Perdagangan Daging Kucing Dalam Pasaran Gelap Oleh Warga Asing Di Selangor (Dengan Gambar).

 On Tuesday, April 3, 2018  

 Perdagangan Daging Kucing Dalam Pasaran Gelap Oleh Warga Asing Di Selangor (Dengan Gambar).

Perdagangan Daging Kucing Dalam Pasaran Gelap Oleh Warga Asing Di Selangor (Dengan Gambar).

Oleh : Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association

Berikutan terbongkarnya aktiviti penjualan daging anjing gelandangan di Johor, Malaysia oleh warga asing dari Vietnam tempohari. Animal Malaysia dikejutkan lagi dengan maklumat aktiviti perdagangan daging kucing dalam pasaran gelap oleh warga asing di Selangor.

Aktiviti ini turut dilakukan oleh pendatang asing warga Vietnam di satu premis yang disembunyikan. Dalang utama penjualan daging kucing ini adalah oleh rakyat tempatan yang mengaut keuntungan ribuan ringgit sebulan hasil kekejaman terhadap kucing dan anjing.

Amat meragukan ada pihak yang mengaku adopter dan mahu menyelamatkan kucing membuat adoption kucing dalam jumlah yang banyak dan tidak masuk akal setiap kali mengadop kucing. Rupa-rupanya ada aktiviti haram seperti ini berlaku.

Menyedihkan apabila tiada undang-undang khusus menghukum pesalah pemakan kucing dan anjing di Malaysia. Menurut undang-undang sedia ada, kesalahan mematikan kucing dan anjing digunapakai sekiranya kematian haiwan bulus tersebut dilakukan secara zalim tanpa penyembelihan mengikut garis panduan sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

Animal Malaysia mendesak dan menuntut agar kerajaan menggubal satu rang undang-undang agar meletakkan haiwan seperti kucing dan anjing sebagai haiwan bukan makanan dan dilarang bunuh untuk pemakanan di negara ini.

Gambar ini adalah gambaran kesan yang berlaku di negara ini akibat sikap dan kebiasaan pemakanan pendatang asing di negara asal mereka.

Jika ada maklumat pemerdagangan daging kucing dan mematikan kucing secara zalim mohon salurkan lagi maklumat ke malaysiaanimal@gmail.com

Kucing yang dibungkus untuk dibekalkan kepada pembeli yang menggemari daging kucing.



Kucing yang disimpan sementara untuk jualan bagi tujuan pemakanan. Kebanyakan kucing diadopt daripada rescuer atas alasan menyayangi kucing.



Cara pendatang asing mematikan kucing dengan merendam dalam air panas supaya bulu dapat dicabut dengan mudah dan menyeluruh.



Proses membuang bulu kucing selepas mati akibat direndam dalam air panas tanpa penyembelihan.



Kucing yang layur dengan api sebelum dipotong kecil untuk masakan.



Hidangan daging kucing yang siap dimasak dan sedia untuk dimakan.


Ulang siar entri Perdagangan Daging Kucing Dalam Pasaran Gelap Oleh Warga Asing Di Selangor (Dengan Gambar). bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Perdagangan Daging Kucing Dalam Pasaran Gelap Oleh Warga Asing Di Selangor (Dengan Gambar). 4.5 5 Unknown Tuesday, April 3, 2018 Perdagangan Daging Kucing Dalam Pasaran Gelap Oleh Warga Asing Di Selangor (Dengan Gambar). Oleh : Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia...


No comments:

Post a Comment