Telefon, Email & Komunikasi Peribadi Diintip, TMJ Jawab Pengkritik.
Oleh : DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Berdasarkan prinsip, saya tidak pernah mengambil jalan mudah. Saya percaya ia adalah tugas kami untuk bercakap benar dan tanpa mengira akibat dan kesannya.
Nampaknya dengan saya bersuara lagi sekali membuat setengah pihak kurang senang.
Seorang penulis telah berkata, bahawa "tersesat dalam kancah arena politik" akan meletakkan keluarga saya dan diri saya sendiri berisiko menjadi 'mangsa serangan' dan status kami akan 'direndahkan'.
Saya telah mendengar kata-kata yang sama seperti itu sebelum ini. Sama ada kami di 'whacked' atau di ‘clobbered', ia adalah perkara kecil bagi saya.
Apa yang penting kepada saya adalah rakyat saya. Status saya hadir dari khidmat saya kepada rakyat dan bercakap benar adalah salah satu tugas saya.
Status sebenar seseorang bukan bergantung kepada gelaran yang disandangnya, tetapi bagaimana ia dipandang oleh rakyatnya.
Status saya hanya 'jatuh' jikalau saya gagal berkhidmat kepada mereka iaitu rakyat saya - dan dalam hal ini, saya percaya saya tidak gagal.
Kepada penulis tersebut, ingin saya katakan, anda tidak perlu bimbang dengan ‘status’ saya - saya akan baik-baik saja.
Penulis itu kemudiannya menyatakan bahawa saya harus menerima hakikat bahawa saya sedang dipantau, semata-mata kerana saya aktif di ‘online’ (media sosial). Beliau membandingkan dengan egonya dengan mengatakan bahawa beliau suka dipantau dengan orang membaca apa yang ditulisnya.
Baiklah Penulis, mungkin apabila anda menulis untuk kebaikan negara, anda akan mendapat lebih ramai pembaca.
Saya tidak ada niat untuk membela 'ego' saya dengan apa yang ditulis. Sekali lagi, saya tidak bercakap untuk diri saya sendiri - saya bersuara supaya rakyat tahu perkara yang benar. Kita mesti bersuara apabila ada perkara yang salah sedang dilakukan.
Ia bukanlah perkara memantau apa yang ditulis pada laman sosial media saya. Ia melibatkan pemantauan telefon peribadi saya, e-mel, dan komunikasi peribadi. Saya rasa 'penulis' ini pun tidak suka jikalau diletakkan di bawah pemerhatian yang sama.
Sedangkan saya ahli kerabat diraja boleh diintip, apatah lagi orang awam Malaysia yang lain?
Biar saya jelaskan disini - Saya bukan bercakap kerana ingin menentang kerajaan. Polisi Johor adalah menyokong mereka yang mentadbir negara. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh mengambil sebagai perkara yang remeh. Kami mesti sentiasa berwaspada dan bersuara apabila ada perkara salah telah berlaku.
Kata-kata saya tidak selalu mudah ditelan. Tetapi saya sentiasa meletakkan kepentingan negara dalam diri saya. Malaysia baharu memerlukan lebih ramai pemimpin-pemimpin yang tidak takut bercakap benar. Ia adalah satu-satunya cara untuk mengelakkan kesilapan kita yang lalu.
Saya berdoa agar kita semua boleh maju ke arah Malaysia yang lebih baik.

Ulang siar entri Telefon, Email & Komunikasi Peribadi Diintip, TMJ Jawab Pengkritik. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment