Makanan Tambahan Vitamin E, Adakah Ianya Perlu?

 On Monday, October 22, 2018  

Makanan Tambahan Vitamin E, Adakah Ianya Perlu?

Makanan Tambahan Vitamin E, Adakah Ianya Perlu?

Oleh : Lily Mushahar

VITAMIN E, adakah ia PERLU ???

 
Kajian menunjukkan bahawa badan kita berisiko untuk inflamasi bila terdedah kepada udara tercemar, radiasi, "fast food" & merokok. 





Kalau yang sentiasa hidu asap rokok pun boleh berisiko! Pada masa panjang....boleh dapat penyakit kanser, stroke dan jantung.

Vitamin E telah dikenalpasti sebagai anti-oksida dan anti-inflamasi. Banyak kajian rujuk bagaimana Vitamin E boleh;
 
👉 kurangkan risiko penyakit jantung 
👉 kurang risko kanser  
👉 tingkat sistem imun 
👉 bertindak mencairkan darah
👉 kurangkan kolesterol jahat LDL
👉 kurangkan katarak mata  
👉 kurangkan penyakit alheizemer

Vitamin E boleh didapati di dalam pemakanan harian;


- minyak sayur, minyak jagung & minyak zaitun
- kekacang : hazelnut dan sebagainya
- buah olive
- sayur bayam
- bjii matahari/kuaci
- buah avocado


Kita tidak perlu beli suplemen Vitamin E kecuali yang ada masalah usus serius untuk menyerap makanan berkhasiat.


Cukup makan dari sumber yang sedia ada. Itu sebab orang-orang mediteranean yang makan diet begini kurang inflamasi & kurang mendapat penyakit kanser, jantung, buah-pinggang kronik dan sebagainya.

Tapi AWAS, pengambilan vitamin E suplemen berlebihan (lebih 400 IU per sehari) boleh meyebabkan;


👉
risiko pendarahan
👉 lemah jantung
 
TAK PERLU ambil produk bak Dr Rafidah Abdullah kerap bagitahu!!

Pesakit masalah buah-pinggang atau dialisis tidak digalakkan ambil Vitamin E berlebihan..

#hentimerokok
#kurangfastfood
#sayangdirikeluarga

Ulang siar entri Makanan Tambahan Vitamin E, Adakah Ianya Perlu? bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Makanan Tambahan Vitamin E, Adakah Ianya Perlu? 4.5 5 Unknown Monday, October 22, 2018 Makanan Tambahan Vitamin E, Adakah Ianya Perlu? Oleh : Lily Mushahar VITAMIN E, adakah ia PERLU ???   Kajian menunjukkan bahawa bad...


No comments:

Post a Comment