Ustaz Ebit Lew Derma Ke Tabung Harapan Malaysia, Apakah Dia Juga Bodoh?
Tabung Harapan Malaysia yang dilancarkan oleh kerajaan baru-baru ini semakin mendapat sambutan daripada orang awam.
Ustaz Ebit Lew, penceramah terkenal negara juga turut berkongsikan resit di Facebooknya selepas menderma kepada Tabung Harapan itu.
Sebelum ini tampil seorang individu yang memperlekehkan pihak-pihak yang menderma kepada Tabung Harapan Malaysia dan menyifatkan perbuatan itu sebagai 'bodoh, bodoh, bodoh'.
Bagaimanapun penulisan Ustaz Ebit Lew dibawah ini mungkin membawa makna positif yang boleh difikirkan oleh kita semua, bermuhasabahlah!
Oleh : Ustaz Ebit Lew
Syukur pada Allah saya baru sempat nak transfer kerana Allah demi negara tercinta. Doakan supaya setiap ringgit kita belanjakan di jalan Allah akan digandakan 700 kali. Kita semua sebuah keluarga. Semoga negara dan setiap negeri di Malaysia ini sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah..
Mulakanlah bantu keluarga kita lepas tu kita bantu orang lain..semoga Allah maafkan kita semua..jangan kedekut pada isteri dan pada mak ayah. Nasib semua orang tak sama. Doakan juga besar harganya..
Pengalaman baru memberi untuk negara kita. Bukan selalu dapat peluang begini. Memberi ini nikmat rasanya jika kerana Allah..
Bila waktu malam saya bungkus 300 bungkus nasi ayam. Dan air kotak dll. Pusing kl lihat keadaan masyarakat duduk bawah jambatan, lapar dan sakit. Terfikir sedang saya makan kenyang dan tidur lena ada orang susah. Saya beri mereka motivasi. Lihat wajah, pakaian mereka rasa sedih. Selasa ni nak pusing lagi. Nak suap mereka dan peluk anak remaja ini. Mereka mesti rindu kasih sayang ibubapa dan keluarga..masa usap mereka saya sebak..
Paling sedih anak remaja kita ada yang tinggal sama sendiri. 18 orang dalam bilik kecil. Ada yang ada masalah keluarga dan kehidupan..kecil-kecil lagi. Saya teringin sangat nak siapkan resort untuk dijadikan tempat motivasi dan training untuk semua golongan. Beri mereka motivasi bulanan. Lepas tu dari situ hantar mereka ke tempat yang sesuai. InsyaAllah satu hari nanti jika ada kemampuan nak beli tanah untuk tujuan itu..saya juga berdoa satu masa nanti dapat beri kursus untuk semua kementerian agar sama-sama kita belajar berjalan setiap malam melihat keadaan masyarakat kita...dapat bawa semua berjalan dan melihat dengan rasa cinta sayang kerana Allah. Syukur ada beberapa kementerian ada nak buat training untuk staf mereka dan sama-sama membantu..
Sahabatku semua ingatlah dengan memberi membersihkan jiwa. Carilah orang miskin dan anak yatim. Ini bulan rahmat. Bulan sedekah..bulan kasih sayang. Bulan rezeki. Bersihkan hati dan lihatlah sesuatu dengan iman.

Ulang siar entri Ustaz Ebit Lew Derma Ke Tabung Harapan Malaysia, Apakah Dia Juga Bodoh? bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment