Ahli Parlimen Kerjanya Datang Kenduri Dan Cuci Longkang..

 On Tuesday, May 8, 2018  

Ahli Parlimen Kerjanya Datang Kenduri Dan Cuci Longkang..

Ahli Parlimen Kerjanya Datang Kenduri Dan Cuci Longkang..

Oleh : ZF Zamir
AHLI PARLIMEN KERJA DATANG KENDURI & CUCI LONGKANG
Purata gaji paling rendah RM1200 iaitu di Kelantan, diikuti RM1240 di Sabah, RM1350 di Sarawak, RM1500 di Kedah & Terengganu.
Dengan Pahang join duduk nombor 6 dengan purata gaji RM1600, lengkaplah negeri Pantai Timur mengungguli carta gaji terendah di Malaysia di samping Sabah & Sarawak.
Separuh buruh (orang yang direkodkan bekerja) di negara ini bergaji bawah dari RM1703.
1. Bagaimanakah agaknya keluarga yang mempunyai gaji di bawah RM1200 seperti di Kelantan?
2. Bagaimana agaknya mereka menyara keluarga atau anak yang perlu belajar di sekolah dan institusi pengajian tinggi dengan gaji di bawah RM1500?
3. Apakah yang akan berlaku jika salah seorang penyara utama dalam keluarga jatuh sakit?
4. Adakah keluarga ini mempunyai wang simpanan untuk kecemasan?
5. Adakah keluarga ini mempunyai wang simpanan untuk bayaran kesihatan jika perlu masuk hospital?
Gaji penengah untuk warga pedalaman adalah RM 1256 berbanding warga bandar iaitu RM 2000.
Gaji penengah untuk warga dengan tahap pendidikan SPM adalah RM 1600 berbanding warga yang keluar institusi pengajian tinggi iaitu RM3274.
Gaji penengah bangsa Melayu adalah RM 1931 berbanding bangsa Cina iaitu RM2350.
Jadi Tuan-tuan, kerja Ahli Parlimen yang kita akan undi Rabu minggu depan tu bukannya untuk datang kenduri, tar jalan, salam orang kat pasar atau cuci longkang kat pekan.
Kerja sebenar mereka adalah untuk fikir, dengan bebanan kos sara hidup tahun 2018 ni kat mana harga purata Teh Tarik pun dah cecah RM1.50 dan Ikan Kembong sampai RM16 sekilo, macam mana nak bagi ahli dalam kawasan parlimen depa dapat gaji yang setimpal dengan usaha dan berbaloi untuk hidup berkualiti.
Berkualiti tu maksudnya cukup duit makan minum satu keluarga, cukup buat belanja pendidikan anak-anak termasuk beli laptop dan duit makan serta cukup wang kalau ada kecemasan atau kena masuk hospital.
Kalau tak percaya, data bantuan kewangan BFF untuk mahasiswa pun menyokong bahawa anak mahasiswa yang banyak minta bantuan adalah anak dari negeri Pantai Timur. Tak percaya tanya Halimaton Mohamad.
Tapi kalau dah kita memang suka kat Ahli Parlimen yang suka datang pasar salam orang lepas tu cuci longkang lepas balik kenduri, okay.
Pakat undi deme lagi lah.

Ulang siar entri Ahli Parlimen Kerjanya Datang Kenduri Dan Cuci Longkang.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Ahli Parlimen Kerjanya Datang Kenduri Dan Cuci Longkang.. 4.5 5 Unknown Tuesday, May 8, 2018 Ahli Parlimen Kerjanya Datang Kenduri Dan Cuci Longkang.. Oleh : ZF Zamir AHLI PARLIMEN KERJA DATANG KENDURI & CUCI LONGKANG Pur...


No comments:

Post a Comment