Haram Menyebut Kalau Saya Jadi Tuhan! - Ustaz Emran Ahmad.
Oleh : Ustaz Emran Ahmad
Haram Menyebut Kalau Saya Jadi Tuhan!
Ada orang yang kurang pengetahuan tentang agama Islam bermudahan dalam perkataan mereka tentang agama, tentang Al-Quran, tentang al-sunnah dan juga tentang Allah serta perkara-perkara Islam.
Misalnya ada orang berkata, "Kalau aku menjadi Tuhan, nescaya aku tidak akan menciptakan orang seperti kamu!"
Perkataan ini adalah haram!
Sekalipun tujuannya ialah untuk bergurau atau disebut tanpa memaksudkan untuk menghina Allah namun ianya tetap dilarang!
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ ۚ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ
"Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab, "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja". Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?" (Al-Taubah:65)
Penegasan ayat,
أَبِاللهِ وَءَايَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِءُونَ
“Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu bergurau-senda?....sudah cukup memberi amaran bahawa perkara seperti ini tidak boleh diucapkan oleh orang yang beriman.
# Para ulama bersepakat secara ijmak bahawa haram ketuhanan Allah, kenabian nabi salallahualaihiwassalam dijadikan senda gurau, ucapan kalau aku jadi nabi, kalau aku jadi tuhan dan lain-lain semuanya adalah haram diucapkan.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA (wafat 57 H) bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda;
إن الرجل ليتكلم بالكلمة لا يرى بها بأسا يهوي بها سبعين خريفا في النار
'Sesungguhnya seorang lelaki (atau perempuan) bercakap-cakap dengan beberapa kalimah yang dianggapnya sebagai ringan atau dipandang sebagai tidak mengapa namun kerananya dia terjatuh selama tujuh puluh tahun ke dalam neraka.'
[HR. Al-Tirmidzi]

Ulang siar entri Haram Menyebut Kalau Saya Jadi Tuhan! - Ustaz Emran Ahmad. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment