Kes Kematian Disyaki Difteria Di Sarawak Kerana Keluarga Menolak Vaksinasi.

 On Saturday, March 17, 2018  

Kes Kematian Disyaki Difteria Di Sarawak Kerana Keluarga Menolak Vaksinasi.

Kes Kematian Disyaki Difteria Di Sarawak Kerana Keluarga Menolak Vaksinasi.

Kenyataan Media

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat satu (1) kes kematian disyaki difteria di Miri, Sarawak pada 14 Mac 2018. Kes merupakan seorang kanak – kanak berumur 2 tahun 5 bulan dan tidak mendapat pelalian bagi difteria sejak lahir. Siasatan awal mendapati keluarga kes ENGGAN mendapatkan pelalian atas dasar kepercayaan agama. Beliau mula mengalami gejala demam, batuk, selesema dan kesukaran bernafas 7 hari sebelumnya.
Sepanjang tahun 2017, 32 kes positif difteria telah dilaporkan di seluruh Malaysia dengan 7 (22%) kematian. Majoriti (75%) dari kes dan kematian ini adalah dari komuniti yang menolak pelalian.

Pemberian pelalian difteria yang lengkap pada umur 2, 3, 5 dan 18 bulan mampu mencegah dari penyakit ini. Sekiranya kanak-kanak tidak diberikan pelalian difteria ini, mereka boleh dijangkiti bakteria Corynebacterium diphtheria yang disebarkan melalui titisan cecair pernafasan dan menjangkiti tekak (tonsil dan farink). Bakteria ini akan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan kanak-kanak ini sukar bernafas. Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis). Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang sangat tinggi.
Sekali lagi, KKM ingin menegaskan bahawa pelalian difteria yang lengkap mampu mencegah jangkitan ini dan sekiranya dijangkiti, gejala adalah ringan dan tiada komplikasi. Justeru, ibu bapa dan masyarakat diseru untuk memastikan anak-anak di bawah umur 7 tahun diberikan imunisasi yang lengkap. Sekiranya terlepas tarikh, atau belum mendapat pelalian yang lengkap, segeralah ke fasiliti kesihatan terdekat untuk mendapatkan pelalian. KKM ingin mengingatkan sekiranya terdapat tanda dan gejala seperti demam, sakit tekak / kesukaran menelan, atau bengkak leher, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Ulang siar entri Kes Kematian Disyaki Difteria Di Sarawak Kerana Keluarga Menolak Vaksinasi. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kes Kematian Disyaki Difteria Di Sarawak Kerana Keluarga Menolak Vaksinasi. 4.5 5 Unknown Saturday, March 17, 2018 Kes Kematian Disyaki Difteria Di Sarawak Kerana Keluarga Menolak Vaksinasi. Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingi...


No comments:

Post a Comment