.
Sekarang ini musim agihan duit Bantuan Awal Persekolahan (BAP). Bantuan ini diberikan kepada seluruh warganegara Malaysia yang punya anak bersekolah dengan syarat utama pendapatan isi rumah bawah pada RM3000.
Sangat menyedihkan bila aku baca respon sahabat-sahabat guru si seluruh negara. Majoriti dari guru menghadapi masalah sama.
Masalah segelintir ibu bapa yang sanggup menipu borang pendapatan isi rumah hanya kerana duit RM100 setahun sekali. Bukan dapat tiap-tiap hari pun.
Yang berniaga, kereta menjalar 2-3 buah pun tulis pendapatan RM2000 dan isteri tidak bekerja. Mentang-mentang dia tidak perlukan slip gaji untuk pengesahan, maka dia sanggup menipu di atas borang hanya kerana RM100 sahaja.
Ya, serendah itu sahaja maruahnya. Hanya RM100 sahaja nilai mereka yang sanggup menipu ini.
Ada yang berkata,
"Cikgu nampak saya ada kereta dua tiga buah, tapi cikgu kena tahu berniaga ini ada turun naik. Adakalah, tak cecah RM2000 je sebulan."
Itu ayat jawapan lazim dari mereka ini. Dia cerita pendapatan paling rendah dia pernah dapat, dia simpan cerita keuntungan paling tinggi dia dapat kadang-kadang cecah belasan ribu ringgit.
Kiralah secara purata. Kalau purata pendapatan isi rumah bulanan memang bawah RM3k, mohonlah. Ada hak kalian di situ.
Namun jika lebih, tak payahlah gadai maruah kalian hanya kerana RM100 sahaja.
Lebih tenat, wasap guru-guru mula diserang. Ramai pertikai kenapa mereka tidak layak.
Tugas tentukan siapa layak siapa tidak ini bukan tugas guru tuan-tuan. Bukan tugas guru. Bukan!
Kelayakan tuan-tuan yang ada slip gaji ini dilihat dalam Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM). Data ini diperolehi dari borang maklumat ibu bapa dan murid yang tuan-tuan isi.
Bila dalam data gaji isi rumah (suami+isteri) lebih pada RM3k sebulan, automatik tidak layak.
Secara auto tuan-tuan. Bukan guru yang buang nama kalian. Bukan guru juga yang pilih kasih bagi kat orang itu orang ini.
Jadi usah pertikai dan marah-marah guru jika nama tuan-tuan tidak tersenarai. Kesian kami, asyik kena marah saja. ðŸ˜
Ada juga yang datang hari agihan duit RM100 dan bagitahu,
"Sekarang saya dan suami dah bercerai. Kenapa saya tak layak juga? Pendapatan saya kurang dari RM3k dah ni."
Aduh tuan-tuan. Ini masalah juga. Benda ini sistem. Dalam sistem tuan-tuan masih kahwin. Masih suami isteri.
Silapnya bila dah bercerai, tuan-tuan tak bagitahu guru kelas tentang penceraian itu. Nak sorok pula. Hanya dedah bila nak duit sahaja. Mana boleh begitu.
Silapnya datang dari tuan-tuan yang berahsia sangat. Takkan nak salahkan guru juga?
Fikir dengan tenang dan matang.
Kita ini orang Islam. Keberkatan rezeki itu sangat diutamakan dalam Islam.
Jika menipu hanya untuk RM100, berkatkah duit itu?
Dengan duit itulah tuan-tuan bagi anak isteri makan, dengan duit itu tuan-tuan buat belanja harian.
Apa tuan-tuan fikir Tuhan tidak tahu yang tuan-tuan menipu? Apa tuan fikir duit RM100 yang diperolehi itu penuh dengan keberkatan?
Cukuplah. Yang pernah buat, taubat. Yang belum buat, hindari cepat-cepat.
Untung RM100 dengan menipu tidak berbaloi dengan dosa yang ditanggung.
Sungguh!
#MFS
- Satu kisah di suatu pengagihan duit BAP.

Ulang siar entri Berkat Ke Duit Bantuan Persekolahan RM100 Jika Ibu Bapa Tipu Pendapatan? bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment