Koleksi Kes-Kes Penderaan Amah Indonesia Yang Berlaku Di Malaysia.
Kes dera pembantu rumah Indonesia mula menjadi sensasi di Malaysia apabila kes Nirmala Bonat yang didera teruk mendatangkan kecederaan fizikal dan emosinya dilaporkan media satu ketika dulu.
Satu Malaysia mengenali Nirmala Bonat. Satu Malaysia bersimpati dengannya. Pelaku dihukum tetapi kes dera amah Indonesia tidak pernah berhenti di Malaysia.
Dan berikut merupakan 7 kes tragis yang melibatkan penderaan pembantu rumah Indonesia yang pernah berlaku di Malaysia.
7. Sulasti
Pada 14 Ogos 2010 satu serbuan dilakukan oleh pihak polis ke sebuah rumah kedai dan pihak polis berjaya menemui seorang amah Indonesia yang disorokkan di dalam tandas.
Ketika ditemui, Sulasti langsung tidak boleh berjalan disamping pelbagai kecederaan lain yang ada pada tubuh badannya.
Terdapat kesan kecederaan di kepala dan mukanya, dipercayai akibat ditampar manakala di badan wanita itu terdapat kesan luka dan melecur.
Sulasti berasal dari Jakarta dan berusia 21 tahun ketika itu. Sulasti diselamatkan selepas pihak polis menerima maklumat dari Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Kuching.
Pihak polis terpaksa memotong jeriji besi pintu rumah majikan kerana majikan Sulasti enggan memberikan kerjasama.
Sulasti mendakwa dipukul dengan menggunakan kaki, tangan, besi, rotan dan benda tumpul sepanjang 3 bulan menjadi pembantu rumah kepada majikannya.
Sulasti yang terlalu kurus ketika diselamatkan, ketika ini juga mulut Sulasti berdarah kerana tidak makan dan minum dalam tempoh yang agak lama.
6. Suyanti Sutrinso
Hari ini pelbagai media arus perdana dan internet melaporkan berita terlepasnya bekas majikan Suyanti Sutrinso daripada hukuman penjara.
Sebaliknya, bekas majikannya itu hanya dikenakan bon hukuman denda berkelakuan baik selama tempoh lima tahun.
Suyanti ketika diselamatkan
Datin Rozita Mohammad Ali, 44 tahun itulah nama bekas majikan Suyanti. Suyanti ketika didera hanya berusia 19 tahun sahaja.
Ketika kejadian pada 21 Disember 2016, Suyanti nekad melarikan diri apabila bekas majikannya mencederakan dirinya menggunakan sebilah pisau, batang mop keluli, penyangkut baju dan payung di sebuah rumah di Mutiara Damansara.
Suyanti berjaya melarikan diri dari rumah majikannya dan diselamatkan oleh pengawal keselamatan yang menemuinya di longkang.
Inilah Suyanti
Wajah Datin yang mencederakan Suyanti
5. Jubaedah
Pada 25 Februari 2017, seorang pembantu rumah Indonesia ditemui mati selepas tergelincir ketika menaiki tangga di rumah majikannya.
Jubaedah, 38 tahun mati pada jam 11 pagi.
Bagaimanapun kes kematian itu disiasat oleh pihak polis selepas mendapati terdapat banyak kecederaan kesan dera ke atas tubuh badan mangsa.
Mangsa mengalami kecederaan teruk di kedua-dua belah tulang rusuk dan peha ketika dibedahsiasat. Jiran juga melaporkan mangsa seringkali dimarahi majikan sepanjang hampir setahun lebih bekerja.
Majikan Jubaedah yang bernama Chan Lay Lee, 42 tahun kemudiannya didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan yakni menyebabkan kematian Jubaedah (membunuh) dan mendatangkan kecederaan ke atas seorang lagi pembantu rumahnya yang berasal dari Kemboja.
Difahamkan kes masih lagi dalam proses perbicaraan.
Chan Lay Lee, majikan Jubaedah
4. Nirmala Bonat
Yim Pek Ha ialah seorang pramugari dan bekas majikan kepada Nirmala Bonat. Beliau tinggal di Kondominium Villa Putera, Jalan Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur tempat berlakunya kejadian mendera Nirmala.
Nirmala mula bekerja dengan keluarga Yim pada September 2003 sehingga Mei 2004 dan sepanjang tempoh itulah beliau juga dilaporkan mengalami pelbagai penderaan.
Tidak tahan didera, Nirmala akhirnya nekad melarikan diri dan ketika itulah dia diselamatkan oleh orang ramai.
Nirmala ditekap dengan seterika panas di kedua belah payudaranya selain belakang badannya. Bukan itu saja, dia kerap diketuk dengan cawan besi di dahinya selain beberapa penderaan emosi dan fizikal.
Pada awalnya Yim Pek Ha dijatuhkan hukuman penjara 54 tahun bagaimanapun selepas peguam Yim membuat rayuan beliau dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun atas tiga pertuduhan mencederakan Nirmala.
Nirmala juga memutuskan untuk menyaman dan menuntut gantirugi berikutan didera oleh Yim dan berhasil memperolehi RM349,496 pada 8 September 2015 apabila Mahkamah Rayuan membenarkan sebahagian dari tuntutan yang diminta oleh mangsa.
Meskipun berjaya menuntut sebahagian ganti rugi dan Yim dipenjarakan 12 tahun di Penjara Wanita Kajang namun Nirmala mengalami masalah mental dan emosi yang serius dan perlu melalui proses kaunseling bagi memulihkan dirinya dari kejadian itu. Kejadian itu telah berhenti tetapi Nirmala tidak boleh melupakannya.
Nirmala ketika didera
Sudah pulih dan mampu tersenyum
Wajah majikan
3. Siti Hajar Sadli
Siti Hajar itulah nama bagi gadis kecil yang bekerja sebagai pembantu rumah kepada Hau Yuan Tyng yang tinggal di Lanai Kiara Condominium, Jalan Kiara 3, Mont Kiara ketika itu.
Siti, dicurahkan dengan air panas, diketuk dengan tukul besi, dicucuk di kaki dengan gunting jika tidak memicit badan majikannya dengan kuat.
Beliau didera dengan begitu kejam. Mukanya penuh kesan melecur, berkudis, bernanah serta luka akibat disimbah air panas. Lebih tragis dia diberi makan daging babi dengan nasi kosong selain tidak dibayar gaji RM500 oleh majikannya selama 3 tahun.
Siti ketika didera berusia 33 tahun manakala majikannya ialah seorang ibu tunggal berusia 43 tahun yang mempunyai dua anak termasuklah salah seorangnya ialah autisme.
8 Jun 2009 ialah tarikh Siti berjaya menyelamatkan diri dari rumah majikannya selepas mengumpil jeriji besi untuk melarikan diri. Beliau kemudiannya menggunakan lif untuk turun ke bawah dan menyorok di dalam parit kecil selama beberapa jam.
Cedera di telinga
Siti kemudiannya diselamatkan oleh pemandu teksi yang membawanya terus ke Kedutaan Indonesia. Air panas, tukul besi, gunting, pisau, kayu patah antara alat yang digunakan untuk mendera Siti. Ketika menceritakan saat-saat didera, Siti menangis di dalam mahkamah.
Hau, kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun. Ketika perbicaraan berlangsung, Hau juga dilaporkan tidak menunjukkan reaksi rasa bersalah atau tanda-tanda penyesalan pada riak wajahnya.
Siti ketika diselamatkan
Siti selepas dirawat
Hau ketika hadir ke perbicaraan kes
2. Mantik Hani
Mantik hanya berusia 36 tahun sahaja ketika mati. Mantik seperti Sulasti, diselamatkan oleh pihak polis selepas menerima maklumat.
Mantik ditemui di dalam bilik air dalam keadaan yang sangat tidak bermaya dan seperti keliru.
Media melaporkan Mantik dikurung selama 2 hari berturut-turut oleh majikannya dan selama itulah mangsa dipukul dengan cara ditumbuk dan ditendang bertubi-tubi oleh majikan lelaki yang bekerja sebagai peniaga air tebu. Majikan itu dikenali dengan nama A.Murugan.
Mengikut laporan perubatan, 63 kecederaan telah direkodkan ke atas tubuh badan Mantik @ Muntik.
Selain kepalanya dibotakkan, di tubuh Mantik yang begitu kurus itu, saraf tunjangnya cedera, tulang belakangnya remuk, sembilan tulang rusuknya patah. Manakala, tulang belikat kanan, tulang pergelangan tangan, tulang belakang dada mangsa terkeluar dari posisi asal (ke depan).
Walaupun berjaya diselamatkan pihak polis dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan segera, Mantik akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya sendirian, keseorangan tanpa keluarganya di Surabaya di Hospital Klang pada 27 Oktober 2009, pada hari mangsa diselamatkan.
Apa yang menjadi kemarahan masyarakat ketika itu juga, A.Murugan enggan mengakui salah dan tergamak membuat penafian dengan mengatakan beliau sama sekali tidak pernah memukul Mantik.
A.Murugan mendakwa beliau berasa kasihan terhadap Mantik dan pernah menyelamatkan Mantik dari majikan lamanya.
Untuk rekod, A.Murugan dikenakan hukuman gantung sampai mati pada 19 Julai 2010 selepas sembilan bulan kematian Mantik.
Arwah Mantik
A.Murugan
1. Adelina
Ini adalah kes penderaan amah Indonesia yang terkini sekali berlaku di Malaysia.
Adelina Lisao hanya berusia 26 tahun sahaja ketika diselamatkan dan akhirnya mati kerana terlalu nazak. Adelina sudah bekerja selama dua tahun dengan majikan yang menderanya hingga mati.
Menurut saksi yang juga jiran kepada majikan Adelina, beliau melihat Adelina tidur bersama anjing diluar rumah dalam beberapa hari terakhir sebelum kematian Adelina. Media merekodkan sekurang-kurangnya sudah sebulan Adelina diarahkan tidur di hadapan rumah anjing.
Bimbang, simpati dan merasa ada sesuatu yang tidak kena, jiran itu kemudiannya menangkap gambar sebagai bukti lalu membuat aduan kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam dari parti DAP, Steven Sim.
Steven Sim kemudiannya mengarahkan kakitangannya, Joshua untuk melakukan siasatan dan pemantauan di lokasi kejadian, iaitu di Taman Kota Permai.
Pada 10 Februari 2018. Joshua kemudiannya menemui Adelina di luar rumah dalam keadaan yang sangat tidak bermaya. Beliau kemudiannya melakukan beberapa pertanyaan namun Adelina kelihatan sangat takut untuk menjawab kesemua persoalan-persoalan tersebut.
Tanpa menunggu lebih lama, Joshua kemudiannya menggesa majikan Adelina bersegera membenarkan beliau dan rakan NGOnya membawa Adelina untuk menerima rawatan di hospital. Bagaimanapun tidak mendapat kerjasama yang baik sejak dari awal malahan majikan itu berdolak-dalik dengan pelbagai tindakan yang meragukan.
Joshua ada menceritakan babak-babak beliau menyelamatkan Adelina bagaimanapun penulisan itu tidak lagi terpapar di Facebooknya tanpa sebab-sebab yang diketahui.
Adelina kemudiannya berjaya dibawa oleh kumpulan NGO ke Hospital Sebarang Jaya selepas laporan polis tentangnya dibuat.
Pelbagai kecederaan ditemui di atas tubuh badan Adelina termasuklah di kepala, muka dan luka di kedua-dua tapak tangan dan kaki.
Bagaimanapun Adelina disahkan meninggal dunia pada 11 Februari 2018 kerana kerosakan teruk pada beberapa organ dalamannya dan mengalami anemia.
Majikan yang mendera Adelina ialah seorang warga emas yang berusia 59 tahun yang dikenali sebagai M.A.S Ambika.
"Berhenti, cukup. Kamu semua tidak tahu kebenarannya. Kamu semua tidak tahu apa sebenarnya yang telah terjadi," itulah kenyataan Ambika kepada wakil media yang mengambil gambarnya ketika dibawa keluar dari mahkamah.
Selain M.A.S Ambika, seorang anak perempuannya yang berusia 32 tahun R.Jayavartiny turut didakwa menyebabkan kematian Adelina.
Kes kematian Adelina masih dalam proses perbicaraan ketika ini.
Wajah M.A.S Ambika
Waris Adelina juga menuntut bayaran gaji yang tidak pernah diterima Adelina sepanjang beliau bekerja sebagai pembantu rumah. Pampasan berserta tunggakan gaji kemudiannya diserahkan kepada waris yang berjumlah RM 63,900 keseluruhannya.
Meskipun Adelina akhirnya berjaya keluar dari penderitaan yang dialaminya tetapi sayang dia juga keluar dari dunia ini buat selama-lamanya.
Kematian tragis amah Kemboja Mey SinChan
Tidak dilupakan kes yang berlaku pada tahun 2012. Ia melibatkan seorang amah yang berasal dari Kemboja, Mey SinChan.
26.1kg. Itu berat badan mangsa ketika ditemui mati di sebuah rumah kedai beralamat Jalan Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada April 2012. Ketika itu Mey hanya berusia 24 tahun sahaja.
Wajah Mey
Mey tidak diberi makan yang membawa kepada kematiannya. Tubuh badannya kurus kering, pipi yang cengkung dan anak matanya terkeluar sehingga menampakkan soket mata, membuktikan betapa Mey tidak diberi makan dalam tempoh yang begitu lama.
Media turut melaporkan Mey mengutip sisa makanan daripada tong sampah untuk meneruskan hidup. Di tubuh badan Mey juga mendapati wujudnya kesan-kesan kecederaan akibat didera.
Majikan Mey, Soh Chew Tong 48 tahun dan Chin Chui Ling 45 tahun kini dihukum penjara 10 tahun masing-masing dengan pertuduhan menyebabkan kematian amah tanpa niat.
Untuk rekod, pada May 2013, hakim menjatuhkan hukuman penjara 24 tahun kepada kedua-dua pasangan tersebut kerana menyebabkan kematian Mey.
Namun Hakim Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman mati kepada kedua-dua pasangan tersebut pada 7 Oktober 2015 selepas mendapati kedua-duanya bersalah dan mempunyai niat membunuh dan menyebabkan kematian Mey SinChan.
Namun, pada 25 Januari 2018, Hakim Mahkamah Tinggi menyabitkan kedua-dua pasangan itu dengan hukuman yang lebih ringan, yakni 10 tahun penjara masing-masing selepas mendapati kedua-duanya tidak mempunyai niat membunuh.
Kesimpulan.
Amah juga manusia. Apabila dipukul mereka juga faham sakit. Apabila melakukan kesalahan, teguran adalah kaedah terbaik. Jika tidak boleh dibetulkan, pulangkan mereka semula di tempat asal dalam keadaan asal.
Mendera, memukul, menyeksa sehingga menyebabkan mereka mati kesakitan, maka apa beza anda dan syaitan?
Rujukan :
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2015/09/75917/nirmala-bonat-terima-ganti-rugi-rm349496
https://www.thestar.com.my/news/nation/2010/01/19/maid-abuse-i-single-mum-told-to-enter-defence-update/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Siti_Hajar_Sadli
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0815&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm
https://syahrilkadir.wordpress.com/2010/07/19/kes-mantik-gantung-segera-lelaki-itu/
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0719&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/12/30/datin-didakwa-cuba-bunuh-amah-19-tahun/
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/02/391254/keluarga-adelina-terima-pampasan-rm63900
https://www.bharian.com.my/node/226340
https://www.hmetro.com.my/node/212425
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/01/25/couple-charged-with-murdering-maid-escape-the-gallows/

Ulang siar entri Koleksi Kes-Kes Penderaan Amah Indonesia Yang Berlaku Di Malaysia. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment