Sebab Semua Barang Naik, Pasanglah Alat Penjimat Elektrik Tapi Akhirnya Tak Pasal-Pasal Kena Saman Beribu..

 On Monday, April 9, 2018  

Sebab Semua Barang Naik, Pasanglah Alat Penjimat Elektrik Tapi Akhirnya Tak Pasal-Pasal Kena Saman Beribu..

Sebab Semua Barang Naik, Pasanglah Alat Penjimat Elektrik Tapi Akhirnya Tak Pasal-Pasal Kena Saman Beribu..

Oleh : Reez Sham Yasin

Assalamualaikum..

Saya nak cerita sikit tentang apa yang terjadi. Saya harap ia menjadi iktibar dan pengajaran buat semua. Ini kesilapan kami. Dan kami tanggung kesilapan itu..


Lebih kurang 2 tahun lebih dulu.. family kami dulu ada pasang alat menjimat elektrik pada meter. Memang salah pun, tapi sebab semua barang naik, bill api melambung-lambung.. so kitorang pun pasanglah alat tu..

Maka bill pun turunlah dari RM400 lebih ke seratus lebih. Lebih kurang sebulan lalu.. Pihak TNB datang untuk buat pemeriksaan meter dan mereka kata "penggunaan elektrik tidak relevan". Gitu lah lebih kurang.. So bila mereka dapat tau ada penjimatan.. Mereka terus keluarkan surat saman..

Mereka akan kira semula berapa yang patutnya kami bayar bulanan. Tapi nilainya belum tahu. Akan diberitahu 3 hari sebelum tarikh pembayaran. Kalau tau awal atleast boleh lah prepare kan. Ni tidak yerrr..

Maka kami adik-beradik kira-kira lah berapa agaknya kena bayar nanti. Kami anggarkan sendiri.. Agaknya RM1000 kot.. 2000 kot..



Setelah hampir sebulan. Kami call saman yang kena bayar adalah RM8859.25 yer.. Terkejut beruk kami.. Dan lebih memeranjatkan dan hampir menjadikan kami sekeluarga beruk sebenar adalah sama tidak boleh kurang dan tiada perbincangan untuk pengurangan. Tetap kena bayar amount yang dinyatakan. Staff TNB terang jelas pada kami dengan baik. Sebab apa dan mereka akan buat.

TNB kata boleh kurang. Nyatakan bukti contoh rumah tu takde orang duduk ke.. Apa ker.. Tapi AMOUNT TU bayar dulu. Then kalau nak masuk court untuk pengurangan, itu kemudian. Dan tiada jaminan boleh kurang ke tak.. Maksudnya apa tuh.. Paham kannn?

Mereka akan potong pada tarikh tu. Ambil gambar.. Dan akan beri nombor invoice.. Kita pergi bayar dan mereka akan pasang semula.

Perit kan.. Tapi semua itu silap kami. Nak jimat elektrik tapi guna cara yang salah.. Memang mula-mula jimat.. Hujung-hujung kena bayar jugak apa yang nak jimat sangat tu..

Pada sesiapa yang ada buat seperti apa kami buat. Jangan sebab kita nak kurangkan bill kita menyalahi undang-undang. Hujung kena bayar juga apa yang kamu nak jimat sangat tu. Hentikanlah.. Sebab TNB boleh tahu apa yang kamu buat.. Sistem dia boleh baca.. Sebelum terkena baik hentikan.

Nasib baik Allah beri kami rezeki untuk bayar amaunt tu.. Kalau takde.. Makanya buatlah unggun api tengah rumah sambil main bayang-bayang kat dinding..

Ulang siar entri Sebab Semua Barang Naik, Pasanglah Alat Penjimat Elektrik Tapi Akhirnya Tak Pasal-Pasal Kena Saman Beribu.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Sebab Semua Barang Naik, Pasanglah Alat Penjimat Elektrik Tapi Akhirnya Tak Pasal-Pasal Kena Saman Beribu.. 4.5 5 Unknown Monday, April 9, 2018 Sebab Semua Barang Naik, Pasanglah Alat Penjimat Elektrik Tapi Akhirnya Tak Pasal-Pasal Kena Saman Beribu.. Oleh : Reez Sham Yasin As...


No comments:

Post a Comment