Jangan Biarkan Isteri Tak Cukup Tidur.

 On Monday, March 12, 2018  

Jangan Biarkan Isteri Tak Cukup Tidur.

Jangan Biarkan Isteri Tak Cukup Tidur.

Oleh :Taufiq Razif

Jangan Biarkan Isteri Tak Cukup Tidur

Semalam saya biar je isteri saya tidur dulu. Saya pula yang ambil giliran tidurkan anak-anak.

Ada 5 sebab kenapa saya taknak isteri saya selalu tidur lambat dan tak cukup tidur :
1. Saya kan nak isteri saya kekal ramping. Saya tahu kalau selalu tidur lambat ni akan membuatkan isteri saya gemuk ( obesity). Ada kajian pada tahun 2004 mengatakan mereka yang tidur kurang daripada 6 jam lebih berisiko untuk gemuk dibandingkan mereka yang tidur lebih daripada 6 jam.



2. Saya kan nak isteri saya cantik macam bidadari di depan mata saya. Saya tahu tak cukup tidur hanya akan membuatkan hormon cortisol ( stress hormone ) dalam badan dia makin banyak. Cortisol ni akan break down kolagen pada kulit tau. Makin cepat kurang kolagen, makin tak elastic dan tak mulus la kulit isteri saya. Bahasa mudahnya adalah, MAKIN CEPAT TUA! Aduh!

3. Saya juga taknak isteri saya pelupa. Saya sangat perlukan seorang isteri yang boleh ingatkan saya ketika saya terlupa. Kalau dua-dua pelupa memang kucar kacir rumahtangga. Tahu tak, tak cukup tidur ni boleh buatkan seseorang tu jadi pelupa? Longterm memory otak lebih mudah terbentuk pada level tidur yang paling dalam sekali. Kalau kurang tidur, kucar kacir la sistem memori tu.

4. Saya taknak isteri saya stress, depresi dan mengalami mood disorder. Saya tahu biasanya orang ada penyakit depression dan anxiety ni biasanya tidur kurang daripada 6 jam sehari. Saya nak mood isteri saya stabil dan bahagia kerana saya percaya mood bahagia isteri saya akan mempengaruhi mood saya dan anak-anak juga.



5. Saya taknak isteri saya sakit-sakit. Kekurangan tidur yang melampau dan berpanjangan boleh menyebabkan penyakit yang sangat fatal antaranya :

- serangan jantung
- risiko nak kena darah tinggi meningkat
- risiko nak kena kencing manis meningkat
- sistem imun pun jadi makin lemah

Jadi saya pesan sangat kepada diri sendiri dan para suami semua, tengok tengokkanlah kualiti tidur isteri kita ye terutamanya yang ada anak kecil. Tak salah pun bergilir jaga anak kan. Tolong sampaikan pesanan ni ye.

Ulang siar entri Jangan Biarkan Isteri Tak Cukup Tidur. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Jangan Biarkan Isteri Tak Cukup Tidur. 4.5 5 Unknown Monday, March 12, 2018 Jangan Biarkan Isteri Tak Cukup Tidur. Oleh : Taufiq Razif Jangan Biarkan Isteri Tak Cukup Tidur Semalam saya biar je isteri saya t...


No comments:

Post a Comment